Friday 30 September 2011

Pemuda PBB Padungan secara dasarnya bersetuju Seksyen 15 AUKU dimansuhkan

Pemuda PBB Padungan secara dasarnya bersetuju dengan gesaan Pemuda Umno dan Pemuda MCA agar Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dimansuhkan.

Ini kerana Pemuda PBB Padungan turut percaya para pelajar di universiti seharusnya diberi peluang untuk terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Sebagai golongan pelapis kepimpinan negara, sewajarnya para pelajar diberi platfom untuk mematangkan diri mereka perihal-perihal penting yang berkaitan dengan negara.

Tetapi pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan merasa khuatir terhadap kemungkinan negatif yang mungkin timbul sekiranya para pelajar gagal mengimbangi diantara keperluan untuk 'berpolitik' dan 'belajar'.

Sekiranya kedua-dua ini gagal diimbangi dengan sempurna, maka negara akan rugi. 

Sekiranya ini berlaku, wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk digunakan membantu para pelajar ini di universiti-universiti terbuang begitu sahaja.

Memang kita berkehendakkan golongan pelapis kepimpinan yang matang dan juga berjaya dalam akademik.

Tetapi persoalannya ialah sekiranya pemansuhan akta ini gagal membantu negara berkembang dari segi ekonomi yang menyaksikan ramai graduan yang menamatkan pengajian dengan tahap 'cukup makan' dalam bidang-bidang yang penting untuk negara dan kemudiannya gagal mendapat pekerjaan yang baik disebabkan sijil bertahap 'cukup makan' tersebut, mampukah sesuatu yang pasti berkesan dilakukan untuk memperbaiki keadaan?

Sekiranya mampu untuk diperbaiki, berapa lama masa yang mesti diambil untuk memperbaiki keadaan tersebut?

Satu dekad? Dua dekad? Lima dekad? Ataupun tiada apa yang dapat dilakukan?

Sekiranya kepimpinan Barisan Nasional bersetuju Seksyen 15 AUKU dimansuhkan, Pemuda PBB Padungan amat berharap mimpi-mimpi ngeri yang menjadi igauan kami, tidak akan menjadi realiti.

Sesungguhnya sesuatu kerosakkan yang berlaku pada masyarakat bukannya mampu untuk dipulihkan dalam masa yang singkat.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday 29 September 2011

Ho Leng perlu minta maaf kerana 'menghina' mentaliti pengundi luar bandar

Pemuda PBB Padungan mendesak Pengerusi Negeri Democratic Action Party YB Wong Ho Leng untuk meminta maaf dengan pengundi-pengundi di luar bandar kerana menganggap mereka sebagai mudah untuk ditipu ('gullible'). 

Pemuda PBB Padungan beranggapan ini ialah satu penghinaan kepada mentaliti pengundi-pengundi di luar bandar tanpa mengira mereka samada mereka menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Pembangkang. 

Ini adalah kerana kenyataan tersebut juga menggambarkan bahawa penyokong Pakatan Pembangkang juga sebenarnya terdiri dari golongan yang mudah untuk ditipu. 

Pemuda PBB Padungan merasa kesal dengan kenyataan YB Wong Ho Leng kerana memperlekehkan mentaliti pengundi-pengundi di luar bandar semata-mata kerana majoriti pengundi-pengundi luar bandar telah memberi undi mereka kepada Parti Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri yang lepas.

Mengapa perlu menghina mentaliti pengundi luar bandar apabila Pakatan Pembangkang gagal mendapat sokongan majoriti dari kaum Bumiputera dalam pilihanraya negeri yang lepas? 

Mengapa YB Wong Ho Leng tidak dapat menerima kegagalan merampas tampuk kuasa dari Parti Barisan Nasional secara 'gentleman' tanpa membuat sebarang penghinaan terhadap mentaliti pengundi luar bandar? 

Mungkin disebabkan tanggapan ini yang memberi keyakinan kepada Democratic Action Party untuk memasuki kawasan Bumiputera untuk mendapat sokongan dari pengundi Bumiputera. 

Mungkin Democratic Action Party beranggapan pengundi luar bandar mudah untuk ditipu dengan laungan 'kebangkitan Bumiputera untuk mendapatkan hak' untuk memesongkan perhatian mereka dari perjuangan sebenar Democratic Action Party yang bertujuan untuk membunuh status Bumiputera dengan konsep Malaysian Malaysia!!! 

Jelas sekali bahawa pandangan yang menghina Democratic Action Party terhadap kaum Bumiputera tidak pernah luntur dalam jati diri parti sejak dari dulu lagi.

Sekiranya Democratic Action Party (DAP) jujur dalam memperjuangkan hak kaum Bumiputera, maka buangkanlah perjuangan Malaysian Malaysia dari parti seperti mana Parti Islam Se-Malaysia membuang jauh-jauh perjuangan menegak negara Islam. 

Tetapi mengapa Parti Islam Se-Malaysia disuruh membuang perjuangan menegak negara Islam tetapi Democratic Action Party masih lagi memeluk perjuangan Malaysian Malaysia dengan erat sekali. 

Hanya Parti Islam Se-Malaysia perlu membuat pengorbanan manakala Democratic Action Party tidak perlu berbuat sedemikian? 

Adakah ini membawa maksud mentali pemimpin-pemimpin Parti Islam Se-Malaysia menyerupai mentali pengundi luar bandar di Sarawak yang mudah untuk ditipu? 

Mungkin YB Wong Ho Leng cuba untuk menjustifikasikan penghinaanya terhadap pengundi luar bandar dengan mendakwa bahawa Unit Media Baru mensasarkan pengundi luar bandar. 

Hakikatnya, sasaran utama Unit Media Baru ialah pengundi dalam bandar – dan bukannya pengundi luar bandar!!! 

Ini adalah disebabkan liputan internet untuk kawasan luar bandar belum dari meluas.

Menyentuh dakwaan YB Wong Ho Leng bahawa Sarawak United People's Party cuba bermain kotor dalam pilihanraya yang lepas, Pemuda PBB Padungan ingin bertanya kepada beliau : “Adakah anda ingat kami bodoh dan tidak tahu ataupun faham apa yang kami lihat dalam pilihanraya negeri yang lepas?” 

Tidak perlu Pemuda PBB Padungan menyenaraikan apa yang telah dibuat oleh Democratic Action Party dalam pilihanraya yang lepas buat masa sekarang. 

Tetapi Democratic Action Party perlu tahu bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang, Pemuda PBB Padungan dan rakan-rakan blogger BN dan pro-BN akan dedahkan permainan kotor Democratic Action Party dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Ini adalah untuk memberi peringatan kepada para pengundi Sarawak, amnya, dan para pengundi dalam bandar, khususnya, tentang permainan kotor Democratic Action Party. 

Semoga siri pendedahan yang akan dilakukan pada masa tersebut akan membantu menyedarkan para pengundi bahawa betapa kotornya politik Democratic Action Party. 

Sekian. Terimakasih. 

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Wednesday 28 September 2011

Barisan Kabinet Sarawak yang baru menggambarkan realiti politik semasa

Pemuda PBB Padungan menyifatkan barisan Kabinet Sarawak yang baru ini menggambarkan realiti politik semasa negeri Sarawak yang memperlihatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh Bumiputera kepada Parti Barisan Nasional.

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan menyifatkan satu tindakan yang bijak untuk mengekalkan Datuk Wong Soon Koh dalam barisan Kabinet Sarawak kerana walaupun kaum Cina secara terang-terang menolak Barisan Nasional, kaum tersebut hendaklah tidak dipinggirkan.

Penolakkan ini disebabkan kaum Cina terpedaya dengan dakyah-dakyah negatif Democratic Action Party.

Democratic Action Party menipu kaum Cina dengan memberi keyakinan palsu bahawa kaum Bumiputera juga turut memberi sokongan kepada Pakatan Pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional bagi membentuk Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Keputusan pilihanraya negeri dengan jelas menunjukkan kaum Cina telah ditipu bulat-bulat oleh Democratic Action Party !!!

Dan sekarang Democratic Action Party sedang giat untuk menipu kaum Bumiputera agar memberi sokongan kepada parti tersebut untuk membolehkan Democratic Action Party mencapai cita-citanya untuk menghapuskan status Bumiputera dibawah konsep Malaysian Malaysia.

Perlantikkan Datuk Fatimah Abdullah sebagai Menteri sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga adalah satu langkah yang bijak yang menggambarkan Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan, wanita dan pembangunan keluarga.

Pemuda PBB Padungan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diatas kebijaksanaan dalam membuat keputusan membentuk Kabinet Negeri Sarawak yang baru.

Pemuda PBB Padungan juga ingin mengucapkan tahniah kepada muka-muka baru yang dilantik sebagai Menteri-Menteri Muda Kabinet Negeri Sarawak.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Tuesday 27 September 2011

Pemuda PBB Padungan lancar kempen alam maya untuk bantah tindakan MAS

Pemuda PBB Padungan memandang serius tindakan pihak pengurusan baru MAS dibawah kepimpinan Tan Sri Tony Fernandes yang dilihat akan mendatangkan kesan yang buruk ke atas industri pelancongan Sarawak. 

Keputusan untuk membatalkan jumlah penerbangan FireFly ke Sarawak seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini amat membimbangkan. 

Atas sebab itulah Pemuda PBB Padungan telah melancarkan kempen "Kami bantah tindakan batal penerbangan Firefly ke Sarawak" di alam maya melalui Facebook untuk menggesa pengurusan baru MAS dibawah kepimpinan Tan Sri Tony Fernandes agar berhenti terlebih dahulu dari membuat sebarang perubahan ke atas rangkaian penerbangan FireFly ke Sarawak sehingga jalan penyelesaian telah dicapai diantara MAS dan rakyat Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan amat berharap rakyat Sarawak tanpa mengira ideologi politik menyokong sepenuhnya kempen alam maya ini demi kebaikan negeri Sarawak yang tercinta ini. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday 26 September 2011

Pemuda PBB Padungan puji keputusan untuk membabitkan generasi muda dalam proses penyusunan semula jentera pentadbiran kerajaan tempatan

Pemuda PBB Padungan menyambut baik kenyataan Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bahawa kerajaan tempatan di Sarawak akan disusun semula mulai tahun depan dengan pembabitan generasi muda dalam transformasi sosial. 

Pemuda PBB Padungan berpendapat keputusan untuk membabitkan generasi muda dalam proses transformasi amat bertepatan sekali untuk membolehkan jentera pentadbiran dapat dibentuk memenuhi aspirasi generasi muda. 

Pemuda PBB Padungan melihat generasi muda memang mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersama-sama Kerajaan Barisan Nasional dalam proses transformasi ataupun menambahbaik ataupun penyusunan semula jentera pentadbiran kerajaan tempatan. 

Keinginan yang tinggi ini seringkali kedengaran dalam perbincangan-perbincangan yang membabitkan kehadiran generasi muda. 

Pemuda PBB Padungan amat berharap generasi muda tidak akan melepaskan peluang ini untuk membabitkan diri secara aktif dalam proses transformasi ini demi masa depan yang cemerlang untuk negeri Sarawak. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Sunday 25 September 2011

Pemuda PBB Padungan sokong kenyataan Biro Ekonomi Pemuda PBB mengenai Firefly

Pemuda PBB Padungan menyokong penuh gesaan Biro Ekonomi Pemuda PBB agar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes memberi penjelasan mengenai status Firefly. 

Penjelasan keatas sama ada Firefly akan meneruskan ataupun menamatkan penerbangan ke Sarawak selepas pengurusan Malaysia Airlines (MAS) diambil alih oleh AirAsia Bhd adalah penting untuk Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan juga setuju sepenuhnya dengan kebimbangan yang disuarakan oleh Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos dan Penasihat Biro Ekonomi PBB Abdul Aziz Adenan terhadap kesan negatif penamatan perkhidmatan Firefly ke atas industri pelancongan Sarawak. 

Atas sebab ini Pemuda PBB Padungan mendesak Tan Sri Tony Fernandes agar tidak melengah-lengah dalam memberi penjelasan mengenai status Firefly kepada rakyat Sarawak. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Saturday 24 September 2011

Happy 90th Birthday Sarawak Head of State Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng

Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng

Special Report by Caroline Jackson
September 20, 2011

KUCHING, Sept 20 (Bernama) – As a freedom fighter in the thick of action in the struggle for Sarawak's independence from colonial rule, the man cut his teeth as a budding leader.

He was the toast to the people.

Today, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng continues to be one as Sarawak's head of state.

On Saturday, the well-loved, much respected and twice-appointed head of state turns 90.

Abang Muhammad Salahuddin's inner circle, including staff at the State Astana in Petra Jaya here, describe the man as a people-oriented leader who discards protocol and is unfazed by medals or positions.

Born in Kampung Nangka in Sibu on Aug 27, 1921, he represented the Melanau community to voice their support on Sarawak's participation in the formation of Malaysia, to the Cobbold Commission, an independent body appointed by the United Nations.

Abang Muhammad Salahuddin was first appointed as the state's third head of state from April 1977 until April 1981, and then as the current and sixth head of state since Dec 2000.

Friday 23 September 2011

PAS buat gimik hudud untuk tutup kesalahan membunuh Negara Islam

Sikap PAS yang ketika ini seolah-olah merajuk dengan DAP amat menggelikan hati seperti seorang isteri yang merajuk dengan madunya. 

Dan tindakkan si suami Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai menyebelahi PAS tidak menyenangkan hati DAP. 

DAP berkehendakkan PAS berpegang kepada Negara Kebajikan seperti yang diputuskan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 pada Jun lepas tetapi Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatan beriya-iya untuk melaksanakan hukum hudud. 

Adakah ini membawa maksud PAS tidak lagi sanggup membiarkan perjuangannya dirogol oleh DAP dengan rakus sekali? 

Ataupun ini hanyalah satu lakonan politik semata-mata memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pelakon dan penulis skrip yang bijak. 

Dan sekiranya ini bukan satu lakonan politik, ianya jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim amat pandai memperdayakan PAS sehingga sanggup membunuh hukum hudud dan Negara Islam. 

Kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kata-kata manisnya menjanjikan bulan dan bintang kepada PAS menyebabkan PAS sanggup tidur sebantal dengan DAP. 

Dan kemudiannya, si suami memujuk si isteri untuk membuang pegangan hukum hudud dan Negara Islam kerana madunya tidak selesa dengan pegangan tersebut. 

Selepas dipujuk rayu, si isteri dengan rela hati menukar pegangannya dari hukum hudud dan Negara Islam kepada Negara Kebajikan sepertimana dikehendaki oleh madunya. 

Sekarang si isteri merajuk dengan madunya dan si suami sedang memujuk kedua-dua isterinya dengan kata-kata manis yang lebih manis daripada madu lebah.

Walau bagaimanapun, sekiranya benar bahawa PAS beriya-iya untuk melaksanakan hukum hudud, adakah ini bermaksud PAS tidak lagi rela prinsip perjuangannya dirogol dengan rakus sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP? 

Adakah PAS baru tersedar dari lamunan indah bahawa mereka diperbodohkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP? 

Mengapa PAS begitu bodoh sehingga dapat diperbodohkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP? 

Kerana janji-janji manis bahawa Pakatan Pembangkang akan berupaya membentuk Kerajaan Persekutuan sekiranya PAS menolak hukum ALLAH dan menerima Negara Kebajikan? 

Bukankah amat janggal sekali parti yang mengaku berjiwa Islam, agama ALLAH, tetapi menolak hukum ALLAH? 

Dan sekarang menyesal? Tetapi adakah penyesalan ini ikhlas ataupun hanya untuk mendapat simpati dari pengundi Islam? 

Pemuda PBB Padungan percaya polimik hukum hudud dan perlaksanaan hukum ALLAH ini hanya satu gimik semata-mata yang dirancang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk mendapatkan simpati dari para pengundi Islam, termasuk ahli-ahli PAS sendiri. 

Pakatan Pembangkang menjangka bahawa pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi. 

Sebab itu, satu gimik untuk membawa kembali pengundi Islam kepada PAS mesti dilakukan sebelum terlambat. 

Tetapi malangnya, Pemuda PBB Padungan berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dan DAP telah memperlekehkan kematangan pemikiran rakyat dengan melakukan gimik sedemikian. 

Adakah rakyat akan percaya dengan 'kekecohan' ini apabila PAS hakikatnya masih mendokong Negara Kebajikan sepertimana dikehendaki oleh DAP? 

Pemuda PBB Padungan cabar PAS untuk adakan muktamar tergempar untuk memasukkan semula perjuangan hukum hudud dan Negara Islam dalam perlembagaan parti sekiranya ia benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan hukum hudud dan Negara Islam. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday 22 September 2011

Pemuda PBB Padungan bangga bersama UMB BN Sarawak berkempen di alam maya

Pemuda PBB Padungan merasa gembira dengan usaha-usaha untuk memperkuatkan Unit Media Baru (UMB) yang merupakan platfom untuk menangkis serangan-serangan terhadap para pemimpin dan polisi-polisi Barisan Nasional di alam maya.

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan kenyataan Ketua UMB BN Sarawak PBB Abdul Aziz Tan Sri Adenan, yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB, bahawa antara faktor kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bandar Sibu ialah jentera Barisan Nasional gagal menangkis dakwaan-dakwaan jahat yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terutama disaat-saat akhir.

Bahkan pada pilihanraya negeri yang lepas, Pakatan Pembangkang amat bijak menipu rakyat dengan mengambil kesempatan dari kurangnya pengalaman UMB BN Sarawak dalam menangani kempen alam maya.

Tetapi Pemuda PBB Padungan percaya pada pilihanraya umum nanti, Pakatan Pembangkang mungkin akan terkejut dengan kekuatan UMB BN Sarawak memandangkan ramai 'bloggers' dan 'facebookers' telah mendapat pengalaman yang berharga dari pilihanraya negeri yang lepas.

Kalau dulu UMB BN Sarawak mungkin terpaksa mengambil pendekatan 're-active' memandangkan kurangnya pengalaman dalam kempen alam maya tetapi dewasa ini kita dapat melihat UMB BN Sarawak telah mengambil pendekatan 'pro-active' dalam menangani Pakatan Pembangkang.

Syabas Abdul Aziz Tan Sri Adenan, Datuk Alfred Yap (SUPP), Majang Renggi (PRS) dan Audi Chua (SPDP).

Pemuda PBB Padungan amat bangga kerana dapat membantu UMB BN Sarawak menangkis serangan-serangan Pakatan Pembangkang di alam maya.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Wednesday 21 September 2011

Nik Aziz tuduh 'orang luar' burukkan wajah hudud tetapi bukankah PAS sendiri yang bunuh negara Islam???

Pemuda PBB Padungan merasa keliru dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan kekecewaan beliau dengan 'wajah' hudud yang 'begitu buruk'.

Beliau menuduh 'orang luar' sebagai agen perosak imej dan perlaksanaan hudud dan ajaran Islam.

Tetapi siapakah yang mengugurkan perjuangan penubuhan negara Islam dari misi parti kalau bukan PAS sendiri?

Bukankah PAS sendiri yang turut sama merosakkan hudud dan ajaran Islam melalui penolakkan penubuhan negara Islam yang diperjuangkannya?

Sebelum ini, apabila Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam, PAS menolak status negara Islam tersebut kerana tidak mengikuti konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Dewasa ini ternyata peimpin-pemimpin PAS terpaksa mengakui hakikat kesukaran untuk menubuhkan negara Islam yang berpaksikan PAS dan kemudiannya mengambil keputusan untuk membunuh perjuangan penubuhan negara Islam yang berpandukan model Islam PAS ini.

Alasan yang diguna pakai untuk mewajarkan pengguguran ini ialah PAS perlu menggugurkan perjuangan ini untuk membolehkan parti tersebut mendapat tempat dihati para pengundi yang bukan beragama Islam.

Keputusan ini membawa kepada satu persoalan: Adakah PAS ini benar-benar memperjuangkan agama Islam ataupun berjuang untuk mendapatkan undi?

Ahli-ahli PAS akan berhujah dengan berkata PAS perlu mendapatkan undi terlebih dahulu sebelum menubuhkan negara Islam berpaksikan PAS, tetapi bukankah ini membawa maksud PAS menipu pengundi dari kalangan bukan penganut agama Islam?

Sekiranya PAS sanggup menipu untuk mendapatkan undi, maka tiada bezanya PAS dan DAP yang sanggup menipu dengan mengatakan undi untuk BN adalah undi untuk anti-Kristain dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas.

Pemuda PBB Padungan merasa sedih dengan penipuan-penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang semata-mata untuk mendapatkan undi.

Hujah bahawa usaha mendapatkan undi lebih penting dari prinsip yang diagungkan dalam parti tidak dapat diterima pakai kerana ianya hanya akan merosakkan negara dan akan menyebabkan kekacauan politik yang teruk.

Rakyat Sarawak mesti menolak Pakatan Pembangkang kerana kita tidak boleh memperjudikan nasib kita dengan mengundi parti-parti yang mengutamakan undi daripada prinsip yang diperjuangkan.

Barisan Nasional adalah pilihan yang tepat untuk anda semua.

Hidup Sarawak!!! Hidup Barisan Nasional!!! Hidup PBB!!!

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Tuesday 20 September 2011

Era kegemilangan Anwar sebagai pemimpin agung pembangkang telah berakhir

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim seringkali dilihat sebagai politikus yang 'versatile' dan 'shrewd' yang bijak menangkis sebarang serangan politik yang ditujukan kepadanya.

Beliau juga mempunyai kemahiran untuk berhujah sehinggakan ramai yang percaya 'kemalaikatan' beliau sehingga sanggup berdiri dihadapan beliau untuk menerima sebarang serangan bagi melindungi beliau.

Pengorbanan ini dibuat BUKANNYA demi parti tetapi DEMI Datuk Seri ANWAR IBRAHIM.

Tetapi dari pengamatan Pemuda PBB Padungan, zaman kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik pembangkang sudah berakhir.

Hanya menunggu saat dan ketika untuk tiba dititik "full stop" sebagai tanda berakhirnya karier politik beliau.

Mungkin ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat enggan menerima hakikat ini tetapi hakikatnya banyak tingkah-laku Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi masalah kepada parti.

Antara dua kes yang masih lagi panas ketika ini ialah kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kes video seks membabitkan pelacur Cina.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berjaya dalam kes liwat tersebut tetapi ini tidak bermakna ramai orang Melayu percaya bahawa beliau tidak bersalah.

Sumpah laknat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan memain peranan yang teramat penting dalam minda orang Melayu.

Apa yang bakal diperkatakan oleh hakim dalam perbicaraan tidak penting tetapi apa yang bakal dilakukan oleh ALLAH kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan TERAMATLAH PENTING.

Dari pengamatan kasar, setakat ini kelihatan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak (ataupun belum lagi) menerima penglaknatan dari ALLAH.

Menyentuh kes video seks pula, yang menjadi perbalahan ialah siapakah pelakon video seks tersebut kerana kesahihan video seks tersebut bukan lagi satu isu memandangkan rata-rata rakyat Malaysia menerima pakai perakuan dari seorang pakar dari Amerika Syarikat bahawa video seks tersebut adalah asli.

Dan baru-baru ini telah ada pihak yang memuat turun video yang berwarna untuk memperkuatkan dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelakon dalam video seks yang dalam versi 'hitam putih' yang terdapat dalam internet sebelum ini.

Pemuda PBB Padungan berpendapat lebih ramai ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat akan keluar dari parti sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menangani isu video versi warna.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat kesudahan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kes video seks pelacur Cina.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday 19 September 2011

Anwar tipu rakyat Sarawak!!! Laporan audit Selangor mendedahkan penipuan Anwar!

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu mengagung-agungkan Selangor sebagai sebuah negeri yang selamat dalam tangan barisan pentadbir dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat diketuai oleh Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Sarawak baru-baru ini, beliau tanpa segan silu menipu rakyat Sarawak dengan mengagungkan pentadbiran negeri Selangor.

Kemudiannya pemimpin Pakatan Rakyat negeri Sarawak beramai-ramai mengiakan apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa terlebih dahulu memeriksa kebenaran kenyataan tersebut.

Tetapi laporan audit yang dibuat oleh badan audit Kerajaan Negeri Selangor sendiri secara terang-terang mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga para pemimpin Pakatan Rakyat negeri Sarawak.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Sunday 18 September 2011

Pemuda PBB Padungan puji keputusan Jimmy Donald dan rakan-rakan keluar PKR

Pemuda PBB Padungan tidak merasa terkejut dengan keputusan mantan Ahli Parlimen Sri Aman Jimmy Donald dan rakan-rakan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Walaupun Jimmy Donald yang juga merupakan Ketua Cawangan Sri Aman PKR dan rakan-rakan cuba menunjukkan bahawa keputusan mereka lebih merupakan satu keputusan peribadi, umum mengetahui bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah satu parti yang bermasalah. 

Keputusan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim (perlu dinyatakan dengan jelas bahawa keputusan dibuat oleh PENASIHAT parti dan bukannya PRESIDEN parti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) untuk mengekalkan YB Baru Bian sebagai pengerusi negeri PKR tidak dipersetujui sebilangan besar ahli Parti Keadilan Rakyat. 

YB Baru Bian bukanlah pemimpin pilihan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat tetapi pemimpin boneka PENASIHAT-dan-bukannnya-presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat berkehendakkan pengerusi negeri yang mewakili suara majoriti ahli-ahli dan bukannya menjadi boneka PENASIHAT-dan-bukannnya-presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pada masa yang sama, rata-rata ahli Parti Keadilan Rakyat merasa malu dengan pergolakkan kepimpinan dalam parti. 

Kalau dulu ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat sering kali dengan bongkak mengatakan bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah pejuang keadilan, sekarang ini mereka cenderung untuk mendiamkan diri. 

Penipuan dikalangan para pemimpin yang disokong oleh PENASIHAT-dan-bukannnya-presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat kedudukkan didalam parti amat memalukan. 

Tidak dinafikan Democratic Action Party turut memain peranan 'melemahkan' Parti Keadilan Rakyat dengan janji-janji kosong yang 'memperbodohkan' Parti Keadilan Rakyat. 

Tidak mengejutkan sekiranya keputusan Jimmy Donald dan rakan-rakan dibuat atas sebab untuk menyertai Democratic Action Party memandangkan parti tersebut telah berjaya memperbodohkan dan melemahkan Parti Keadilan Rakyat agar sokongan dari kaum Dayak semakin berkurangan. 

Pemuda PBB Padungan merasa kasihan melihat Parti Keadilan Rakyat diperlakukan sedemikian rupa oleh Democratic Action Party. 

Oleh itu, tidak mengejutkan sekiranya semakin ramai ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat mengambil tindakan untuk keluar dari parti. 

Pemuda PBB Padungan menyeru rakyat Sarawak agar jangan terpedaya dengan tipu helah Parti Keadilan Rakyat yang menipu rakyat Sarawak seolah-olah parti tersebut adalah pejuang keadilan sejati. 

Sekiranya benar, takkanlah ramai ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat telah (dan akan) keluar dari parti atas sebab tertipu dengan penampilan parti yang palsu. 

Pada masa yang sama, rakyat Sarawak jangan percaya Democratic Action Party yang ternyata sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan kuasa. 

Kami percaya pihak yang paling gembira dengan keputusan Jimmy Donald dan rakan-rakan ialah Democratic Action Party kerana parti tersebut sekarang ini secara terang-terang berusaha membunuh Parti Keadilan Rakyat. 

Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah pilihan yang tepat untuk perjuangan yang sebenar!!! 

Hidup BN!!! Hidup PBB!!! 

Sekian. Terima kasih. 

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan 
----------------- 

Saturday 17 September 2011

Jabatan Pendidikan Sarawak mesti ambil tindakan tegas sekiranya dakwaan benar

Pemuda PBB Padungan terkejut dan sedih dengan dakwaan tiga pelajar tidak dibenarkan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sebuah sekolah di Bintangor.

Kami menggesa Jabatan Pendidikan Sarawak untuk menyiasat kebenaran dakwaan tersebut dan sekiranya benar, hendaklah mengambil tindakkan yang keras terhadap pihak-pihak yang terbabit.

Pada masa yang sama, sekiranya dakwaan ini dibuat dengan tujuan jahat untuk memalukan Kerajaan Barisan Nasional, kami menggesa Jabatan Pendidikan Sarawak mengambil tindakkan terhadap pihak-pihak yang terbabit.

Kami memandang serius hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan kerana diperingkat makro, ianya penting untuk pembangunan negara, manakala diperingkat mikro, ianya penting untuk membantu para pelajar meningkatkan tahap kehidupan mereka ke tahap yang lebih tinggi apabila mereka dewasa kelak, bersesuaian dengan arus pemodenan yang melanda negeri Sarawak.

Akhirkata, sekali lagi kami mengulangi pendirian kami bahawa pendidikan adalah penting kepada generasi muda dan kami menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menidakkan anak-anak muda untuk menduduki mana-mana peperiksaan awam oleh mana-mana pihak.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Friday 16 September 2011

Terimakasih Datuk Seri Najib Tun Razak diatas 'hadiah istimewa' di Hari Malaysia

Bertransformasilah !!! 

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memberi 'hadiah istimewa' yang amat menarik kepada semua rakyat Malaysia melalui pengumuman yang bersejarah pada malam tadi. 

Rata-rata rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik ataupun agama, menyambut baik apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Beliau menyentuh tentang pemansuhan Akta Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959; dan pengkajian semula akta-akta seperti Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan harapan untuk memastikan undang-undang negara releven dengan peredaran masa. 

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional berwawasan jauh dan berjiwa transformasi dalam membantu rakyat untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dalam zaman yang mencabar ini. 

Ini berbeza dengan Pakatan Pembangkang yang hanya cuba memperdaya rakyat dengan menggesa mereka untuk hanya 'berubah' dan bukannya 'bertransformasi' seperti dikehendaki oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dibentuk oleh Parti Barisan Nasional. 

Pakatan Pembangkang tahu bahawa mereka tidak berupaya untuk bertransformasi memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir negeri ataupun negara. 

Atas sebab itu, mereka hanya menjanjikan 'berubah'.

Negeri-negeri dibawah Pakatan Pembangkang memdabik dada seolah-olah pembangunan yang dicapai oleh negeri-negeri tersebut adalah semata-mata disebabkan oleh mereka. 

Jika ini benar, mengapa menyembunyikan data statistik yang menunjukkan ekonomi merundum. 

Buktikan kata-kata dengan fakta dan bukannya menipu melalui kata-kata!!! 

Kerajaan Barisan Nasional menjanjikan yang lebih baik dari Pakatan Pembangkang. 

Kerajaan Barisan Nasional menjanjikan 'transformasi' tetapi Pakatan Pembangkang hanya menjanjikan 'ubah' yang jauh lebih rendah dari apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. 

Ternyata Pakatan Pembangkang tidak ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat kerana mereka menjanjikan sesuatu yang bertahap rendah kepada rakyat. 

Mereka amat mengetahui bahawa mereka tidak mampu tetapi mereka tetap menipu rakyat dengan gesaan 'berubah-lah' seolah-olah gesaan ini mempunyai makna yang besar. 

Adakah Pakatan Pembangkang menganggap rakyat Malaysia bodoh sehingga tidak boleh membezakan ubah dan transformasi??? 

Pemuda PBB Padungan menggesa semua rakyat Sarawak agar menolak Pakatan Pembangkang hanya tahu memperbodohkan rakyat dengan janji-janji yang tidak masuk akal. 

Sekiranya Pakatan Pembangkang benar-benar lebih mahir, mengapa menjanjikan sesuatu yang bertahap rendah kepada rakyat???

Mengapa perlu berubah sedangkan kita berupaya untuk bertransformasi???

Sampai bila rakyat Sarawak hendak ditipu oleh Pakatan Pembangkang??? 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Suatu hari yang keramat kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sarawak dan juga Sabah.




Malaysia Day is held on September 16 every year to commemorate the establishment of the Malaysian federation on the same date in 1963. It marked the joining together of Malaya, North Borneo, Sarawak, and Singapore to form Malaysia. The formation of the new federation was planned to occur on June 1, 1963, but was later postponed to August 31, 1963, in order to coincide with the sixth Hari Merdeka. Several issues related to the Indonesian and the Filipino objection to the formation of Malaysia delayed the declaration to September 16 of the same year. The postponement was also done to allow the United Nations team time to conduct referendums in North Borneo (now Sabah) and Sarawak regarding the two states participation in a new federation.[1]

The formation of Malaysia was made possible through the introduction of the Malaysia Bill to the Malayan Parliament on July 9, 1963, and consent from the Yang di-Pertuan Agong on August 29, 1963.[1]

Prior to the formation of Malaysia, Sarawak gained its independence on July 22 1963 while Singapore and North Borneo (which was renamed Sabah) unilaterally declared independence from the United Kingdom on August 31, 1963, thus coinciding with the sixth anniversary of the Malayan independence.

Beginning year 2010, September 16 is a federal public holiday.[2] It coincides with the birthday of the Yang di-Pertua of Sabah.

Sumber: Wikipedia
 

Thursday 15 September 2011

Pemuda PBB Padungan bangga sebagai ahli PBB dan tidak merasa takut dengan salakkan pembangkang

Pemuda PBB Padungan menyahut seruan Presiden Parti Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk tidak merasa takut dengan pihak-pihak yang tidak menyukai polisi-polisi parti memperjuangkan kepentingan kaum Bumiputera di Sarawak.

Pemuda PBB Padungan juga teramat setuju dengan gesaan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bahawa semua ahli PBB seharusnya merasa bangga dengan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh parti untuk membangunkan Sarawak seperti sekarang.

Kami amat yakin suara-suara sumbang yang kedengaran adalah hasil dari kegagalan memahami polisi-polisi yang diketengahkan oleh parti.

Pada masa yang sama, pembangkang cenderung untuk mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan perbalahan agar dapat mendapat undi dalam pilihanraya.

Hal ini amat jelas dalam pilihanraya yang lepas.

Pakatan Pembangkang bukannya ikhlas apabila cuba untuk mendapatkan jawapan dari Kerajaan Barisan Nasional tetapi mempunyai niat yang jahat agar Kerajaan Barisan Nasional akan dituduh sebagai tidak prihatin dengan permasalahan rakyat.

Adakah Pakatan Pembangkang tidak suiman dengan membuat tuduhan sedemikian?

Adakah masuk akal untuk sebuah kerajaan yang ditubuhkan melalui proses demokrasi enggan ambil peduli masalah rakyat yang mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan???!!!

Pemuda PBB Padungan menyeru semua ahli Pergerakkan Pemuda PBB agar tidak merasa gusar ataupun khuatir apabila Pakatan Pembangkang membuat dakwaan negatif terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan PBB.

Kita perlu ingat bahawa Pakatan Pembangkang ialah parti-parti politik yang mempunyai objektif untuk mendapatkan kuasa yang ada ditangan Kerajaan Barisan Nasional.

Oleh itu, mereka tidak teragak-agak untuk bermain kotor demi kuasa.

Ini terbukti dalam pilihanraya yang lepas apabila Pakatan Pembangkang tidak bertanggungjawab dengan memainkan isu agama!!!

Sekiranya Pakatan Pembangkang mendakwa mereka lebih bijak mentadbir dengan mengambil contoh pentadbiran negeri-negeri dibawah Pakatan Pembangkang, kita berani menyangkal dakwaan ini.

Kita telah berjaya mengketengahkan bukti-bukti kukuh bahawa Pakatan Pembangkang hanya membuat dakwaan yang bertujuan untuk menipu rakyat bagi tujuan untuk mendapatkan undi.

Dan kita akan terus membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang cuba memesongkan pemikiran dan tanggapan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Sekiranya kebajikan rakyat itu benar-benar penting untuk Pakatan Pembangkang, adalah mereka sanggup hilang undi demi kebajikan rakyat???

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan berikrar akan sentiasa berdiri kukuh dibelakang Parti Pesaka Bumiputera Sarawak dan Presiden Parti Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan juga barisan kepimpinan parti.

Hidup PBB!!! PBB, kaulah kebangaan kami!!!

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Tahniah Wan Hamzah Wan Paie diatas kejayaan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri

Pemuda PBB Padungan ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda PBB Zon Kuching Saudara Wan Hamzah Wan Paie diatas kejayaan mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pemuda PBB Zon Kuching di Dewan Majlis Islam, Kuching baru-baru ini.

Barisan kepimpinan PBB
Diantara pemimpin PBB yang menghadiri majlis tersebut ialah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Tan Sri Adenan Satem, Datuk Daud Abdul Rahman, Datuk Fadillah Yusof, Datuk Idris Buang, Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Sumber untuk gambar: Sharpshootter X-Tornado

Wednesday 14 September 2011

Kunjungan TYT satu penghormatan kepada semua ahli Pergerakkan Pemuda PBB

Pemuda PBB Padungan merasa bangga diatas kesudian Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah membuat kunjungan ke rumah terbuka Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili di Bintulu baru-baru ini.

Kami berpendapat perhormatan ini diberikan kepada semua ahli Pergerakkan Pemuda PBB!!!

Syabas kepada semua ahli Pergerakkan Pemuda PBB!!!

KENANGAN BERSAMA TUN SALAHUDDIN SERTA ISTERI.
Turut kelihatan ialah Datuk Talip Zulpilip.

PELUKKAN KEMESRAAN YANG PENUH BERMAKNA

Tuesday 13 September 2011

Pengakuan bekas ahli jemaah PAS: Pandangan Nik Aziz lebih suci dari Hadis Nabi Muhamad

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Sahabat saya menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Monday 12 September 2011

Kerakusan politik DAP amat menjengkelkan dan meloyakan umat Islam

Kerakusan politik Democratic Action Party amat menjengkelkan. 

Pemimpin-pemimpin Democratic Action Party hanya memikirkan politik setiap masa tanpa peduli sensitiviti keagamaan ataupun perkauman. 

Ini tidak menghairankan kerana dalam pilihanraya yang lepas, Democratic Action Party telah memainkan isu agama sehingga menyebabkan ramai mengundi parti tersebut dalam pilihanraya yang lepas. 

Tanpa segan silu Democratic Action Party meniup api perselisihan agama demi undi untuk mendapatkan kuasa. 

Ini telah berjaya membolehkan mereka mendapat banyak kerusi dalam pilihanraya yang lepas. 

Democratic Action Party dilihat sebagai pejuang agama. 

Sekarang, dan juga tanpa segan silu Democratic Action Party cuba merapat dirinya dengan penganut agama yang sebelum ini dituduh sebagai menindas agama yang diperjuangkannya. 

Mengapa Democratic Action Party tanpa merasa malu berbuat sedemikian? 

Ini adalah kerana parti tersebut tahu bahawa Democratic Action Party tidak akan berjaya menjadi parti tulang belakang kerajaan Pakatan Rakyat di Sarawak sekiranya hanya mendapat sokongan dari kaum Cina yang hanya merupakan 22 peratus dari jumlah penduduk Sarawak. 

Kerakusan politik juga membuatkan Democratic Action Party enggan bergantung kepada rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat dalam usaha mendapatkan sokongan dari bukan Cina. 

Walaupun Democratic Action Party terpaksa bermuka-muka – iaitu, sewaktu berkempen di pilihanraya negeri yang lepas, Democratic Action Party memainkan isu agama; dan sekarang pula berusaha untuk merapati penganut agama yang telah dijadikan oleh Democratic Action Party sebagai kambing hitam dalam pilihanraya yang lepas. 

Persoalannya sekarang ialah, adakah kerana disebabkan rasa tidak puas hati dengan Kerajaan Barisan Nasional atas isu-isu tertentu, rakyat Sarawak sanggup dipergunakan oleh sebuah parti yang hanya berminat untuk mendapatkan kuasa tanpa peduli akibat dari kerakusan dan kegelojohan tersebut??? 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Pemuda PBB bantu pelajar UIA yang kurang upaya

Sila klik imej untuk membesarkan gambar
Majlis Penyerahan Kerusi Roda Automatik kepada pelajar U.I.A yang kurang upaya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi merangkap Ketua Pemuda PBB YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof  di Kpg Samariang Wawasan Jaya Petra Jaya baru-baru ini.

Sumber: Sharpshootter X-Tornado's Photos

Sunday 11 September 2011

Angka dua atau tiga MP PBB bersara adalah sesuai

Pemuda PBB Padungan menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bahawa diantara dua ataupun tiga Ahli Parlimen akan 'bersara' untuk membuka ruang kepada pemimpin muda untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.

Pada pandangan kami, angka dua ataupun tiga dari 14 amat sesuai kerana jika terlalu ramai muka baru diketengahkan dalam sesuatu masa, ianya boleh menggugat keyakinan para pengundi terhadap keberkesanan barisan Ahli-Ahli Parlimen yang rata-rata adalah pemimpin yang belum lagi diuji.

Kami juga merasa lega kerana Ahli-Ahli Parlimen PBB masih lagi mengamalkan sikap 'pengunduran secara sukarela' seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Kami percaya sikap inilah yang membantu menguatkan PBB untuk terus berfungsi sebagai parti tulang belakang Barisan Nasional di Sarawak.

Kami ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Terimakasih kepada Ahli-Ahli Parlimen yang bakal bersara dan Selamat Berkhidmat kepada muka-muka baru yang akan mengambil alih tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Fadillah ketuai rombongan Pemuda PBB Sarawak kunjung rumah Karim

Sila klik imej untuk membesarkan gambar.
Pergerakan Pemuda PBB Sarawak mengadakan kunjungan ke rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Asajaya,YB Haji Abdul Karim Rahman Hamzah baru-baru ini. 

Rombongan diketuai oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi merangkap Ketua Pemuda PBB YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof

Sumber: Sharpshootter X-Tornado's Photos
 

Saturday 10 September 2011

DAP korbankan kesejahteraan penghuni pangsapuri KMC demi memastikan parti terus berkuasa

Pemuda PBB Padungan berpendapat Democratic Action Party sepatutnya meneliti terlebih dahulu cadangan Kerajaan Barisan Nasional sebelum menolak bulat-bulat usaha untuk membangunkan pangsapuri KMC agar kesejahteraan penghuni meningkat.

Dan Democratic Action Parti juga sepatutnya tidak celupar dengan membuat tuduhan melulu bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan menukar penggunaan tanah dimana terletaknya pangsapuri KMC untuk kroni-kroni.

Begitu celupar sekali Ahli Parlimen Democratic Action Parti Chong Chieng Jen dalam membuat tuduhan-tuduhan seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak bertanggungjawab.

Adakah beliau beranggapan Kerajaan Barisan Nasional tidak peka dengan aspirasi rakyat?

Adakah Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen sebenarnya ketakutan kerana jika Kerajaan Barisan Nasional membangunkan kawasan flat KMC kemungkinan besar sokongan rakyat akan berpindah ke Parti Barisan Nasional?

Jika beliau benar-benar memperjuangkan nasib rakyat seperti yang dilaung-laungkannya, sepatutnya beliau berfikiran terbuka dan sanggup untuk kehilangan undi demi kesejahteraan rakyat.

Tapi adakah Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen, yang dianggap sebagai malaikat oleh penyokong beliau, sanggup menolak ketepi usaha untuk mendapatkan kuasa demi kesejahteraan rakyat?

Sekiranya Democratic Action Party, dimana Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen sebagai salah seorang pemimpin tertinggi parti, sanggup 'mengkorbankan' rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat demi kuasa, apatah lagi rakyat biasa yang kurang arif dengan politik dikalangan parti politik.

Berdasarkan rekod Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang sanggup berkomplot dengan pemimpin-pemimpin Democratic Action Party untuk mengkorbankan rakan seperjuangan demi kuasa politik, adakah rakyat fikir beliau tidak sanggup mengkorbankan kesejahteraan rakyat demi kuasa???!!!

Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen boleh membuat apa saja tuduhan keatas Kerajaan Barisan Nasional tetapi yang pastinya ialah Parti Barisan Nasional tidak sanggup 'menyembelih' ataupun 'mengorbankan' sesiapa sahaja, samada rakan seperjuangan ataupun rakyat, demi kuasa, seperti Democratic Action Party.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Friday 9 September 2011

Pemuda PBB Padungan alu-alukan keputusan untuk meletak calon 'winnable'

Pemuda PBB Padungan mengalu-alukan pendirian pucuk kepimpinan parti untuk hanya meletakkan calon-calon yang berupaya menang (winnable) dalam pilihanraya umum yang akan datang. 

Kami menyokong penuh tanpa sebarang keraguan diatas keputusan pucuk kepimpinan untuk mengekalkan atau menukar mana-mana Ahli Parlimen. 

Perjuangan dalam parti adalah untuk rakyat; dan atas sebab itu, adalah penting untuk memastikan bahawa calon-calon yang bakal dipilih oleh parti menggambarkan aspirasi parti untuk meletakkan pemimpin-pemimpin yang berupaya untuk memenuhi aspirasi rakyat. 

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan akan terus berdiri dengan kukuh dibelakang parti dibawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Thursday 8 September 2011

Pemuda PBB Padungan puji sikap para peniaga yang tidak mengambil kesempatan

Kejayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan membenteras gejala penjualan barang kawalan diatas harga kawalan di sepanjang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Kejayaan ini telah membantu memastikan rakyat Sarawak yang menyambut Hari Raya Aidil Fitri berbelanja secara berpatutan dan tidak diluar batasan harga yang sepatutnya.

Pada masa yang sama, para peniaga patut dipuji kerana tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan kawalan.

Sarawak akan lebih menjadi negeri yang makmur dan aman damai sekiranya semua pihak mencontohi sikap tidak-mengambil-kesempatan yang ditunjukkan oleh para peniaga.

Sekali lagi Pemuda PBB Padungan ingin mengucapkan ribuan terimakasih diatas sikap tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang kawalan.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Wednesday 7 September 2011

Pemuda PBB Padungan seru rakyat berdiri dibelakang Kerajaan BN untuk membantu menjayakan SCORE

Kepimpinan politik Sarawak amat berpandangan jauh apabila melaksanakan projek SCORE yang bakal menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak. 

Ini akan membantu rakyat Sarawak untuk menikmati pendapatan tinggi selaras dengan aspirasi Kerajaan Barisan Nasional yang berkehendakkan sistem ekonomi negara dan negeri diubahkan kepada sistem ekonomi berpendapatan tinggi. 

Keputusan untuk mengubah model ekonomi semasa kepada model ekonomi yang berupaya untuk menjanakan pendapatan yang tinggi amat bertepatan sekali kerana rakyat Sarawak akan mendapat banyak faedah. 

Apabila mempunyai pendapatan yang tinggi, kuasa membeli rakyat Sarawak akan secaranya turut meningkat. 

Peningkatan kuasa membeli ini boleh menyumbangkan kepada tahap kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat Sarawak. 

Oleh itu Pemuda PBB Padungan menyeru rakyat Sarawak agar terus berdiri dibelakang Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan usaha untuk membantu rakyat Sarawak agar berupaya menikmati kehidupan yang lebih baik dan selesa akan dapat dicapai. 

Pihak pembangkang sebenarnya tidak menghiraukan kebajikan rakyat Sarawak apabila mereka menghasut rakyat Sarawak agar membenci Kerajaan Barisan Nasional. 

Yang diimpi-impikan oleh pihak pembangkang ialah untuk merampas Kerajaan Sarawak dari pimpinan Parti Barisan Nasional – dan mereka sanggup melihat rakyat Sarawak menderita demi mencapai cita-cita mereka ini. 

Sekian. Terima kasih. 

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Tuesday 6 September 2011

Pemuda PBB Padungan kecam kenyataan biadap Sabu

Pemuda PBB Padungan amat terharu dengan semangat patroitik yang ditunjukkan oleh Kapten (Bersara) Mohd Johari Ibrahim, seorang pesara tentera yang berusia 70 tahun, yang sanggup untuk masuk semula ke dalam hutan untuk menentang komunis sekiranya ada peluang untuk berbuat demikian. 

Semangat patroitik yang tinggi ini menyebabkan kami merasa malu dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang tanpa segan silu mengagongkan komunis sebagai hero negara yang sebenar. 

Kedangkalan pemikiran Mohamad Sabu dalam melihat sejarah tanah air amat memalukan kerana tidak sepatutnya pemimpin yang berkedudukan tinggi dalam sebuah parti mempunyai pemikiran yang sebegitu dangkal. 

Adakah komunis itu dianggap sebagai hero sebenar negara??? 

Apakah Mohamad Sabu tidak membaca sejarah di tatkala berlakunya vakum kuasa yang menyebabkan komunis bermaharajalela untuk seketika??? 

Adakah kebiadapan komunis yang melampui batas kemanusiaan ini dapat dianggap sebagai hero sebenar??? 

Ternyatalah Mohamad Sabu ini sebenarnya tergolong dalam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup menidakkan sumbangan orang lain hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. 

Mungkin tujuan sebenar Mohamad Sabu berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa pihak yang berada diluar kerajaan sebenarnya hero sebenar. 

Sekiranya ini yang diinginkan oleh Mohamad Sabu, ternyatalah beliau seorang yang berfikiran cetek dan dangkal. 

Kami menggesa Mohamad Sabu agar meminta maaf dari semua anggota keselamatan dan juga rakyat Malaysia yang selama ini hidup dengan selesa dan aman damai hasil dari perjuangan yang diberikan oleh semua anggota keselamatan. 

Beliau seharusnya malu dengan sikap biadap beliau terhadap penegak keamanan negara yang membolehkan beliau berucap di atas pentas untuk mengutuk sesiapa sahaja beliau suka tanpa perlu merasa bimbang bahawa beliau akan ditembak diatas pentas tersebut seperti yang berlaku disesetengah negara akibat dari kelonggaran dalam menegakkan keamanan negara oleh anggota keselamatan negara tersebut. 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday 5 September 2011

Pemuda PBB Padungan kecam Anwar kerana berbohong mengenai ekonomi Pulau Pinang

Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SEMUA negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat ditadbir dengan baik adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk memperbodohkan rakyat Sarawak.

Beliau cuba untuk menonjolkan Pulau Pinang sebagai contoh sebuah negeri yang membangun dengan baik apabila ditadbir oleh Pakatan Rakyat melalui Democratic Action Party.

Dan beliau berkehendakkan rakyat Sarawak untuk mengkagumi kebijaksanaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Pulau Pinang.

Tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah suatu ketika dulu memperlekehkan kaum-kaum lain ketika berada dalam UMNO, dengan niat jahat, enggan berkongsi maklumat statistik ekonomi mengenai perkembangan ekonomi Pulau Pinang.

Dari pencarian yang telah dilakukan oleh Pemuda PBB Padungan, kami mendapati bahawa perubahan peratusan tahunan untuk KDNK untuk Pulau Pinang menjunam dari +5.5% pada tahun 2008 ke -10.8 peratus pada tahun 2009. (Pakatan Rakyat memegang Pulau Pinang sejak dari tahun 2008.)



(Sila klik sini untuk penerangan yang lebih lanjut.)


Berdasarkan statistik ini, sudah jelas bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menipu rakyat Sarawak.

Kami menyeru rakyat Sarawak agar menolak mana-mana pemimpin yang cuba untuk memperbodohkan rakyat Sarawak dengan mendakwa Pakatan Rakyat bijak mentadbir negeri-negeri tetapi gagal untuk berlaku jujur dengan membentangkan maklumat statistik yang secara jelas menunjukkan bahawa dakwaan tersebut adalah salah.

Menyentuh tentang keyakinan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat berupaya untuk menggugat Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihanraya umum yang akan datang, kami berpendapat ini hanya satu bentuk penipuan yang seringkali dilakukan oleh Daruk Seri Anwar Ibrahim.

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bijak dalam memberi pengharapan palsu.

Terlalu banyak insiden-insiden pengharapan palsu yang membabitkan beliau.

Antara lain, jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan memberi semula tanah perkampungan komuniti India di Pulau Pinang kepada penduduk kampung sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil Pulau Pinang dari Barisan Nasional.

Apa yang telah terjadi selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Pulau Pinang???!!!

Rata-rata mengetahui bahawa janji tersebut hanya tinggal janji!!!

Siapa yang memberi harapan palsu tersebut kalau bukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri!!!

Oleh itu, kami merayu rakyat Sarawak jangan terpengaruh dengan kata-kata manis Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang semata-mata demi kuasa.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di peringkat nasional dan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di peringkat negeri telah membuktikan setiap harapan yang diberikan akan pasti akan ditunaikan.

Marilah kita sama-sama menolak Pakatan Rakyat dan pembohongan yang secara terang-terang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Sunday 4 September 2011

Pemuda PBB Padungan menyokong pencalonan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib

Pemuda PBB Padungan menyokong pencalonan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib sebagai calon Barisan Nasional (BN) / Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kerusi parlimen Kota Samarahan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. 

Kami bersependapat dengan Senator Idris Buang yang mengatakan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib adalah layak untuk mengganti adik beliau Dato Sri Sulaiman Abdul Taib sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan.

Kami juga meyokong kenyataan Pengerusi Tetap PBB Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar yang menegaskan kerusi parlimen Kota Samarahan adalah paling sesuai untuk Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memandangkan ayah beliau Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah banyak menabur jasa di kawasan parlimen tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Saturday 3 September 2011

Pemuda PBB Padungan selar Baru kerana bermimpi disiang hari

Pengerusi negeri Sarawak Parti Keadilan Rakyat YB Baru Bian bermimpi disiang hari apabila beliau mendakwa Parti Keadilan Rakyat yakin untuk memenangi empat kerusi Parlimen dalam kawasan Bumiputera. 

Sekiranya beliau beranggapan bahawa Parti Keadilan Rakyat dapat mengulangi 'kejayaan' pilihanraya negeri yang lepas apabila memenangi dua kerusi DUN dari kawasan Bumiputera dalam pilihanraya umum ini, Pemuda PBB Padungan ini memberitahu beliau bahawa beliau sebenarnya bermimpi disiang hari. 

Umum mengetahui bahawa penyokong pembangkang dari kalangan kaum Bumiputera, terutamanya Dayak, telah mula beralih arah ke Democratic Action Party disebabkan tidak puas hati dengan Parti Keadilan Rakyat. 

Mereka ini sebenarnya telah menyedari bahawa Parti Keadilan Rakyat hanya pandai bermain kata-kata seperti penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Tetapi disebabkan mereka hendak menunjuk 'keutuhan' perpaduan dikalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat di saat-saat genting sebelum dan semasa pilihanraya, mereka enggan melompat ke Democratic Action Party. 

Selesai sahaja pilihanraya negeri, ramai penyokong Parti Keadilan Rakyat dari kaum Bumiputera, terutamanya Dayak, berduyun-duyun berhijrah ke Democratic Action Party. 

Oleh itu, atas dasar apakah YB Baru Bian merasa yakin bahawa Parti Keadilan Rakyat boleh memenangi keempat-empat kerusi Parlimen di kawasan Bumiputera tersebut??? 

Beliau merasa yakin bahawa Democratic Action Party akan menggesa para penyokongnya agar memberi undi kepada Parti Keadilan Rakyat??? 

Sekiranya Democratic Action Party sebenarnya jujur dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, parti tersebut tidak akan berusaha untuk menjadi wira kaum Bumiputera kerana label tersebut telahpun dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat. 

Pada masa yang sama, adakah Parti Keadilan Rakyat akan cuba memperbodohkan rakyat Sarawak di keempat-empat kawasan Parlimen tersebut dengan mendakwa Pulau Pinang lebih maju dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat / Democratic Action Party??? 

Adakah YB Baru Bian beranggapan semua rakyat Sarawak dapat diperbodohkan oleh beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mana kedua-dua mereka memperbodohkan penyokong parti dari kalangan rakyat Sarawak??? 

Sekiranya benar Pulau Pinang lebih maju dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, maka bentangkan data-data yang menyokong dakwaan ini!!! 

Pemuda PBB Padungan cabar YB Baru Bian dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim !!! 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Friday 2 September 2011

Pemuda PBB Padungan puji keputusan untuk memperbanyakkan 'Kedai Rakyat 1Malaysia'

Pemuda PBB Padungan menyambut baik keputusan Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, memperluaskan rangkaian 'Kedai Rakyat 1Malaysia' sehingga meliputi kawasan luar bandar di Sarawak dan juga Sabah. 

Rakyat Sarawak sudah semestinya menyambut baik keputusan ini kerana ianya akan membantu mereka mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah. 

Jaminan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim baru-baru ini bahawa kualiti barangan yang dijual menyamai kualiti barangan berjenama amat melegakan. 

Kami meminta jasa baik Kerajaan Barisan Nasional, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, agar membuka lebih banyak 'Kedai Rakyat 1Malaysia' di Sarawak untuk membolehkan lebih ramai rakyat Sarawak menikmati faedah yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 

Pada masa yang sama, kami menyeru rakyat Sarawak agar terus berdiri kukuh dibelakang Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk memastikan rakyat Sarawak akan terus menikmati faedah-faedah hasil dari perjuangan parti Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat.

Sekian Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------