Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Thursday, 13 October 2011

Kaum Bumimputera di Siburan dipuji kerana menolak usaha untuk membantu DAP bunuh status Bumiputera

Pemuda PBB Padungan berkeyakinan bahawa kegagalan Seminar Dayak Consultative Council di Siburan adalah disebabkan keengganan kaum Bumiputera diperbodohkan oleh DAP yang dalam diam-diam berusaha membunuh status Kaum Bumiputera di Malaysia.

Bahkan Kaum Bumiputera di Siburan patut dipuji kerana merasa jelek terhadap sikap angkuh DAP yang memperdaya kaum Bumiputera sendiri untuk membunuh status Kaum Bumiputera di Malaysia.

Sepatutnya DAP mesti didesak terlebih dahulu membuang jauh-jauh konsep Malaysian Malaysia sebelum mendekati kaum Bumiputera.

Dan bukannya menghasut kaum Bumiputera agar bergaduh sesama sendiri dan kemudiannya mengambil kesempatan dari kelemahan Kaum Bumiputera untuk membunuh status Kaum Bumiputera.

Pemuda PBB Padungan menggesa rakyat Sarawak dari kaum Bumiputera jangan terpedaya dengan janji-janji DAP bahawa parti tersebut tidak akan membunuh status Kaum Bumiputera sekiranya DAP berkuasa.

Cuba lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang!!! Apa yang dijanjikan kepada penduduk perkampungan India sebelum berkuasa???

Marilah kita, Kaum Bumiputera di Sarawak, bersatu menentang niat jahat DAP yang hendak membunuh status Kaum Bumiputera!!!

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Tuesday, 4 October 2011

Pemuda PBB Padungan mahu Ho Leng buktikan kebenaran keceluparannya

Pemuda PBB Padungan mencabar YB Wong Ho Leng untuk meletakkan calon parti Democratic Action Party bertanding dimana-mana kawasan Melayu di Sarawak sekiranya benar bahawa parti tersebut berpendapat ianya bukan satu perkara yang sukar untuk mereka.

Pemuda PBB Padungan berpendapat kenyataan YB Wong Ho Leng ini menunjukkan keangkuhan mereka dalam menipu orang Melayu, khususnya, dan kaum Bumiputera, amnya, dalam usaha mereka untuk membunuh status Bumiputera agar diganti dengan Malaysian Malaysia.

Adakah YB Wong Ho Leng beranggapan bahawa mentaliti orang Melayu dan juga Kaum Bumiputera amat mudah untuk diperbodohkan oleh YB Wong Ho Leng dan Democratic Action Party?

Adakah mereka menjangka bahawa mereka berupaya untuk mengalih pandangan orang Melayu dan kaum Bumiputera terhadap konsep Malaysian Malaysia yang menjadi jati diri Democratic Action Party?

Jika YB Wong Ho Leng beranggapan bahawa orang Melayu, khususnya, dan kaum Bumiputera, amnya, mudah untuk ditipu agar membantu mereka menghapuskan status Bumiputera dan menegakkan konsep Malaysian Malaysia, maka Pemuda PBB Padungan mencabar YB Wong Ho Leng dan Democratic Action Party agar meletak calon mereka di mana-mana kawasan Melayu di Sarawak!!!

Kita akan lihat – yang mana satu lebih kuat, iaitu semangat mempertahankan status Bumiputera ataupun semangat membantu membunuh status Bumiputera untuk menegakkan konsep Malaysian Malaysia.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday, 29 September 2011

Ho Leng perlu minta maaf kerana 'menghina' mentaliti pengundi luar bandar

Pemuda PBB Padungan mendesak Pengerusi Negeri Democratic Action Party YB Wong Ho Leng untuk meminta maaf dengan pengundi-pengundi di luar bandar kerana menganggap mereka sebagai mudah untuk ditipu ('gullible'). 

Pemuda PBB Padungan beranggapan ini ialah satu penghinaan kepada mentaliti pengundi-pengundi di luar bandar tanpa mengira mereka samada mereka menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Pembangkang. 

Ini adalah kerana kenyataan tersebut juga menggambarkan bahawa penyokong Pakatan Pembangkang juga sebenarnya terdiri dari golongan yang mudah untuk ditipu. 

Pemuda PBB Padungan merasa kesal dengan kenyataan YB Wong Ho Leng kerana memperlekehkan mentaliti pengundi-pengundi di luar bandar semata-mata kerana majoriti pengundi-pengundi luar bandar telah memberi undi mereka kepada Parti Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri yang lepas.

Mengapa perlu menghina mentaliti pengundi luar bandar apabila Pakatan Pembangkang gagal mendapat sokongan majoriti dari kaum Bumiputera dalam pilihanraya negeri yang lepas? 

Mengapa YB Wong Ho Leng tidak dapat menerima kegagalan merampas tampuk kuasa dari Parti Barisan Nasional secara 'gentleman' tanpa membuat sebarang penghinaan terhadap mentaliti pengundi luar bandar? 

Mungkin disebabkan tanggapan ini yang memberi keyakinan kepada Democratic Action Party untuk memasuki kawasan Bumiputera untuk mendapat sokongan dari pengundi Bumiputera. 

Mungkin Democratic Action Party beranggapan pengundi luar bandar mudah untuk ditipu dengan laungan 'kebangkitan Bumiputera untuk mendapatkan hak' untuk memesongkan perhatian mereka dari perjuangan sebenar Democratic Action Party yang bertujuan untuk membunuh status Bumiputera dengan konsep Malaysian Malaysia!!! 

Jelas sekali bahawa pandangan yang menghina Democratic Action Party terhadap kaum Bumiputera tidak pernah luntur dalam jati diri parti sejak dari dulu lagi.

Sekiranya Democratic Action Party (DAP) jujur dalam memperjuangkan hak kaum Bumiputera, maka buangkanlah perjuangan Malaysian Malaysia dari parti seperti mana Parti Islam Se-Malaysia membuang jauh-jauh perjuangan menegak negara Islam. 

Tetapi mengapa Parti Islam Se-Malaysia disuruh membuang perjuangan menegak negara Islam tetapi Democratic Action Party masih lagi memeluk perjuangan Malaysian Malaysia dengan erat sekali. 

Hanya Parti Islam Se-Malaysia perlu membuat pengorbanan manakala Democratic Action Party tidak perlu berbuat sedemikian? 

Adakah ini membawa maksud mentali pemimpin-pemimpin Parti Islam Se-Malaysia menyerupai mentali pengundi luar bandar di Sarawak yang mudah untuk ditipu? 

Mungkin YB Wong Ho Leng cuba untuk menjustifikasikan penghinaanya terhadap pengundi luar bandar dengan mendakwa bahawa Unit Media Baru mensasarkan pengundi luar bandar. 

Hakikatnya, sasaran utama Unit Media Baru ialah pengundi dalam bandar – dan bukannya pengundi luar bandar!!! 

Ini adalah disebabkan liputan internet untuk kawasan luar bandar belum dari meluas.

Menyentuh dakwaan YB Wong Ho Leng bahawa Sarawak United People's Party cuba bermain kotor dalam pilihanraya yang lepas, Pemuda PBB Padungan ingin bertanya kepada beliau : “Adakah anda ingat kami bodoh dan tidak tahu ataupun faham apa yang kami lihat dalam pilihanraya negeri yang lepas?” 

Tidak perlu Pemuda PBB Padungan menyenaraikan apa yang telah dibuat oleh Democratic Action Party dalam pilihanraya yang lepas buat masa sekarang. 

Tetapi Democratic Action Party perlu tahu bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang, Pemuda PBB Padungan dan rakan-rakan blogger BN dan pro-BN akan dedahkan permainan kotor Democratic Action Party dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Ini adalah untuk memberi peringatan kepada para pengundi Sarawak, amnya, dan para pengundi dalam bandar, khususnya, tentang permainan kotor Democratic Action Party. 

Semoga siri pendedahan yang akan dilakukan pada masa tersebut akan membantu menyedarkan para pengundi bahawa betapa kotornya politik Democratic Action Party. 

Sekian. Terimakasih. 

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Wednesday, 28 September 2011

Barisan Kabinet Sarawak yang baru menggambarkan realiti politik semasa

Pemuda PBB Padungan menyifatkan barisan Kabinet Sarawak yang baru ini menggambarkan realiti politik semasa negeri Sarawak yang memperlihatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh Bumiputera kepada Parti Barisan Nasional.

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan menyifatkan satu tindakan yang bijak untuk mengekalkan Datuk Wong Soon Koh dalam barisan Kabinet Sarawak kerana walaupun kaum Cina secara terang-terang menolak Barisan Nasional, kaum tersebut hendaklah tidak dipinggirkan.

Penolakkan ini disebabkan kaum Cina terpedaya dengan dakyah-dakyah negatif Democratic Action Party.

Democratic Action Party menipu kaum Cina dengan memberi keyakinan palsu bahawa kaum Bumiputera juga turut memberi sokongan kepada Pakatan Pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional bagi membentuk Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Keputusan pilihanraya negeri dengan jelas menunjukkan kaum Cina telah ditipu bulat-bulat oleh Democratic Action Party !!!

Dan sekarang Democratic Action Party sedang giat untuk menipu kaum Bumiputera agar memberi sokongan kepada parti tersebut untuk membolehkan Democratic Action Party mencapai cita-citanya untuk menghapuskan status Bumiputera dibawah konsep Malaysian Malaysia.

Perlantikkan Datuk Fatimah Abdullah sebagai Menteri sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga adalah satu langkah yang bijak yang menggambarkan Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan, wanita dan pembangunan keluarga.

Pemuda PBB Padungan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diatas kebijaksanaan dalam membuat keputusan membentuk Kabinet Negeri Sarawak yang baru.

Pemuda PBB Padungan juga ingin mengucapkan tahniah kepada muka-muka baru yang dilantik sebagai Menteri-Menteri Muda Kabinet Negeri Sarawak.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Friday, 23 September 2011

PAS buat gimik hudud untuk tutup kesalahan membunuh Negara Islam

Sikap PAS yang ketika ini seolah-olah merajuk dengan DAP amat menggelikan hati seperti seorang isteri yang merajuk dengan madunya. 

Dan tindakkan si suami Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai menyebelahi PAS tidak menyenangkan hati DAP. 

DAP berkehendakkan PAS berpegang kepada Negara Kebajikan seperti yang diputuskan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 pada Jun lepas tetapi Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatan beriya-iya untuk melaksanakan hukum hudud. 

Adakah ini membawa maksud PAS tidak lagi sanggup membiarkan perjuangannya dirogol oleh DAP dengan rakus sekali? 

Ataupun ini hanyalah satu lakonan politik semata-mata memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pelakon dan penulis skrip yang bijak. 

Dan sekiranya ini bukan satu lakonan politik, ianya jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim amat pandai memperdayakan PAS sehingga sanggup membunuh hukum hudud dan Negara Islam. 

Kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kata-kata manisnya menjanjikan bulan dan bintang kepada PAS menyebabkan PAS sanggup tidur sebantal dengan DAP. 

Dan kemudiannya, si suami memujuk si isteri untuk membuang pegangan hukum hudud dan Negara Islam kerana madunya tidak selesa dengan pegangan tersebut. 

Selepas dipujuk rayu, si isteri dengan rela hati menukar pegangannya dari hukum hudud dan Negara Islam kepada Negara Kebajikan sepertimana dikehendaki oleh madunya. 

Sekarang si isteri merajuk dengan madunya dan si suami sedang memujuk kedua-dua isterinya dengan kata-kata manis yang lebih manis daripada madu lebah.

Walau bagaimanapun, sekiranya benar bahawa PAS beriya-iya untuk melaksanakan hukum hudud, adakah ini bermaksud PAS tidak lagi rela prinsip perjuangannya dirogol dengan rakus sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP? 

Adakah PAS baru tersedar dari lamunan indah bahawa mereka diperbodohkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP? 

Mengapa PAS begitu bodoh sehingga dapat diperbodohkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP? 

Kerana janji-janji manis bahawa Pakatan Pembangkang akan berupaya membentuk Kerajaan Persekutuan sekiranya PAS menolak hukum ALLAH dan menerima Negara Kebajikan? 

Bukankah amat janggal sekali parti yang mengaku berjiwa Islam, agama ALLAH, tetapi menolak hukum ALLAH? 

Dan sekarang menyesal? Tetapi adakah penyesalan ini ikhlas ataupun hanya untuk mendapat simpati dari pengundi Islam? 

Pemuda PBB Padungan percaya polimik hukum hudud dan perlaksanaan hukum ALLAH ini hanya satu gimik semata-mata yang dirancang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk mendapatkan simpati dari para pengundi Islam, termasuk ahli-ahli PAS sendiri. 

Pakatan Pembangkang menjangka bahawa pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi. 

Sebab itu, satu gimik untuk membawa kembali pengundi Islam kepada PAS mesti dilakukan sebelum terlambat. 

Tetapi malangnya, Pemuda PBB Padungan berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dan DAP telah memperlekehkan kematangan pemikiran rakyat dengan melakukan gimik sedemikian. 

Adakah rakyat akan percaya dengan 'kekecohan' ini apabila PAS hakikatnya masih mendokong Negara Kebajikan sepertimana dikehendaki oleh DAP? 

Pemuda PBB Padungan cabar PAS untuk adakan muktamar tergempar untuk memasukkan semula perjuangan hukum hudud dan Negara Islam dalam perlembagaan parti sekiranya ia benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan hukum hudud dan Negara Islam. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday, 22 September 2011

Pemuda PBB Padungan bangga bersama UMB BN Sarawak berkempen di alam maya

Pemuda PBB Padungan merasa gembira dengan usaha-usaha untuk memperkuatkan Unit Media Baru (UMB) yang merupakan platfom untuk menangkis serangan-serangan terhadap para pemimpin dan polisi-polisi Barisan Nasional di alam maya.

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan kenyataan Ketua UMB BN Sarawak PBB Abdul Aziz Tan Sri Adenan, yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB, bahawa antara faktor kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bandar Sibu ialah jentera Barisan Nasional gagal menangkis dakwaan-dakwaan jahat yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terutama disaat-saat akhir.

Bahkan pada pilihanraya negeri yang lepas, Pakatan Pembangkang amat bijak menipu rakyat dengan mengambil kesempatan dari kurangnya pengalaman UMB BN Sarawak dalam menangani kempen alam maya.

Tetapi Pemuda PBB Padungan percaya pada pilihanraya umum nanti, Pakatan Pembangkang mungkin akan terkejut dengan kekuatan UMB BN Sarawak memandangkan ramai 'bloggers' dan 'facebookers' telah mendapat pengalaman yang berharga dari pilihanraya negeri yang lepas.

Kalau dulu UMB BN Sarawak mungkin terpaksa mengambil pendekatan 're-active' memandangkan kurangnya pengalaman dalam kempen alam maya tetapi dewasa ini kita dapat melihat UMB BN Sarawak telah mengambil pendekatan 'pro-active' dalam menangani Pakatan Pembangkang.

Syabas Abdul Aziz Tan Sri Adenan, Datuk Alfred Yap (SUPP), Majang Renggi (PRS) dan Audi Chua (SPDP).

Pemuda PBB Padungan amat bangga kerana dapat membantu UMB BN Sarawak menangkis serangan-serangan Pakatan Pembangkang di alam maya.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday, 12 September 2011

Kerakusan politik DAP amat menjengkelkan dan meloyakan umat Islam

Kerakusan politik Democratic Action Party amat menjengkelkan. 

Pemimpin-pemimpin Democratic Action Party hanya memikirkan politik setiap masa tanpa peduli sensitiviti keagamaan ataupun perkauman. 

Ini tidak menghairankan kerana dalam pilihanraya yang lepas, Democratic Action Party telah memainkan isu agama sehingga menyebabkan ramai mengundi parti tersebut dalam pilihanraya yang lepas. 

Tanpa segan silu Democratic Action Party meniup api perselisihan agama demi undi untuk mendapatkan kuasa. 

Ini telah berjaya membolehkan mereka mendapat banyak kerusi dalam pilihanraya yang lepas. 

Democratic Action Party dilihat sebagai pejuang agama. 

Sekarang, dan juga tanpa segan silu Democratic Action Party cuba merapat dirinya dengan penganut agama yang sebelum ini dituduh sebagai menindas agama yang diperjuangkannya. 

Mengapa Democratic Action Party tanpa merasa malu berbuat sedemikian? 

Ini adalah kerana parti tersebut tahu bahawa Democratic Action Party tidak akan berjaya menjadi parti tulang belakang kerajaan Pakatan Rakyat di Sarawak sekiranya hanya mendapat sokongan dari kaum Cina yang hanya merupakan 22 peratus dari jumlah penduduk Sarawak. 

Kerakusan politik juga membuatkan Democratic Action Party enggan bergantung kepada rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat dalam usaha mendapatkan sokongan dari bukan Cina. 

Walaupun Democratic Action Party terpaksa bermuka-muka – iaitu, sewaktu berkempen di pilihanraya negeri yang lepas, Democratic Action Party memainkan isu agama; dan sekarang pula berusaha untuk merapati penganut agama yang telah dijadikan oleh Democratic Action Party sebagai kambing hitam dalam pilihanraya yang lepas. 

Persoalannya sekarang ialah, adakah kerana disebabkan rasa tidak puas hati dengan Kerajaan Barisan Nasional atas isu-isu tertentu, rakyat Sarawak sanggup dipergunakan oleh sebuah parti yang hanya berminat untuk mendapatkan kuasa tanpa peduli akibat dari kerakusan dan kegelojohan tersebut??? 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Sunday, 2 January 2011

Mengapa DAP bahaya kepada proses pengwujudan Bangsa Malaysia???

Tarikh: 26 September 2011

DAP : “...the biggest challenge for Malaysia lies in the future and not in the past – to realize a Malaysian Malaysia where all Malaysians, regardless of race or religion, can enjoy justice, freedom, democracy and good governance.” 

DAP seringkali menuduh parti-parti yang berasaskan kaum sebagai chauvinist apabila DAP hendak menonjol diri sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak sama rata semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. 

Malangnya, seringkali yang menimbulkan isu perkauman yang hangat diperdebatkan dalam masyarakat Malaysia ialah sikap “Chinese chauvinist” DAP. 

[Chauvinist: Prejudiced belief in the superiority of one's own gender, group, or kind (sumber: The Free Dictionary)] 

 DAP tanpa segan silu mempertikaikan taraf Bumiputera yang dimiliki oleh majoriti rakyat Malaysia. 

Inilah sikap DAP yang sentiasa menimbulkan kekecohan dalam perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. 

Adakah kita harus memberi keyakinan kepada DAP untuk membantu kita mencapai perpaduan yang jitu walhal ianya amat jelas sekali bahawa DAP mengambil sikap “Chinese chauvinist” dalam memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia?