Tuesday 29 November 2011

Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng


2011/11/29

PUTRAJAYA: Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 5 Disember ini.

Abang Muhammad Salahuddin, menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu upacara di Istana Melawati, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir menyaksikan upacara pelantikan itu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Abang Muhammad Salahuddin, 90, dilantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak keenam pada 2001 menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor yang meninggal dunia pada 2000. - BERNAMA 


Sunday 27 November 2011

Perutusan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sempena Sambutan Maal Hijrah 1433H



Perutusan YAB Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak
Sempena Sambutan Maal Hijrah 1433H
pada November 27, 2011


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saudara dan saudari sekalian,

Hari ini, kita sedang menyambut Maal Hijrah 1433H bersamaan 2011M. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.

Begitulah juga kita. Jika kita tidak berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara, maka bangsa kita akan ketinggalan. Sebab itulah kita berhijrah dengan melaksanakan Agenda Transformasi Negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang terutama ekonomi.

Penghijrahan besar yang kita lakukan apabila memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjadikan negara terus aktif dan berdaya saing walaupun berdepan dengan krisis ekonomi global yang semakin mencabar. Bagi tahun ini, sejak Januari sehingga September, kadar pertumbuhan purata dicatatkan negara ialah 5.1 peratus manakala kadar pertumbuhan bagi suku ketiga tahun ini ialah sekitar 5.8 peratus.

Samada di peringkat Asia mahupun dunia, kita juga konsisten menyarankan pembentukan pergerakan kesederhanaan di peringkat global, hakikatnya kita telah merujuk kepada semangat ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Agenda penghijrahan ekonomi dan pembangunan negara selama ini telah membuktikan falsafah kesederhanaan dan keseimbangan ini adalah satu pencapaian hebat dan mesej dakwah Islamiah yang besar di tahap global.

Sesungguhnya roh dan perjalanan hijrah Rasulullah SAW begitu strategik hingga tercapainya al-falah dan tertegaknya Daulah Islamiah kerana ianya didukungi oleh kepaduan iman dan takwa. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu sehingga ke hari ini. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 100 yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Mengakhiri perutusan, saya dan seisi keluarga merakamkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat Islam Malaysia walau di mana jua berada. Marilah kita menyambutnya dalam suasana penuh kesyukuran dan keharmonian melalui kepelbagaian bangsa demi “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang menjadi tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

Wabillahit-Taufiik wal-Hidayah, Wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh.
 

Salam Ma'al Hijrah 1433H



The Hijri New Year, also known as Islamic new year (Arabic: رأس السنة الهجرية‎ Ras as-Sanah al-Hijriyah) is the day that marks the beginning of a new Islamic calendar year, and is the day on which the year count is incremented. The first day of the year is observed on the first day of Muharram, the first month in the Islamic calendar. (source: Wikipedia)

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Saturday 26 November 2011

Pemuda PBB Padungan gembira dengan hasrat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk menemui kepimpinan tertinggi SPDP

Pemuda PBB Padungan merasa lega apabila mendapat tahu Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menyatakan hasrat untuk menemui kepimpinan tertinggi Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) yang kini sedang dilanda kemelut politik dalaman.

Pemuda PBB Padungan percaya Pengerusi BN Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi kata-kata nasihat yang berupaya untuk membantu pencarian jalan penyelesaian bagi memastikan keutuhan SPDP, secara khususnya, dan BN Sarawak, secara amnya.

Walau bagaimanapun Pemuda PBB Padungan amat percaya dengan keupayaan SPDP yang dipimpin oleh Tan Sri William Mawan untuk menangani kemelut politik yang melanda SPDP.

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan berdoa agar kemelut ini akan segera menemui jalan penyelesaian yang membawa kepada keseimbangan yang baru yang lebih memperkuatkan BN Sarawak.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Friday 25 November 2011

Pemuda PBB Padungan setuju dengan kenyataan Abdullah agar BN gunakan sepenuhnya internet sebagai platfom kempen

Pemuda PBB Padungan berdiri dengan teguh dibelakang Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol dalam perihal gesaannya agar Barisan Nasional menggunakan sepenuhnya internet untuk menyebar maklumat dengan lebih tersusun.

Bahkan Pemuda PBB Padungan merasa bangga dengan pencapaian Unit Media Baru (UMB) BN Sarawak yang berjaya memainkan peranan menangkis dakyah-dakyah palsu yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya yang lepas.

Kejayaan ini menyebabkan ada pemimpin Pakatan Pembangkang yang dengan nada kecewa telah memperlekehkan minda rakyat Sarawak yang memperolehi maklumat dari internet yang masih lagi menyokong Barisan Nasional walaupun mereka disajikan oleh dakyah-dakyah (yang sebenarnya palsu) yang memburukkan pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Pemuda PBB Padungan juga percaya bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang, UMB BN Sarawak akan sekali lagi memainkan peranan menangkis dakyah-dakyah palsu pembangkang dengan mempertunjukkan apa yang telah dan sebenarnya berlaku di negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Pembangkang.

Rakyat Sarawak telah didodoikan dengan cerita-cerita khayalan yang dikatakan berlaku di negeri-negeri tersebut.

Peranan UMB BN Sarawak ialah untuk menyedarkan rakyat Sarawak agar tidak terlena dengan cerita-cerita khayalan tersebut.

Pemuda PBB Padungan menyeru agar semua penyokong Barisan Nasional yang bergiat dalam alam siber agar berdiri kukuh dibelakang UMB Sarawak untuk memastikan pertahanan dan serangan Barisan Nasional tidak goyah dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sekian. Terimakasih.



Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------


Wednesday 23 November 2011

Pemuda PBB Padungan gembira dengan pengikhtirafan yang telah diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak

Pemuda PBB Padungan amat bangga dengan pengikhtirafan yang diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak kepada askar perang siber yang pro-Barisan Nasional sebagai “Pejuang Barisan Nasional” dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur. 

Pengikhtirafan ini sewajarnya akan menyemarakkan lagi semangat para “Pejuang Alam Maya Barisan Nasional” untuk mempertahankan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang. 

Bahkan Pemuda PBB Padungan amat bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mempunyai blog, facebook dan twitter sendiri. 

Pemuda PBB Padungan juga bersetuju bahawa pendekatan ini membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak 'merasai' nadi rakyat dan kemudiannya mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Oleh itu Pemuda PBB Padungan merasakan barisan kepimpinan Barisan Nasional Sarawak sewajarnya mencontohi Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mempunyai blog, facebook dan twitter sendiri. 

Ini untuk membantu pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sarawak untuk membuat penjelasan terhadap sesuatu perkara yang mungkin tidak mampu untuk dijelaskan menggunakan platfom media biasa, iaitu suratkhabar ataupun radio ataupun TV. 

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan menyeru semua Pejuang Alam Maya Barisan Nasional Sarawak agar bersatu hati dalam mempertahankan semua pemimpin Barisan Nasional Sarawak. 

Kekuatan Barisan Nasional Sarawak hanya dapat digambarkan melalui jumlah kerusi yang dimenangi. 

Oleh itu, setiap kerusi adalah penting untuk Barisan Nasional Sarawak. 

Tiada gunanya jika hanya menang satu kerusi tetapi tewas di tempat lain sehingga menyebabkan Pakatan Pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri Sarawak. 

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan ingin mengucapkan jutaan terimakasih yang tak terhingga kepada Datuk Seri Najib Tun Razak diatas pengikhtirafan yang telah diberikan. 

Sekian. Terimakasih.



Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Monday 21 November 2011

Kemanakah perginya semua pemimpin ???

Satu karya mengenai kepimpinan yang patut dikongsi bersama dengan semua pihak.


Intipati dari buku hasil karya Lee Aicocca yang bertajuk "Where Have All the Leaders Gone?" :
*A leader has to show CURIOSITY
*A leader has to be CREATIVE
*A leader has to COMMUNICATE
*A leader has to be a person of CHARACTER
*A leader must have COURAGE
*A leader has to have CONVICTION
*A leader should have CHARISMA
*A leader has to be COMPETENT
*A leader must have COMMON SENSE

Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri sendiri untuk memperkasakan perjuangan PBB.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------


Friday 18 November 2011

Pemuda PBB Padungan sokong gesaan agar Shell dan Petronas beri banyak peluang kepada syarikat dari Sarawak

Pemuda PBB Padungan menyokong sepenuhnya gesaan ADUN Daro Yang Berhormat Murni Suhaili bahawa syarikat minyak dan gas SHELL dan Petronas sewajarnya memberi peluang kontrak yang lebih banyak kepada syarikat-syarikat dari Sarawak. 

Hujah ADUN Daro Yang Berhormat Murni Suhaili bahawa terdapat syarikat-syarikat tempatan yang turut mempunyai kepakaran yang setara atau lebih dari syarikat-syarikat lain adalah tepat sekali. 

Atas dasar ini Pemuda PBB Padungan menggesa syarikat minyak dan gas SHELL dan Petronas agar tidak mengambil sikap tidak ambil peduli gesaan yang dibuat oleh ADUN Daro Yang Berhormat Murni Suhaili ini. 

Pemuda PBB Padungan merasakan sekiranya perlu, Kerajaan Barisan Nasional Sarawak patut campur tangan untuk memastikan syarikat-syarikat tempatan mendapat peluang kontrak perniagaan yang lebih berbanding dengan syarikat-syarikat bukan tempatan. 

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan amat berharap pihak pengurusan tertinggi SHELL dan Petronas akan segera melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah kurangnya peluang kontrak perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan. 

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Tuesday 15 November 2011

Pemuda PBB Padungan teruja dengan pemilihan Abdullah Saidol sebagai pengerusi BN BBC


ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol

Pemuda PBB Padungan menyambut baik pemilihan ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol sebagai pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkuatkuasa pada November 14, 2011.

Pemuda PBB Padungan yakin bahawa kepimpinan yang cemerlang yang membolehkan ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol dipilih oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai pengerusi BNBBC.

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan merasa teruja dengan pemilihan ini memandangkan pemilihan ini dapat dilihat sebagai memberi penghormatan dan kepercayaan kepada generasi muda untuk menggalas tanggungjawab yang besar.

Pemuda PBB Padungan merasa yakin dengan kepimpinannya dalam membantu Ahli-Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional agar berfungsi dengan lebih baik dalam menghadapi Ahli-Ahli Yang Berhormat dari barisan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Pemuda PBB Padungan juga ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol diatas pemilihan ini.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------


Saturday 12 November 2011

Selamat Berjuang kepada adik-adik yang menduduki SPM



Pemuda PBB Padungan ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua adik-adik yang yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai hari Isnin (Nov 14, 2011) ini.

Sesungguhnya kejayaan adik-adik dalam peperiksaan ini amatlah diharapkan.

Pemuda PBB Padungan berdoa agar adik-adik semua akan dapat kecemerlangan dalam peperiksaan SPM ini.

Sekian. Terimakasih.



Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Wednesday 2 November 2011

Pemuda PBB Padungan amat berharap anggota BN dapat menolak ketepi pergeseran demi Parti BN

Pemuda PBB Padungan amat berharap anggota Barisan Nasional Sarawak mampu untuk membuat menolak ke tepi perbezaan pendapat ataupun pendirian demi memelihara keutuhan parti Barisan Nasional (BN).

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda PBB Sarawak merangkap Ketua Pemuda BN Sarawak Datuk Fadilah Yusuf bahawa Barisan Nasional akan lemah sekiranya anggota BN gagal mengambil sikap mementingkan keutuhan parti.

Diharapkan sebarang pergeseran dikalangan anggota Barisan Nasional tidak akan melemahkan persediaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sekian. Terima kasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------