Friday, 30 September 2011

Pemuda PBB Padungan secara dasarnya bersetuju Seksyen 15 AUKU dimansuhkan

Pemuda PBB Padungan secara dasarnya bersetuju dengan gesaan Pemuda Umno dan Pemuda MCA agar Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dimansuhkan.

Ini kerana Pemuda PBB Padungan turut percaya para pelajar di universiti seharusnya diberi peluang untuk terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Sebagai golongan pelapis kepimpinan negara, sewajarnya para pelajar diberi platfom untuk mematangkan diri mereka perihal-perihal penting yang berkaitan dengan negara.

Tetapi pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan merasa khuatir terhadap kemungkinan negatif yang mungkin timbul sekiranya para pelajar gagal mengimbangi diantara keperluan untuk 'berpolitik' dan 'belajar'.

Sekiranya kedua-dua ini gagal diimbangi dengan sempurna, maka negara akan rugi. 

Sekiranya ini berlaku, wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk digunakan membantu para pelajar ini di universiti-universiti terbuang begitu sahaja.

Memang kita berkehendakkan golongan pelapis kepimpinan yang matang dan juga berjaya dalam akademik.

Tetapi persoalannya ialah sekiranya pemansuhan akta ini gagal membantu negara berkembang dari segi ekonomi yang menyaksikan ramai graduan yang menamatkan pengajian dengan tahap 'cukup makan' dalam bidang-bidang yang penting untuk negara dan kemudiannya gagal mendapat pekerjaan yang baik disebabkan sijil bertahap 'cukup makan' tersebut, mampukah sesuatu yang pasti berkesan dilakukan untuk memperbaiki keadaan?

Sekiranya mampu untuk diperbaiki, berapa lama masa yang mesti diambil untuk memperbaiki keadaan tersebut?

Satu dekad? Dua dekad? Lima dekad? Ataupun tiada apa yang dapat dilakukan?

Sekiranya kepimpinan Barisan Nasional bersetuju Seksyen 15 AUKU dimansuhkan, Pemuda PBB Padungan amat berharap mimpi-mimpi ngeri yang menjadi igauan kami, tidak akan menjadi realiti.

Sesungguhnya sesuatu kerosakkan yang berlaku pada masyarakat bukannya mampu untuk dipulihkan dalam masa yang singkat.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Wednesday, September 28, 2011

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, permintaan memansuhkan Seksyen 15 itu disuarakan golongan mahasiswa menerusi kaji selidik yang dilakukan pergerakan itu tahun lepas.

"Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Selangor semalam.

Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini

Posted by Bro Jinggo at 10:00 AM

1 comment:

  1. setuju. harap sidak tok tauk apa yang nak dipolah. jgan lekak ya kecoh malaysia

    ReplyDelete