Showing posts with label Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

Pemuda PBB Padungan gembira dengan hasrat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk menemui kepimpinan tertinggi SPDP

Pemuda PBB Padungan merasa lega apabila mendapat tahu Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menyatakan hasrat untuk menemui kepimpinan tertinggi Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) yang kini sedang dilanda kemelut politik dalaman.

Pemuda PBB Padungan percaya Pengerusi BN Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi kata-kata nasihat yang berupaya untuk membantu pencarian jalan penyelesaian bagi memastikan keutuhan SPDP, secara khususnya, dan BN Sarawak, secara amnya.

Walau bagaimanapun Pemuda PBB Padungan amat percaya dengan keupayaan SPDP yang dipimpin oleh Tan Sri William Mawan untuk menangani kemelut politik yang melanda SPDP.

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan berdoa agar kemelut ini akan segera menemui jalan penyelesaian yang membawa kepada keseimbangan yang baru yang lebih memperkuatkan BN Sarawak.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Friday, 25 November 2011

Pemuda PBB Padungan setuju dengan kenyataan Abdullah agar BN gunakan sepenuhnya internet sebagai platfom kempen

Pemuda PBB Padungan berdiri dengan teguh dibelakang Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol dalam perihal gesaannya agar Barisan Nasional menggunakan sepenuhnya internet untuk menyebar maklumat dengan lebih tersusun.

Bahkan Pemuda PBB Padungan merasa bangga dengan pencapaian Unit Media Baru (UMB) BN Sarawak yang berjaya memainkan peranan menangkis dakyah-dakyah palsu yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya yang lepas.

Kejayaan ini menyebabkan ada pemimpin Pakatan Pembangkang yang dengan nada kecewa telah memperlekehkan minda rakyat Sarawak yang memperolehi maklumat dari internet yang masih lagi menyokong Barisan Nasional walaupun mereka disajikan oleh dakyah-dakyah (yang sebenarnya palsu) yang memburukkan pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Pemuda PBB Padungan juga percaya bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang, UMB BN Sarawak akan sekali lagi memainkan peranan menangkis dakyah-dakyah palsu pembangkang dengan mempertunjukkan apa yang telah dan sebenarnya berlaku di negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Pembangkang.

Rakyat Sarawak telah didodoikan dengan cerita-cerita khayalan yang dikatakan berlaku di negeri-negeri tersebut.

Peranan UMB BN Sarawak ialah untuk menyedarkan rakyat Sarawak agar tidak terlena dengan cerita-cerita khayalan tersebut.

Pemuda PBB Padungan menyeru agar semua penyokong Barisan Nasional yang bergiat dalam alam siber agar berdiri kukuh dibelakang UMB Sarawak untuk memastikan pertahanan dan serangan Barisan Nasional tidak goyah dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sekian. Terimakasih.



Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------


Saturday, 22 October 2011

Pemuda PBB Padungan bangga PBB sebagai contoh terbaik perpaduan utuh dikalangan ahli

Pemuda PBB Padungan merasa bangga bahawa PBB dilihat sebagai contoh yang terbaik dalam mempertunjukkan perpaduan yang utuh dikalangan ahli-ahli PBB.

Walaupun bagaimanapun Pemuda PBB Padungan merasakan keutuhan perpaduan dikalangan ahli-ahli PBB masih dapat perkuatkan lagi untuk memastikan bahawa PBB berupaya untuk mengharungi apa jua rintangan yang bakal menjelma.

Pemuda PBB Padungan tidak menafikan adanya usaha-usaha dari Pakatan Pembangkang yang cuba untuk mengadu-dombakan pemimpin-pemimpin PBB agar berlakunya keretakkan dalam parti yang boleh melemahkan PBB.

Walaupun Pemuda PBB Padungan amat yakin bahawa usaha ini akhirnya akan mengalami kegagalan, Pemuda PBB Padungan merasakan semua ahli PBB tidak boleh leka kerana Pakatan Pembangkang sentiasa menunggu peluang dan ruang untuk memusnahkan PBB yang merupakan nadi dan tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Pemuda PBB Padungan sentiasa mengharap PBB akan sentiasa kukuh untuk selama-lamanya.

Sekian. Terima kasih.



Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan 
-----------------

Wednesday, 5 October 2011

Penghormatan setinggi-tingginya untuk Presiden Pertama PBB Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Barieng

Presiden Pertama PBB
Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Barieng
Kebetulan hari ini ada banyak isu-isu yang boleh diberi pandangan oleh Pemuda PBB Padungan. 

Diantara isu-isu yang menarik ialah pemansuhan Akta Kediaman Terhad, pembebasan 125 tahanan dibawah Akta Kediaman Terhad, kegagalan Pakatan Rakyat untuk bersetuju pembahagian kerusi untuk Pilihanraya Umum di Sarawak dan perletakkan jawatan oleh ahli PKR di Penampang, Sabah atas sebab hilang kepercayaan terhadap PKR. 

Walaubagaimanapun Pemuda PBB Padungan tidak akan memberi sebarang pandangan terhadap mana-mana isu walaupun isu tersebut amat hangat sekali. 

Ini disebabkan Pemuda PBB Padungan berhasrat untuk memberi penghormatan kepada Presiden Pertama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Barieng yang disifatkan oleh Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai seorang wira rakyat yang paling hebat dalam menyatukan kaum Bumiputera di Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan juga bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan yang diberikan oleh Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud – iaitu Presiden Pertama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Barieng adalah seorang wira rakyat yang paling hebat dalam menyatukan kaum Bumiputera di Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan amat berharap anda semua sudi untuk membaca laporan akhbar mengenai ucapan Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah Barieng semalam di Pustaka Negeri Sarawak.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday, 3 October 2011

Pemilihan calon PBB bukannya berdasarkan kepada pilih kasih tetapi 'winnable'

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan kenyataan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bahawa pemilihan calon untuk setiap pilihanraya adalah berdasarkan kepada pendekatan secara menyeluruh ('holistic').

Pemuda PBB Padungan berpendapatan kenyataan ini menyangkal dakwaan bahawa kepimpinan PBB tidak adil dalam pemilihan calon dengan mengamalkan sikap pilih kasih.

Pemuda PBB Padungan berpandangan adalah tidak masuk akal untuk membuat tuduhan liar bahawa kepimpinan PBB mengamalkan sikap pilih kasih dalam menentukan calon pilihanraya memandangkan rakyat mempunyai hak mutlak untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil mereka di DUN ataupun Parlimen.

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan berpendapat adalah mustahil untuk PBB bersikap sedemikian memandangkan PBB amat menghormati kemampuan rakyat Sarawak untuk membuat keputusan yang bijak untuk menentukan masa hadapan mereka.

Sekiranya ada yang mendakwa bahawa Pakatan Rakyat yang pilih kasih dalam memilih calon, Pemuda PBB Padungan amat bersetuju dengan dakwaan ini.

Bahkan Pemuda PBB Padungan merasakan dakwaan ini adalah benar.

Buktinya ialah baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat telah memperlekehkan mentaliti pengundi luar bandar dengan berkata mereka ini mudah untuk ditipu agar memilih parti yang mungkin mereka tidak sama sekali akan mengundi sekiranya mereka tidak ditipu.

Pemuda PBB Padungan telah mendesak pemimpin tersebut agar meminta maaf kepada pengundi luar bandar namun dengan angkuhnya pemimpin tersebut enggan berbuat demikian.

Adalah mustahil untuk pemimpin tersebut tidak mengetahui desakan Pemuda PBB Sarawak memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai ramai mata-mata didalam Facebook.

Atas sebab ini, Pemuda PBB Sarawak menggesa semua rakyat Sarawak, terutamanya pengundi luar bandar, agar mengajar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang dengan menolak semua calon-calon mereka yang dipilih berdasarkan sikap pilih kasih.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Wednesday, 28 September 2011

Barisan Kabinet Sarawak yang baru menggambarkan realiti politik semasa

Pemuda PBB Padungan menyifatkan barisan Kabinet Sarawak yang baru ini menggambarkan realiti politik semasa negeri Sarawak yang memperlihatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh Bumiputera kepada Parti Barisan Nasional.

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan menyifatkan satu tindakan yang bijak untuk mengekalkan Datuk Wong Soon Koh dalam barisan Kabinet Sarawak kerana walaupun kaum Cina secara terang-terang menolak Barisan Nasional, kaum tersebut hendaklah tidak dipinggirkan.

Penolakkan ini disebabkan kaum Cina terpedaya dengan dakyah-dakyah negatif Democratic Action Party.

Democratic Action Party menipu kaum Cina dengan memberi keyakinan palsu bahawa kaum Bumiputera juga turut memberi sokongan kepada Pakatan Pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional bagi membentuk Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Keputusan pilihanraya negeri dengan jelas menunjukkan kaum Cina telah ditipu bulat-bulat oleh Democratic Action Party !!!

Dan sekarang Democratic Action Party sedang giat untuk menipu kaum Bumiputera agar memberi sokongan kepada parti tersebut untuk membolehkan Democratic Action Party mencapai cita-citanya untuk menghapuskan status Bumiputera dibawah konsep Malaysian Malaysia.

Perlantikkan Datuk Fatimah Abdullah sebagai Menteri sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga adalah satu langkah yang bijak yang menggambarkan Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan, wanita dan pembangunan keluarga.

Pemuda PBB Padungan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diatas kebijaksanaan dalam membuat keputusan membentuk Kabinet Negeri Sarawak yang baru.

Pemuda PBB Padungan juga ingin mengucapkan tahniah kepada muka-muka baru yang dilantik sebagai Menteri-Menteri Muda Kabinet Negeri Sarawak.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday, 26 September 2011

Pemuda PBB Padungan puji keputusan untuk membabitkan generasi muda dalam proses penyusunan semula jentera pentadbiran kerajaan tempatan

Pemuda PBB Padungan menyambut baik kenyataan Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bahawa kerajaan tempatan di Sarawak akan disusun semula mulai tahun depan dengan pembabitan generasi muda dalam transformasi sosial. 

Pemuda PBB Padungan berpendapat keputusan untuk membabitkan generasi muda dalam proses transformasi amat bertepatan sekali untuk membolehkan jentera pentadbiran dapat dibentuk memenuhi aspirasi generasi muda. 

Pemuda PBB Padungan melihat generasi muda memang mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersama-sama Kerajaan Barisan Nasional dalam proses transformasi ataupun menambahbaik ataupun penyusunan semula jentera pentadbiran kerajaan tempatan. 

Keinginan yang tinggi ini seringkali kedengaran dalam perbincangan-perbincangan yang membabitkan kehadiran generasi muda. 

Pemuda PBB Padungan amat berharap generasi muda tidak akan melepaskan peluang ini untuk membabitkan diri secara aktif dalam proses transformasi ini demi masa depan yang cemerlang untuk negeri Sarawak. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday, 15 September 2011

Tahniah Wan Hamzah Wan Paie diatas kejayaan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri

Pemuda PBB Padungan ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda PBB Zon Kuching Saudara Wan Hamzah Wan Paie diatas kejayaan mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pemuda PBB Zon Kuching di Dewan Majlis Islam, Kuching baru-baru ini.

Barisan kepimpinan PBB
Diantara pemimpin PBB yang menghadiri majlis tersebut ialah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Tan Sri Adenan Satem, Datuk Daud Abdul Rahman, Datuk Fadillah Yusof, Datuk Idris Buang, Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Sumber untuk gambar: Sharpshootter X-Tornado