Pemuda PBB Padungan menyifatkan barisan Kabinet Sarawak yang baru ini menggambarkan realiti politik semasa negeri Sarawak yang memperlihatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh Bumiputera kepada Parti Barisan Nasional.
Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan menyifatkan satu tindakan yang bijak untuk mengekalkan Datuk Wong Soon Koh dalam barisan Kabinet Sarawak kerana walaupun kaum Cina secara terang-terang menolak Barisan Nasional, kaum tersebut hendaklah tidak dipinggirkan.
Penolakkan ini disebabkan kaum Cina terpedaya dengan dakyah-dakyah negatif Democratic Action Party.
Democratic Action Party menipu kaum Cina dengan memberi keyakinan palsu bahawa kaum Bumiputera juga turut memberi sokongan kepada Pakatan Pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional bagi membentuk Kerajaan Pakatan Pembangkang.
Keputusan pilihanraya negeri dengan jelas menunjukkan kaum Cina telah ditipu bulat-bulat oleh Democratic Action Party !!!
Dan sekarang Democratic Action Party sedang giat untuk menipu kaum Bumiputera agar memberi sokongan kepada parti tersebut untuk membolehkan Democratic Action Party mencapai cita-citanya untuk menghapuskan status Bumiputera dibawah konsep Malaysian Malaysia.
Perlantikkan Datuk Fatimah Abdullah sebagai Menteri sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga adalah satu langkah yang bijak yang menggambarkan Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan, wanita dan pembangunan keluarga.
Pemuda PBB Padungan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diatas kebijaksanaan dalam membuat keputusan membentuk Kabinet Negeri Sarawak yang baru.
Pemuda PBB Padungan juga ingin mengucapkan tahniah kepada muka-muka baru yang dilantik sebagai Menteri-Menteri Muda Kabinet Negeri Sarawak.
Sekian. Terimakasih.
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------