Showing posts with label Abang Johari Abang Openg. Show all posts
Showing posts with label Abang Johari Abang Openg. Show all posts

Monday, 3 October 2011

Pemilihan calon PBB bukannya berdasarkan kepada pilih kasih tetapi 'winnable'

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan kenyataan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bahawa pemilihan calon untuk setiap pilihanraya adalah berdasarkan kepada pendekatan secara menyeluruh ('holistic').

Pemuda PBB Padungan berpendapatan kenyataan ini menyangkal dakwaan bahawa kepimpinan PBB tidak adil dalam pemilihan calon dengan mengamalkan sikap pilih kasih.

Pemuda PBB Padungan berpandangan adalah tidak masuk akal untuk membuat tuduhan liar bahawa kepimpinan PBB mengamalkan sikap pilih kasih dalam menentukan calon pilihanraya memandangkan rakyat mempunyai hak mutlak untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil mereka di DUN ataupun Parlimen.

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan berpendapat adalah mustahil untuk PBB bersikap sedemikian memandangkan PBB amat menghormati kemampuan rakyat Sarawak untuk membuat keputusan yang bijak untuk menentukan masa hadapan mereka.

Sekiranya ada yang mendakwa bahawa Pakatan Rakyat yang pilih kasih dalam memilih calon, Pemuda PBB Padungan amat bersetuju dengan dakwaan ini.

Bahkan Pemuda PBB Padungan merasakan dakwaan ini adalah benar.

Buktinya ialah baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat telah memperlekehkan mentaliti pengundi luar bandar dengan berkata mereka ini mudah untuk ditipu agar memilih parti yang mungkin mereka tidak sama sekali akan mengundi sekiranya mereka tidak ditipu.

Pemuda PBB Padungan telah mendesak pemimpin tersebut agar meminta maaf kepada pengundi luar bandar namun dengan angkuhnya pemimpin tersebut enggan berbuat demikian.

Adalah mustahil untuk pemimpin tersebut tidak mengetahui desakan Pemuda PBB Sarawak memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai ramai mata-mata didalam Facebook.

Atas sebab ini, Pemuda PBB Sarawak menggesa semua rakyat Sarawak, terutamanya pengundi luar bandar, agar mengajar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang dengan menolak semua calon-calon mereka yang dipilih berdasarkan sikap pilih kasih.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Saturday, 1 October 2011

Pemuda PBB Padungan sokong cadangan Timbalan Presiden Kedua BN

Pemuda PBB Padungan, secara dasarnya, bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Presiden Kedua untuk Parti Barisan Nasional. 

Pengwujudan jawatan ini amat penting kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana ianya memberi pengikhtirafan kepada kedua-dua negeri sebagai dua buah negeri ataupun wilayah yang bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. 

Pada masa yang sama, penjawat jawatan Timbalan Presiden Kedua boleh memain peranan sebagai pemangkin kepada pembangunan di kedua-dua negeri. Pemuda PBB Padungan tidak menidakkan keprihatinan Kementerian-Kementerian Kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada terhadap Sarawak dan Sabah yang mana telah banyak membantu kedua-dua negeri dari banyak aspek. 

Tetapi sekiranya ada jawatan Timbalan Presiden Kedua yang dijawat oleh seorang pemimpin dari Sarawak ataupun Sabah, Pemuda PBB Padungan percaya beliau berupaya untuk membantu rakan sejawat dalam Parti Barisan Nasional yang mengetuai Kementerian-Kementerian Kerajaan Barisan Nasional agar menjadi lebih efektif dan efisien dalam menangani hal-hal yang berkaitan kedua-dua negeri. 

Sebagai 'anak watan' Pulau Borneo, sudah sewajarnya pemimpin yang dilantik sebagai Timbalan Presiden Kedua lebih berupaya dan berkemampuan untuk memahami isu-isu tempatan yang mungkin dipandang ringan oleh rakan-rakan sejawat dalam Parti Barisan Nasional yang mengetuai Kementerian-Kementerian Kerajaan Barisan Nasional. 

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama Pemuda PBB Padungan menyokong sepenuhnya pendirian Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mengatakan terpulanglah kepada Parti Barisan Nasional untuk memutuskan hal ini. 

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan pandangan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mengatakan fokus utama sekarang ialah perpaduan negara, menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur, dan membangunkan Sarawak. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Sunday, 25 September 2011

Pemuda PBB Padungan sokong kenyataan Biro Ekonomi Pemuda PBB mengenai Firefly

Pemuda PBB Padungan menyokong penuh gesaan Biro Ekonomi Pemuda PBB agar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes memberi penjelasan mengenai status Firefly. 

Penjelasan keatas sama ada Firefly akan meneruskan ataupun menamatkan penerbangan ke Sarawak selepas pengurusan Malaysia Airlines (MAS) diambil alih oleh AirAsia Bhd adalah penting untuk Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan juga setuju sepenuhnya dengan kebimbangan yang disuarakan oleh Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos dan Penasihat Biro Ekonomi PBB Abdul Aziz Adenan terhadap kesan negatif penamatan perkhidmatan Firefly ke atas industri pelancongan Sarawak. 

Atas sebab ini Pemuda PBB Padungan mendesak Tan Sri Tony Fernandes agar tidak melengah-lengah dalam memberi penjelasan mengenai status Firefly kepada rakyat Sarawak. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday, 15 September 2011

Tahniah Wan Hamzah Wan Paie diatas kejayaan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri

Pemuda PBB Padungan ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda PBB Zon Kuching Saudara Wan Hamzah Wan Paie diatas kejayaan mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pemuda PBB Zon Kuching di Dewan Majlis Islam, Kuching baru-baru ini.

Barisan kepimpinan PBB
Diantara pemimpin PBB yang menghadiri majlis tersebut ialah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Tan Sri Adenan Satem, Datuk Daud Abdul Rahman, Datuk Fadillah Yusof, Datuk Idris Buang, Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Sumber untuk gambar: Sharpshootter X-Tornado