Showing posts with label Tan Sri Alfred Jabu. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Alfred Jabu. Show all posts

Friday, 25 November 2011

Pemuda PBB Padungan setuju dengan kenyataan Abdullah agar BN gunakan sepenuhnya internet sebagai platfom kempen

Pemuda PBB Padungan berdiri dengan teguh dibelakang Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol dalam perihal gesaannya agar Barisan Nasional menggunakan sepenuhnya internet untuk menyebar maklumat dengan lebih tersusun.

Bahkan Pemuda PBB Padungan merasa bangga dengan pencapaian Unit Media Baru (UMB) BN Sarawak yang berjaya memainkan peranan menangkis dakyah-dakyah palsu yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya yang lepas.

Kejayaan ini menyebabkan ada pemimpin Pakatan Pembangkang yang dengan nada kecewa telah memperlekehkan minda rakyat Sarawak yang memperolehi maklumat dari internet yang masih lagi menyokong Barisan Nasional walaupun mereka disajikan oleh dakyah-dakyah (yang sebenarnya palsu) yang memburukkan pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Pemuda PBB Padungan juga percaya bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang, UMB BN Sarawak akan sekali lagi memainkan peranan menangkis dakyah-dakyah palsu pembangkang dengan mempertunjukkan apa yang telah dan sebenarnya berlaku di negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Pembangkang.

Rakyat Sarawak telah didodoikan dengan cerita-cerita khayalan yang dikatakan berlaku di negeri-negeri tersebut.

Peranan UMB BN Sarawak ialah untuk menyedarkan rakyat Sarawak agar tidak terlena dengan cerita-cerita khayalan tersebut.

Pemuda PBB Padungan menyeru agar semua penyokong Barisan Nasional yang bergiat dalam alam siber agar berdiri kukuh dibelakang UMB Sarawak untuk memastikan pertahanan dan serangan Barisan Nasional tidak goyah dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sekian. Terimakasih.



Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------