Showing posts with label UMB BN Sarawak. Show all posts
Showing posts with label UMB BN Sarawak. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

Pemuda PBB Padungan gembira dengan hasrat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk menemui kepimpinan tertinggi SPDP

Pemuda PBB Padungan merasa lega apabila mendapat tahu Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menyatakan hasrat untuk menemui kepimpinan tertinggi Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) yang kini sedang dilanda kemelut politik dalaman.

Pemuda PBB Padungan percaya Pengerusi BN Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi kata-kata nasihat yang berupaya untuk membantu pencarian jalan penyelesaian bagi memastikan keutuhan SPDP, secara khususnya, dan BN Sarawak, secara amnya.

Walau bagaimanapun Pemuda PBB Padungan amat percaya dengan keupayaan SPDP yang dipimpin oleh Tan Sri William Mawan untuk menangani kemelut politik yang melanda SPDP.

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan berdoa agar kemelut ini akan segera menemui jalan penyelesaian yang membawa kepada keseimbangan yang baru yang lebih memperkuatkan BN Sarawak.

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Friday, 25 November 2011

Pemuda PBB Padungan setuju dengan kenyataan Abdullah agar BN gunakan sepenuhnya internet sebagai platfom kempen

Pemuda PBB Padungan berdiri dengan teguh dibelakang Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) ADUN Semop Yang Berhormat Abdullah Saidol dalam perihal gesaannya agar Barisan Nasional menggunakan sepenuhnya internet untuk menyebar maklumat dengan lebih tersusun.

Bahkan Pemuda PBB Padungan merasa bangga dengan pencapaian Unit Media Baru (UMB) BN Sarawak yang berjaya memainkan peranan menangkis dakyah-dakyah palsu yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya yang lepas.

Kejayaan ini menyebabkan ada pemimpin Pakatan Pembangkang yang dengan nada kecewa telah memperlekehkan minda rakyat Sarawak yang memperolehi maklumat dari internet yang masih lagi menyokong Barisan Nasional walaupun mereka disajikan oleh dakyah-dakyah (yang sebenarnya palsu) yang memburukkan pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Pemuda PBB Padungan juga percaya bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang, UMB BN Sarawak akan sekali lagi memainkan peranan menangkis dakyah-dakyah palsu pembangkang dengan mempertunjukkan apa yang telah dan sebenarnya berlaku di negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Pembangkang.

Rakyat Sarawak telah didodoikan dengan cerita-cerita khayalan yang dikatakan berlaku di negeri-negeri tersebut.

Peranan UMB BN Sarawak ialah untuk menyedarkan rakyat Sarawak agar tidak terlena dengan cerita-cerita khayalan tersebut.

Pemuda PBB Padungan menyeru agar semua penyokong Barisan Nasional yang bergiat dalam alam siber agar berdiri kukuh dibelakang UMB Sarawak untuk memastikan pertahanan dan serangan Barisan Nasional tidak goyah dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sekian. Terimakasih.



Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------


Thursday, 29 September 2011

Ho Leng perlu minta maaf kerana 'menghina' mentaliti pengundi luar bandar

Pemuda PBB Padungan mendesak Pengerusi Negeri Democratic Action Party YB Wong Ho Leng untuk meminta maaf dengan pengundi-pengundi di luar bandar kerana menganggap mereka sebagai mudah untuk ditipu ('gullible'). 

Pemuda PBB Padungan beranggapan ini ialah satu penghinaan kepada mentaliti pengundi-pengundi di luar bandar tanpa mengira mereka samada mereka menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Pembangkang. 

Ini adalah kerana kenyataan tersebut juga menggambarkan bahawa penyokong Pakatan Pembangkang juga sebenarnya terdiri dari golongan yang mudah untuk ditipu. 

Pemuda PBB Padungan merasa kesal dengan kenyataan YB Wong Ho Leng kerana memperlekehkan mentaliti pengundi-pengundi di luar bandar semata-mata kerana majoriti pengundi-pengundi luar bandar telah memberi undi mereka kepada Parti Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri yang lepas.

Mengapa perlu menghina mentaliti pengundi luar bandar apabila Pakatan Pembangkang gagal mendapat sokongan majoriti dari kaum Bumiputera dalam pilihanraya negeri yang lepas? 

Mengapa YB Wong Ho Leng tidak dapat menerima kegagalan merampas tampuk kuasa dari Parti Barisan Nasional secara 'gentleman' tanpa membuat sebarang penghinaan terhadap mentaliti pengundi luar bandar? 

Mungkin disebabkan tanggapan ini yang memberi keyakinan kepada Democratic Action Party untuk memasuki kawasan Bumiputera untuk mendapat sokongan dari pengundi Bumiputera. 

Mungkin Democratic Action Party beranggapan pengundi luar bandar mudah untuk ditipu dengan laungan 'kebangkitan Bumiputera untuk mendapatkan hak' untuk memesongkan perhatian mereka dari perjuangan sebenar Democratic Action Party yang bertujuan untuk membunuh status Bumiputera dengan konsep Malaysian Malaysia!!! 

Jelas sekali bahawa pandangan yang menghina Democratic Action Party terhadap kaum Bumiputera tidak pernah luntur dalam jati diri parti sejak dari dulu lagi.

Sekiranya Democratic Action Party (DAP) jujur dalam memperjuangkan hak kaum Bumiputera, maka buangkanlah perjuangan Malaysian Malaysia dari parti seperti mana Parti Islam Se-Malaysia membuang jauh-jauh perjuangan menegak negara Islam. 

Tetapi mengapa Parti Islam Se-Malaysia disuruh membuang perjuangan menegak negara Islam tetapi Democratic Action Party masih lagi memeluk perjuangan Malaysian Malaysia dengan erat sekali. 

Hanya Parti Islam Se-Malaysia perlu membuat pengorbanan manakala Democratic Action Party tidak perlu berbuat sedemikian? 

Adakah ini membawa maksud mentali pemimpin-pemimpin Parti Islam Se-Malaysia menyerupai mentali pengundi luar bandar di Sarawak yang mudah untuk ditipu? 

Mungkin YB Wong Ho Leng cuba untuk menjustifikasikan penghinaanya terhadap pengundi luar bandar dengan mendakwa bahawa Unit Media Baru mensasarkan pengundi luar bandar. 

Hakikatnya, sasaran utama Unit Media Baru ialah pengundi dalam bandar – dan bukannya pengundi luar bandar!!! 

Ini adalah disebabkan liputan internet untuk kawasan luar bandar belum dari meluas.

Menyentuh dakwaan YB Wong Ho Leng bahawa Sarawak United People's Party cuba bermain kotor dalam pilihanraya yang lepas, Pemuda PBB Padungan ingin bertanya kepada beliau : “Adakah anda ingat kami bodoh dan tidak tahu ataupun faham apa yang kami lihat dalam pilihanraya negeri yang lepas?” 

Tidak perlu Pemuda PBB Padungan menyenaraikan apa yang telah dibuat oleh Democratic Action Party dalam pilihanraya yang lepas buat masa sekarang. 

Tetapi Democratic Action Party perlu tahu bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang, Pemuda PBB Padungan dan rakan-rakan blogger BN dan pro-BN akan dedahkan permainan kotor Democratic Action Party dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Ini adalah untuk memberi peringatan kepada para pengundi Sarawak, amnya, dan para pengundi dalam bandar, khususnya, tentang permainan kotor Democratic Action Party. 

Semoga siri pendedahan yang akan dilakukan pada masa tersebut akan membantu menyedarkan para pengundi bahawa betapa kotornya politik Democratic Action Party. 

Sekian. Terimakasih. 

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Thursday, 22 September 2011

Pemuda PBB Padungan bangga bersama UMB BN Sarawak berkempen di alam maya

Pemuda PBB Padungan merasa gembira dengan usaha-usaha untuk memperkuatkan Unit Media Baru (UMB) yang merupakan platfom untuk menangkis serangan-serangan terhadap para pemimpin dan polisi-polisi Barisan Nasional di alam maya.

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan kenyataan Ketua UMB BN Sarawak PBB Abdul Aziz Tan Sri Adenan, yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB, bahawa antara faktor kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bandar Sibu ialah jentera Barisan Nasional gagal menangkis dakwaan-dakwaan jahat yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terutama disaat-saat akhir.

Bahkan pada pilihanraya negeri yang lepas, Pakatan Pembangkang amat bijak menipu rakyat dengan mengambil kesempatan dari kurangnya pengalaman UMB BN Sarawak dalam menangani kempen alam maya.

Tetapi Pemuda PBB Padungan percaya pada pilihanraya umum nanti, Pakatan Pembangkang mungkin akan terkejut dengan kekuatan UMB BN Sarawak memandangkan ramai 'bloggers' dan 'facebookers' telah mendapat pengalaman yang berharga dari pilihanraya negeri yang lepas.

Kalau dulu UMB BN Sarawak mungkin terpaksa mengambil pendekatan 're-active' memandangkan kurangnya pengalaman dalam kempen alam maya tetapi dewasa ini kita dapat melihat UMB BN Sarawak telah mengambil pendekatan 'pro-active' dalam menangani Pakatan Pembangkang.

Syabas Abdul Aziz Tan Sri Adenan, Datuk Alfred Yap (SUPP), Majang Renggi (PRS) dan Audi Chua (SPDP).

Pemuda PBB Padungan amat bangga kerana dapat membantu UMB BN Sarawak menangkis serangan-serangan Pakatan Pembangkang di alam maya.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------