Showing posts with label PBB. Show all posts
Showing posts with label PBB. Show all posts

Saturday, 22 October 2011

Pemuda PBB Padungan bangga PBB sebagai contoh terbaik perpaduan utuh dikalangan ahli

Pemuda PBB Padungan merasa bangga bahawa PBB dilihat sebagai contoh yang terbaik dalam mempertunjukkan perpaduan yang utuh dikalangan ahli-ahli PBB.

Walaupun bagaimanapun Pemuda PBB Padungan merasakan keutuhan perpaduan dikalangan ahli-ahli PBB masih dapat perkuatkan lagi untuk memastikan bahawa PBB berupaya untuk mengharungi apa jua rintangan yang bakal menjelma.

Pemuda PBB Padungan tidak menafikan adanya usaha-usaha dari Pakatan Pembangkang yang cuba untuk mengadu-dombakan pemimpin-pemimpin PBB agar berlakunya keretakkan dalam parti yang boleh melemahkan PBB.

Walaupun Pemuda PBB Padungan amat yakin bahawa usaha ini akhirnya akan mengalami kegagalan, Pemuda PBB Padungan merasakan semua ahli PBB tidak boleh leka kerana Pakatan Pembangkang sentiasa menunggu peluang dan ruang untuk memusnahkan PBB yang merupakan nadi dan tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Pemuda PBB Padungan sentiasa mengharap PBB akan sentiasa kukuh untuk selama-lamanya.

Sekian. Terima kasih.



Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan 
-----------------

Monday, 3 October 2011

Pemilihan calon PBB bukannya berdasarkan kepada pilih kasih tetapi 'winnable'

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan kenyataan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bahawa pemilihan calon untuk setiap pilihanraya adalah berdasarkan kepada pendekatan secara menyeluruh ('holistic').

Pemuda PBB Padungan berpendapatan kenyataan ini menyangkal dakwaan bahawa kepimpinan PBB tidak adil dalam pemilihan calon dengan mengamalkan sikap pilih kasih.

Pemuda PBB Padungan berpandangan adalah tidak masuk akal untuk membuat tuduhan liar bahawa kepimpinan PBB mengamalkan sikap pilih kasih dalam menentukan calon pilihanraya memandangkan rakyat mempunyai hak mutlak untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil mereka di DUN ataupun Parlimen.

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan berpendapat adalah mustahil untuk PBB bersikap sedemikian memandangkan PBB amat menghormati kemampuan rakyat Sarawak untuk membuat keputusan yang bijak untuk menentukan masa hadapan mereka.

Sekiranya ada yang mendakwa bahawa Pakatan Rakyat yang pilih kasih dalam memilih calon, Pemuda PBB Padungan amat bersetuju dengan dakwaan ini.

Bahkan Pemuda PBB Padungan merasakan dakwaan ini adalah benar.

Buktinya ialah baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat telah memperlekehkan mentaliti pengundi luar bandar dengan berkata mereka ini mudah untuk ditipu agar memilih parti yang mungkin mereka tidak sama sekali akan mengundi sekiranya mereka tidak ditipu.

Pemuda PBB Padungan telah mendesak pemimpin tersebut agar meminta maaf kepada pengundi luar bandar namun dengan angkuhnya pemimpin tersebut enggan berbuat demikian.

Adalah mustahil untuk pemimpin tersebut tidak mengetahui desakan Pemuda PBB Sarawak memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai ramai mata-mata didalam Facebook.

Atas sebab ini, Pemuda PBB Sarawak menggesa semua rakyat Sarawak, terutamanya pengundi luar bandar, agar mengajar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang dengan menolak semua calon-calon mereka yang dipilih berdasarkan sikap pilih kasih.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday, 22 September 2011

Pemuda PBB Padungan bangga bersama UMB BN Sarawak berkempen di alam maya

Pemuda PBB Padungan merasa gembira dengan usaha-usaha untuk memperkuatkan Unit Media Baru (UMB) yang merupakan platfom untuk menangkis serangan-serangan terhadap para pemimpin dan polisi-polisi Barisan Nasional di alam maya.

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan kenyataan Ketua UMB BN Sarawak PBB Abdul Aziz Tan Sri Adenan, yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB, bahawa antara faktor kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bandar Sibu ialah jentera Barisan Nasional gagal menangkis dakwaan-dakwaan jahat yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terutama disaat-saat akhir.

Bahkan pada pilihanraya negeri yang lepas, Pakatan Pembangkang amat bijak menipu rakyat dengan mengambil kesempatan dari kurangnya pengalaman UMB BN Sarawak dalam menangani kempen alam maya.

Tetapi Pemuda PBB Padungan percaya pada pilihanraya umum nanti, Pakatan Pembangkang mungkin akan terkejut dengan kekuatan UMB BN Sarawak memandangkan ramai 'bloggers' dan 'facebookers' telah mendapat pengalaman yang berharga dari pilihanraya negeri yang lepas.

Kalau dulu UMB BN Sarawak mungkin terpaksa mengambil pendekatan 're-active' memandangkan kurangnya pengalaman dalam kempen alam maya tetapi dewasa ini kita dapat melihat UMB BN Sarawak telah mengambil pendekatan 'pro-active' dalam menangani Pakatan Pembangkang.

Syabas Abdul Aziz Tan Sri Adenan, Datuk Alfred Yap (SUPP), Majang Renggi (PRS) dan Audi Chua (SPDP).

Pemuda PBB Padungan amat bangga kerana dapat membantu UMB BN Sarawak menangkis serangan-serangan Pakatan Pembangkang di alam maya.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------