Tuesday, 25 October 2011

Selamat Hari Deepavali

Pemuda PBB Padungan mengucapkan Selamat Hari Deepavali !!!



Deepavali (also: Depawali, Dipavali, Dewali, Diwali, Divali, Dipotsavi, Dipapratipad ) marks the beginning of the Hindu New Year according to the Lunar Calendar.

It literally translated means 'Row of Lights' (from Sanskrit: dipa = lamp / awali = row, line).

It celebrates the victory of Goodness over Evil and Light over Darkness - it ushers in the new year.


Saturday, 22 October 2011

Pemuda PBB Padungan bangga PBB sebagai contoh terbaik perpaduan utuh dikalangan ahli

Pemuda PBB Padungan merasa bangga bahawa PBB dilihat sebagai contoh yang terbaik dalam mempertunjukkan perpaduan yang utuh dikalangan ahli-ahli PBB.

Walaupun bagaimanapun Pemuda PBB Padungan merasakan keutuhan perpaduan dikalangan ahli-ahli PBB masih dapat perkuatkan lagi untuk memastikan bahawa PBB berupaya untuk mengharungi apa jua rintangan yang bakal menjelma.

Pemuda PBB Padungan tidak menafikan adanya usaha-usaha dari Pakatan Pembangkang yang cuba untuk mengadu-dombakan pemimpin-pemimpin PBB agar berlakunya keretakkan dalam parti yang boleh melemahkan PBB.

Walaupun Pemuda PBB Padungan amat yakin bahawa usaha ini akhirnya akan mengalami kegagalan, Pemuda PBB Padungan merasakan semua ahli PBB tidak boleh leka kerana Pakatan Pembangkang sentiasa menunggu peluang dan ruang untuk memusnahkan PBB yang merupakan nadi dan tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Pemuda PBB Padungan sentiasa mengharap PBB akan sentiasa kukuh untuk selama-lamanya.

Sekian. Terima kasih.



Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan 
-----------------

Friday, 21 October 2011

Kesungguhan MCMC buktikan Pakatan Pembangkang membohongi rakyat Sarawak

Kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) untuk mengwujudkan kawasan 'hotspots' untuk internet menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap usaha-usaha untuk menjadikan penduduk luar bandar sebagai celek internet.

Usaha yang serius ini dengan sendirinya menyangkal tuduhan pembangkang bahawa Kerajaan Barisan Nasional memang berkehendakkan penduduk luar bandar sentiasa berada dalam situasi seperti katak di bawah tempurung agar dapat dipengaruhi untuk sentiasa mengundi Kerajaan Barisan Nasional.

Kenyataan seumpama ini amat kurang sopan kerana ianya membayangkan bahawa penduduk luar bandar adalah bodoh.

Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah memperlekehkan minda ataupun mentaliti penduduk luar bandar.

Hanya Pakatan Pembangkang sahaja yang berbuat sedemikian.

Pemuda PBB Padungan amat berharap rakyat menolak Pakatan Pembangkang yang seringkali menghina minda / mentaliti penduduk luar bandar dengan mengatakan mereka mudah untuk dipengaruhi untuk mengundi Barisan Nasional.

Sekian. Terima kasih.


Ir. Haidel Heli 

Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday, 20 October 2011

Pemuda PBB Padungan percaya kebijaksanaan ahli-ahli SUPP selesai kemelut politik dalaman


Pemuda PBB Padungan meletakkan sepenuhnya kepada kepercayaan ahli-ahli SUPP untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda parti tersebut.

Pemuda PBB Padungan percaya apa jua keputusan yang diambil oleh ahli-ahli SUPP, ianya akan mendatangkan kesan yang positif keatas keutuhan Parti Barisan Nasional.

Walaupun ada suara-suara yang mungkin cuba mengadu-dombakan ahli-ahli SUPP dari masyarakat Cina dan Bumiputera, Pemuda PBB Padungan percaya ahli-ahli SUPP tidak akan terpengaruh dengan hasutan sedemikian.

Kaum Cina dan Bumiputera seringkali bekerjasama demi kesejahteraan masyarakat di masa lampau.

Dan Pemuda PBB Padungan percaya, kerjasama yang erat ini akan tetap diteruskan di masa hadapan.

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan mendoakan agar Parti SUPP akan menjadi lebih utuh dan kuat sebaik sahaja selesaikan kemelut politik ini.

Sekian. Terima kasih. 


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Wednesday, 19 October 2011

Deepest condolence to the late Tan Sri Datuk Tai Sing Chii's family

Deepest condolence to 
the late Tan Sri Datuk Tai Sing Chii's family

From: Pemuda PBB Padungan






Prominent businessman and community leader Temenggong Tan Sri Dato Sri Tai Sing Chii, 85, passed away peacefully at his home on October 17, 2011 due to old age.

He left behind his wife Puan Sri Datin Sri Ling Lah Kiong, two children, Dato’ James Tai Cheong and Jason Tai Hee to mourn his loss.
 

Monday, 17 October 2011

Sunday, 16 October 2011

Minuman Isotonik Haidel

Perasa Lemon dan Oren

TUNGGULAH... AKAN ADA DIPASARAN DALAM MASA TERDEKAT INI!!!


Saturday, 15 October 2011

Pelancaran Minuman Isotonik dan Kopi berjenama Haidel; dan Vera Lodge di Johor Bahru

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Cawangan Padungan
JOHOR BAHRU: Ketua Pemuda PBB Cawangan Padungan Ir. Haidel Heli mungkin merupakan rakyat Sarawak yang pertama yang menggunakan nama beliau sendiri sebagai jenama barangan pengguna.

Mulai dari bulan hadapan, ramai peminat kopi akan dapat melihat nama beliau pada paket kopi Mocca di pasaraya-pasaraya terkemuda di negara.

Farmasi-farmasi juga dijangka akan menjual produk berjenama Haidel tetapi bukannya kopi.

Friday, 14 October 2011

Pemuda PBB Padungan amat yakin kebijaksaan pemimpin dan ahli SPDP tangani krisis

Pemuda PBB Padungan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pemimpin dan ahli SPDP menangani krisis yang melanda SPDP sekarang. 

Pemuda PBB Padungan berharap krisis yang melanda SPDP akan berakhir tanpa menjejaskan keutuhan parti Barisan Nasional di Sarawak. 

Bahkan ianya mampu untuk memperkasakan lagi kekuatan parti Barisan Nasional di Sarawak. 

Akhirkata Pemuda PBB amat berharap harapan ini tidak hanya menjadi harapan semata-mata tetapi menjadi sebuat kenyataan. 

Sekian. Terima kasih. 

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday, 13 October 2011

Kaum Bumimputera di Siburan dipuji kerana menolak usaha untuk membantu DAP bunuh status Bumiputera

Pemuda PBB Padungan berkeyakinan bahawa kegagalan Seminar Dayak Consultative Council di Siburan adalah disebabkan keengganan kaum Bumiputera diperbodohkan oleh DAP yang dalam diam-diam berusaha membunuh status Kaum Bumiputera di Malaysia.

Bahkan Kaum Bumiputera di Siburan patut dipuji kerana merasa jelek terhadap sikap angkuh DAP yang memperdaya kaum Bumiputera sendiri untuk membunuh status Kaum Bumiputera di Malaysia.

Sepatutnya DAP mesti didesak terlebih dahulu membuang jauh-jauh konsep Malaysian Malaysia sebelum mendekati kaum Bumiputera.

Dan bukannya menghasut kaum Bumiputera agar bergaduh sesama sendiri dan kemudiannya mengambil kesempatan dari kelemahan Kaum Bumiputera untuk membunuh status Kaum Bumiputera.

Pemuda PBB Padungan menggesa rakyat Sarawak dari kaum Bumiputera jangan terpedaya dengan janji-janji DAP bahawa parti tersebut tidak akan membunuh status Kaum Bumiputera sekiranya DAP berkuasa.

Cuba lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang!!! Apa yang dijanjikan kepada penduduk perkampungan India sebelum berkuasa???

Marilah kita, Kaum Bumiputera di Sarawak, bersatu menentang niat jahat DAP yang hendak membunuh status Kaum Bumiputera!!!

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday, 10 October 2011

Jangan leka dalam membuat persediaan menghadapi banjir di Sarawak

Pemuda PBB Padungan amat berharap setiap pihak yang berkaitan telah membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi musim banjir. 

Walaupun setakat ini belum lagi kedengaran berita-berita mengenai kejadian banjir di Sarawak, pihak-pihak yang berkaitan tidak boleh leka dalam membuat persediaan. 

Sejak akhir-akhir ini, hujan seringkali turun dan ini menunjukkan musim hujan sudahpun menghampiri.

Pemuda PBB Padungan juga amat berharap pihak-pihak yang berkaitan akan dapat bertindak dengan segera sebaik sahaja menerima berita mengenai kejadian banjir untuk membantu rakyat. 

Persediaan yang rapi dari segi bantuan makanan ataupun khemah tidak mencukupi sekiranya pihak-pihak yang berkaitan tidak bersedia dari segi penghantaran. 

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan amat berharap rakyat mengambil sikap berhati-hati dan tidak sambil lewa menangani masalah banjir. 

Sekian. Terima kasih. 

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------
 

Sunday, 9 October 2011

Budget 2012 is meant for the people, says Rohani

Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 

Budget 2012 is meant for the people, says Rohani
Written by Nornasheila
Saturday, 08 October 2011 14:58

KUCHING: The 2012 Budget that was announced by the Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yesterday was regarded as a concerned budget.

Batang Lupar Member of Parliament Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim said that the people must welcome the budget with positive mind because most of it was meant to help the people.

“This is a very good budget and it was for every level of people in the country starting from children to old folk, where all levels of people are to enjoy the benefits from the budget,” said Rohani.’ While for the women, said Rohani, the budget is an encouragement for them to be involved in small and medium industries (SMEs).

“Our Prime Minister also showed his concern about innovation by adding the allocation for innovating purposes,” added Rohani.

She also said that, in order for us to reach the developed and high income nation, innovation is one of the important elements that we should focus on.

Saturday, 8 October 2011

Pemuda PBB Padungan puji langkah pertama kearah negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi

Pemuda PBB Padungan menyambut baik Belanjawan 2011 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Oktober 05 lepas.

Pemuda PBB Padungan menaruh sepenuh kepercayaan kepada kebijaksanaan dalam usaha meletakkan Malaysia dalam landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara yang maju yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi.

Bahkan Pemuda PBB Padungan gembira bahawa usaha ke arah menjadi negara yang mahu dan ekonomi berpendapatan tinggi telah mula dilaksanakan melalui Belanjawan 2011 yang merupakan langkah pertama menuju ke arah tersebut.

Walaupun ada suara-suara kecewa dikalangan rakyat kerana Belanjawan 2011 gagal untuk menangani beberapa perkara, Pemuda PBB Padungan percaya sebaik sahaja perkiraan Kerajaan Barisan Nasional berjaya, suara-suara kecewa ini akan bertukar menjadi suara-suara pujian.

Perkara yang sama terjadi sewaktu Kerajaan Barisan Nasional menggunakan pendekatan bukan ortodok dalam menangani masalah ekonomi di tahun 1997/98.

Kritikan diatas “kebodohan” Kerajaan Malaysia kemudiannya bertukar menjadi “kepintaran” Kerajaan Malaysia.

Bahkan Kerajaan Barisan Nasional telah menampakkan keazaman untuk untuk menjadi negara maju yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi dengan mengatur jentera kerajaan agar bersedia untuk memainkan peranan membantu sektor swasta menjadi penjana pembangunan ekonomi negara.

Ianya suatu tindakan yang bijak untuk kuatkan jentera kerajaan dahulu dan kemudiannya jentera kerajaan ini akan membantu sektor swasta untuk memacu ke arah pertumbuhan ekonomi negara yang tinggi.

Pemuda PBB Padungan menyeru semua rakyat Malaysia agar berdiri dibelakang Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan usaha-usaha yang murni akan dapat dicapai.

Sebarang usaha untuk mensabotaj usaha-usaha murni ini demi kepentingan politik hanya akan membuatkan seluruh rakyat Malaysia sengsara.

Marilah kita bersama-sama memastikan usaha-usaha untuk meletakkan Malaysia dilandasan yang betul untuk menjadi negara yang maju yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi berjaya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday, 6 October 2011

Selamat Tinggal Steve Jobs



Pemuda PBB Padungan ini menggunakan kesempatan ini untuk menghormati seorang tokoh dalam industry komputer peribadi yang telah menukar persepsi orang ramai terhadap teknologi.

Tokoh yang dimaksudkan ini ialah Steve Jobs yang meninggal dunia pada 05 Oktober 2010.

Ramai terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya dengan berita kematian ini walaupun berita tersebut sepatutnya tidak mengejutkan memandangkan beliau memang telah diketahui mengidap sakit kanser pada tahun 2004.

Telah banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Steve Jobs kepada dunia komputer / teknologi.

Keazaman beliau untuk berjaya dalam dunia perniagaan seharusnya menjadi contoh kepada para usahawan di Sarawak, khususnya, dan Malaysia, amnya.

Bahkan kejayaan beliau untuk menjayakan wawasan beliau dalam perniagaan patut dikagumi kerana sesungguhnya beliau patut dipuja sebagai seorang tokoh usahawan dalam bidang teknologi.

Sikap beliau yang mungkin patut untuk dicontohi ialah tidak berlengah-lengah untuk mengambil tindakan susulan ke atas idea-idea yang baik.

Sikap berlengah-lengah ini memang kurang sesuai untuk para usahawan kerana dunia perniagaan adalah satu dunia yang menyaksikan persaingan yang hebat diantara para usahawan.

Sesiapa yang dapat bertindak dahulu ke atas idea yang baik, maka beliaulah yang berjaya.

Ini dibuktikan oleh Steve Jobs sehingga berjaya merevolusikan teknologi melalui barangan pengguna yang sangat inovatif seperti iPod, iPhone dan iPad.

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan ini mengucapkan ribuan terimakasih kepada Steve Jobs diatas sumbangan beliau kepada dunia.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Wednesday, 5 October 2011

Penghormatan setinggi-tingginya untuk Presiden Pertama PBB Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Barieng

Presiden Pertama PBB
Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Barieng
Kebetulan hari ini ada banyak isu-isu yang boleh diberi pandangan oleh Pemuda PBB Padungan. 

Diantara isu-isu yang menarik ialah pemansuhan Akta Kediaman Terhad, pembebasan 125 tahanan dibawah Akta Kediaman Terhad, kegagalan Pakatan Rakyat untuk bersetuju pembahagian kerusi untuk Pilihanraya Umum di Sarawak dan perletakkan jawatan oleh ahli PKR di Penampang, Sabah atas sebab hilang kepercayaan terhadap PKR. 

Walaubagaimanapun Pemuda PBB Padungan tidak akan memberi sebarang pandangan terhadap mana-mana isu walaupun isu tersebut amat hangat sekali. 

Ini disebabkan Pemuda PBB Padungan berhasrat untuk memberi penghormatan kepada Presiden Pertama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Barieng yang disifatkan oleh Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai seorang wira rakyat yang paling hebat dalam menyatukan kaum Bumiputera di Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan juga bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan yang diberikan oleh Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud – iaitu Presiden Pertama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Barieng adalah seorang wira rakyat yang paling hebat dalam menyatukan kaum Bumiputera di Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan amat berharap anda semua sudi untuk membaca laporan akhbar mengenai ucapan Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah Barieng semalam di Pustaka Negeri Sarawak.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Selamat Hari Guru kepada Semua Warga Cikgu dan Pendidik yang telah-dan-sedang berbakti kepada anak bangsa

Selamat Hari Guru
kepada
Semua Warga Cikgu dan Pendidik
yang
telah-dan-sedang
berbakti kepada anak bangsa

Tanpa anda semua, siapalah kami



Ikhlas dari,
Pemuda PBB Padungan

Tuesday, 4 October 2011

Pemuda PBB Padungan mahu Ho Leng buktikan kebenaran keceluparannya

Pemuda PBB Padungan mencabar YB Wong Ho Leng untuk meletakkan calon parti Democratic Action Party bertanding dimana-mana kawasan Melayu di Sarawak sekiranya benar bahawa parti tersebut berpendapat ianya bukan satu perkara yang sukar untuk mereka.

Pemuda PBB Padungan berpendapat kenyataan YB Wong Ho Leng ini menunjukkan keangkuhan mereka dalam menipu orang Melayu, khususnya, dan kaum Bumiputera, amnya, dalam usaha mereka untuk membunuh status Bumiputera agar diganti dengan Malaysian Malaysia.

Adakah YB Wong Ho Leng beranggapan bahawa mentaliti orang Melayu dan juga Kaum Bumiputera amat mudah untuk diperbodohkan oleh YB Wong Ho Leng dan Democratic Action Party?

Adakah mereka menjangka bahawa mereka berupaya untuk mengalih pandangan orang Melayu dan kaum Bumiputera terhadap konsep Malaysian Malaysia yang menjadi jati diri Democratic Action Party?

Jika YB Wong Ho Leng beranggapan bahawa orang Melayu, khususnya, dan kaum Bumiputera, amnya, mudah untuk ditipu agar membantu mereka menghapuskan status Bumiputera dan menegakkan konsep Malaysian Malaysia, maka Pemuda PBB Padungan mencabar YB Wong Ho Leng dan Democratic Action Party agar meletak calon mereka di mana-mana kawasan Melayu di Sarawak!!!

Kita akan lihat – yang mana satu lebih kuat, iaitu semangat mempertahankan status Bumiputera ataupun semangat membantu membunuh status Bumiputera untuk menegakkan konsep Malaysian Malaysia.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday, 3 October 2011

Pemilihan calon PBB bukannya berdasarkan kepada pilih kasih tetapi 'winnable'

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan kenyataan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bahawa pemilihan calon untuk setiap pilihanraya adalah berdasarkan kepada pendekatan secara menyeluruh ('holistic').

Pemuda PBB Padungan berpendapatan kenyataan ini menyangkal dakwaan bahawa kepimpinan PBB tidak adil dalam pemilihan calon dengan mengamalkan sikap pilih kasih.

Pemuda PBB Padungan berpandangan adalah tidak masuk akal untuk membuat tuduhan liar bahawa kepimpinan PBB mengamalkan sikap pilih kasih dalam menentukan calon pilihanraya memandangkan rakyat mempunyai hak mutlak untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil mereka di DUN ataupun Parlimen.

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan berpendapat adalah mustahil untuk PBB bersikap sedemikian memandangkan PBB amat menghormati kemampuan rakyat Sarawak untuk membuat keputusan yang bijak untuk menentukan masa hadapan mereka.

Sekiranya ada yang mendakwa bahawa Pakatan Rakyat yang pilih kasih dalam memilih calon, Pemuda PBB Padungan amat bersetuju dengan dakwaan ini.

Bahkan Pemuda PBB Padungan merasakan dakwaan ini adalah benar.

Buktinya ialah baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat telah memperlekehkan mentaliti pengundi luar bandar dengan berkata mereka ini mudah untuk ditipu agar memilih parti yang mungkin mereka tidak sama sekali akan mengundi sekiranya mereka tidak ditipu.

Pemuda PBB Padungan telah mendesak pemimpin tersebut agar meminta maaf kepada pengundi luar bandar namun dengan angkuhnya pemimpin tersebut enggan berbuat demikian.

Adalah mustahil untuk pemimpin tersebut tidak mengetahui desakan Pemuda PBB Sarawak memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai ramai mata-mata didalam Facebook.

Atas sebab ini, Pemuda PBB Sarawak menggesa semua rakyat Sarawak, terutamanya pengundi luar bandar, agar mengajar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang dengan menolak semua calon-calon mereka yang dipilih berdasarkan sikap pilih kasih.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Sunday, 2 October 2011

Pemuda PBB Padungan lega dengan jaminan Tony

Pemuda PBB Padungan merasa lega diatas jaminan yang diberikan oleh Tan Sri Tony Fernandes, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (MAS-AirAsia), bahawa AirAsia akan meneruskan perkhidmatan penerbangan tambang murah seperti sekarang.

Pemuda PBB Padungan percaya jaminan ini akan mendatangkan rasa lega dikalangan rakyat Sarawak yang sebelum ini merasa gusar diatas kemungkinan AirAsia akan menaikkan harga tiket sekiranya benar khabar angin yang bertiup kencang bahawa perkhidmatan penerbangan FireFly ke Sarawak akan ditamatkan.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama Pemuda PBB Padungan menggesa Tan Sri Tony Fernandes melakukan sesuatu untuk memastikan jumlah frekuensi penerbangan masuk dan keluar Sarawak tidak terjejas sekiranya benar bahawa perkhidmatan FireFly akan ditamatkan.

Sekiranya Tan Sri Tony Fernandes tidak berupaya untuk memastikan ini dari terjadi, maka Pemuda PBB Padungan berharap Tan Sri Tony Fernandes akan jujur dengan Kerajaan Sarawak dan rakyat Sarawak dengan membuat pengakuan sedemikian.

Ini membolehkan Kerajaan Sarawak boleh menilai dengan lebih teliti terhadap cadangan untuk meluaskan skop penerbangan MasWing sehingga ke Semenanjung sebagai ganti kepada FireFly.

Akhir kata, Pemuda PBB Padungan amat berharap jalan penyelesaian akan dapat ditemui dalam masa yang terdekat memandangkan sistem perkhidmatan udara memainkan peranan yang amat penting kepada negeri Sarawak.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Saturday, 1 October 2011

Pemuda PBB Padungan sokong cadangan Timbalan Presiden Kedua BN

Pemuda PBB Padungan, secara dasarnya, bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Presiden Kedua untuk Parti Barisan Nasional. 

Pengwujudan jawatan ini amat penting kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana ianya memberi pengikhtirafan kepada kedua-dua negeri sebagai dua buah negeri ataupun wilayah yang bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. 

Pada masa yang sama, penjawat jawatan Timbalan Presiden Kedua boleh memain peranan sebagai pemangkin kepada pembangunan di kedua-dua negeri. Pemuda PBB Padungan tidak menidakkan keprihatinan Kementerian-Kementerian Kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada terhadap Sarawak dan Sabah yang mana telah banyak membantu kedua-dua negeri dari banyak aspek. 

Tetapi sekiranya ada jawatan Timbalan Presiden Kedua yang dijawat oleh seorang pemimpin dari Sarawak ataupun Sabah, Pemuda PBB Padungan percaya beliau berupaya untuk membantu rakan sejawat dalam Parti Barisan Nasional yang mengetuai Kementerian-Kementerian Kerajaan Barisan Nasional agar menjadi lebih efektif dan efisien dalam menangani hal-hal yang berkaitan kedua-dua negeri. 

Sebagai 'anak watan' Pulau Borneo, sudah sewajarnya pemimpin yang dilantik sebagai Timbalan Presiden Kedua lebih berupaya dan berkemampuan untuk memahami isu-isu tempatan yang mungkin dipandang ringan oleh rakan-rakan sejawat dalam Parti Barisan Nasional yang mengetuai Kementerian-Kementerian Kerajaan Barisan Nasional. 

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama Pemuda PBB Padungan menyokong sepenuhnya pendirian Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mengatakan terpulanglah kepada Parti Barisan Nasional untuk memutuskan hal ini. 

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan pandangan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mengatakan fokus utama sekarang ialah perpaduan negara, menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur, dan membangunkan Sarawak. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------