Monday, 10 October 2011

Jangan leka dalam membuat persediaan menghadapi banjir di Sarawak

Pemuda PBB Padungan amat berharap setiap pihak yang berkaitan telah membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi musim banjir. 

Walaupun setakat ini belum lagi kedengaran berita-berita mengenai kejadian banjir di Sarawak, pihak-pihak yang berkaitan tidak boleh leka dalam membuat persediaan. 

Sejak akhir-akhir ini, hujan seringkali turun dan ini menunjukkan musim hujan sudahpun menghampiri.

Pemuda PBB Padungan juga amat berharap pihak-pihak yang berkaitan akan dapat bertindak dengan segera sebaik sahaja menerima berita mengenai kejadian banjir untuk membantu rakyat. 

Persediaan yang rapi dari segi bantuan makanan ataupun khemah tidak mencukupi sekiranya pihak-pihak yang berkaitan tidak bersedia dari segi penghantaran. 

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan amat berharap rakyat mengambil sikap berhati-hati dan tidak sambil lewa menangani masalah banjir. 

Sekian. Terima kasih. 

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------
 

No comments:

Post a Comment