Showing posts with label PRS. Show all posts
Showing posts with label PRS. Show all posts

Thursday, 22 September 2011

Pemuda PBB Padungan bangga bersama UMB BN Sarawak berkempen di alam maya

Pemuda PBB Padungan merasa gembira dengan usaha-usaha untuk memperkuatkan Unit Media Baru (UMB) yang merupakan platfom untuk menangkis serangan-serangan terhadap para pemimpin dan polisi-polisi Barisan Nasional di alam maya.

Pemuda PBB Padungan bersetuju dengan kenyataan Ketua UMB BN Sarawak PBB Abdul Aziz Tan Sri Adenan, yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB, bahawa antara faktor kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bandar Sibu ialah jentera Barisan Nasional gagal menangkis dakwaan-dakwaan jahat yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terutama disaat-saat akhir.

Bahkan pada pilihanraya negeri yang lepas, Pakatan Pembangkang amat bijak menipu rakyat dengan mengambil kesempatan dari kurangnya pengalaman UMB BN Sarawak dalam menangani kempen alam maya.

Tetapi Pemuda PBB Padungan percaya pada pilihanraya umum nanti, Pakatan Pembangkang mungkin akan terkejut dengan kekuatan UMB BN Sarawak memandangkan ramai 'bloggers' dan 'facebookers' telah mendapat pengalaman yang berharga dari pilihanraya negeri yang lepas.

Kalau dulu UMB BN Sarawak mungkin terpaksa mengambil pendekatan 're-active' memandangkan kurangnya pengalaman dalam kempen alam maya tetapi dewasa ini kita dapat melihat UMB BN Sarawak telah mengambil pendekatan 'pro-active' dalam menangani Pakatan Pembangkang.

Syabas Abdul Aziz Tan Sri Adenan, Datuk Alfred Yap (SUPP), Majang Renggi (PRS) dan Audi Chua (SPDP).

Pemuda PBB Padungan amat bangga kerana dapat membantu UMB BN Sarawak menangkis serangan-serangan Pakatan Pembangkang di alam maya.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------