Tuesday, 15 November 2011

Pemuda PBB Padungan teruja dengan pemilihan Abdullah Saidol sebagai pengerusi BN BBC


ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol

Pemuda PBB Padungan menyambut baik pemilihan ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol sebagai pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkuatkuasa pada November 14, 2011.

Pemuda PBB Padungan yakin bahawa kepimpinan yang cemerlang yang membolehkan ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol dipilih oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai pengerusi BNBBC.

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan merasa teruja dengan pemilihan ini memandangkan pemilihan ini dapat dilihat sebagai memberi penghormatan dan kepercayaan kepada generasi muda untuk menggalas tanggungjawab yang besar.

Pemuda PBB Padungan merasa yakin dengan kepimpinannya dalam membantu Ahli-Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional agar berfungsi dengan lebih baik dalam menghadapi Ahli-Ahli Yang Berhormat dari barisan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Pemuda PBB Padungan juga ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol diatas pemilihan ini.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------




Posted on November 15, 2011, Tuesday

KUCHING: ADUN Semop Abdullah Saidol dipilih sebagai pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkuat kuasa semalam, menggantikan Abdul Karim Rahman Hamzah yang kini menganggotai kabinet negeri sebagai menteri muda.

Abdul Karim yang merupakan Menteri Muda Pembangunan Belia berkata, pemilihan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat BNBBC selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari pertama semalam.

“Kami telah mengadakan mesyuarat BNBBC tadi dan mempersetujui YB Abdullah Saidol menjadi pengerusi baru,” katanya dalam kenya-taan semalam.

Abdullah merupakan wakil rakyat yang baru dipilih menerusi Pilihan Raya Negeri Ke-10, 16 April lepas. Beliau merupakan peguam yang menggantikan Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar di kerusi terbabit.

Manakala Asfia kekal sebagai Speaker DUN.

Abdul Karim yang juga Menteri Muda Perumahan berkata, tidak wujud persoalan Abdullah wakil rakyat baru atau sebaliknya.

“Saya juga menjadi pe-ngerusi BNBBC pada awal penggal pertama saya pada 2001.

“Saya percaya beliau ber-kemampuan memikul tugas dan tanggungjawab ini berlandaskan kerjaya dan peranan yang dipikul oleh beliau dengan baik sebelum menjadi wakil rakyat,” katanya.

Sementara itu, Abdullah berkata, beliau amat menghargai pemilihannya ke jawatan tersebut.

“Tanggungjawab ini me-rupakan peluang yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya dalam berjuang demi rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment