Friday 18 November 2011

Pemuda PBB Padungan sokong gesaan agar Shell dan Petronas beri banyak peluang kepada syarikat dari Sarawak

Pemuda PBB Padungan menyokong sepenuhnya gesaan ADUN Daro Yang Berhormat Murni Suhaili bahawa syarikat minyak dan gas SHELL dan Petronas sewajarnya memberi peluang kontrak yang lebih banyak kepada syarikat-syarikat dari Sarawak. 

Hujah ADUN Daro Yang Berhormat Murni Suhaili bahawa terdapat syarikat-syarikat tempatan yang turut mempunyai kepakaran yang setara atau lebih dari syarikat-syarikat lain adalah tepat sekali. 

Atas dasar ini Pemuda PBB Padungan menggesa syarikat minyak dan gas SHELL dan Petronas agar tidak mengambil sikap tidak ambil peduli gesaan yang dibuat oleh ADUN Daro Yang Berhormat Murni Suhaili ini. 

Pemuda PBB Padungan merasakan sekiranya perlu, Kerajaan Barisan Nasional Sarawak patut campur tangan untuk memastikan syarikat-syarikat tempatan mendapat peluang kontrak perniagaan yang lebih berbanding dengan syarikat-syarikat bukan tempatan. 

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan amat berharap pihak pengurusan tertinggi SHELL dan Petronas akan segera melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah kurangnya peluang kontrak perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan. 

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------




Posted on November 18, 2011, Friday

KUCHING: Syarikat minyak dan gas seperti Shell dan Petronas sewajarnya memberi peluang kontrak yang lebih banyak kepada syarikat-syarikat dari Sarawak.

Perkara ini dinyatakan oleh Murni Suhaili (BN-Daro) dalam ucapan perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Menurut ADUN Daro ini, syarikat-syarikat dari Sarawak turut mempunyai kepakaran yang setara atau lebih daripada syarikat-syarikat lain dari segi keadaan setempat.

Pada masa yang sama menu-rutnya, kita mahu agihan kek ekonomi yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat dari negeri ini.

“Sarawak mempunyai perolehan daripada hasil bayaran dan pelaburan yang dikaitkan dengan minyak dan gas daripada Shell dan Petronas yang mana kedua-dua syarikat ini berpangkalan di Miri.

“Kalau kita bandingkan peratusan dan bilangan kontraktor berlesen di Miri yang berkaitan dengan syarikat-syarikat Sarawak, hanya 7.3 peratus sahaja kontraktor Sarawak bagi sektor Petronas,” katanya.

Tambah Murni, bagi syarikat Shell, 115 daripada 972 atau 12 peratus sahaja kontraktor adalah syarikat dari Sarawak dengan jumlah kontrak untuk tiga tahun bermula 2008 ialah 346 bernilai RM4,817 juta.

“Apa yang kita mahu ialah supaya syarikat dari Sarawak diberi peluang kontrak yang lebih banyak oleh Shell dan Petronas sepertimana yang difahamkan berlaku di negeri Sabah,” katanya.

No comments:

Post a Comment