Saturday, 8 October 2011

Pemuda PBB Padungan puji langkah pertama kearah negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi

Pemuda PBB Padungan menyambut baik Belanjawan 2011 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Oktober 05 lepas.

Pemuda PBB Padungan menaruh sepenuh kepercayaan kepada kebijaksanaan dalam usaha meletakkan Malaysia dalam landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara yang maju yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi.

Bahkan Pemuda PBB Padungan gembira bahawa usaha ke arah menjadi negara yang mahu dan ekonomi berpendapatan tinggi telah mula dilaksanakan melalui Belanjawan 2011 yang merupakan langkah pertama menuju ke arah tersebut.

Walaupun ada suara-suara kecewa dikalangan rakyat kerana Belanjawan 2011 gagal untuk menangani beberapa perkara, Pemuda PBB Padungan percaya sebaik sahaja perkiraan Kerajaan Barisan Nasional berjaya, suara-suara kecewa ini akan bertukar menjadi suara-suara pujian.

Perkara yang sama terjadi sewaktu Kerajaan Barisan Nasional menggunakan pendekatan bukan ortodok dalam menangani masalah ekonomi di tahun 1997/98.

Kritikan diatas “kebodohan” Kerajaan Malaysia kemudiannya bertukar menjadi “kepintaran” Kerajaan Malaysia.

Bahkan Kerajaan Barisan Nasional telah menampakkan keazaman untuk untuk menjadi negara maju yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi dengan mengatur jentera kerajaan agar bersedia untuk memainkan peranan membantu sektor swasta menjadi penjana pembangunan ekonomi negara.

Ianya suatu tindakan yang bijak untuk kuatkan jentera kerajaan dahulu dan kemudiannya jentera kerajaan ini akan membantu sektor swasta untuk memacu ke arah pertumbuhan ekonomi negara yang tinggi.

Pemuda PBB Padungan menyeru semua rakyat Malaysia agar berdiri dibelakang Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan usaha-usaha yang murni akan dapat dicapai.

Sebarang usaha untuk mensabotaj usaha-usaha murni ini demi kepentingan politik hanya akan membuatkan seluruh rakyat Malaysia sengsara.

Marilah kita bersama-sama memastikan usaha-usaha untuk meletakkan Malaysia dilandasan yang betul untuk menjadi negara yang maju yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi berjaya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------






No comments:

Post a Comment