Pemuda PBB Padungan mendesak Pengerusi Negeri Democratic Action Party YB Wong Ho Leng untuk meminta maaf dengan pengundi-pengundi di luar bandar kerana menganggap mereka sebagai mudah untuk ditipu ('gullible').
Pemuda PBB Padungan beranggapan ini ialah satu penghinaan kepada mentaliti pengundi-pengundi di luar bandar tanpa mengira mereka samada mereka menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Pembangkang.
Ini adalah kerana kenyataan tersebut juga menggambarkan bahawa penyokong Pakatan Pembangkang juga sebenarnya terdiri dari golongan yang mudah untuk ditipu.
Pemuda PBB Padungan merasa kesal dengan kenyataan YB Wong Ho Leng kerana memperlekehkan mentaliti pengundi-pengundi di luar bandar semata-mata kerana majoriti pengundi-pengundi luar bandar telah memberi undi mereka kepada Parti Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri yang lepas.
Mengapa perlu menghina mentaliti pengundi luar bandar apabila Pakatan Pembangkang gagal mendapat sokongan majoriti dari kaum Bumiputera dalam pilihanraya negeri yang lepas?
Mengapa YB Wong Ho Leng tidak dapat menerima kegagalan merampas tampuk kuasa dari Parti Barisan Nasional secara 'gentleman' tanpa membuat sebarang penghinaan terhadap mentaliti pengundi luar bandar?
Mungkin disebabkan tanggapan ini yang memberi keyakinan kepada Democratic Action Party untuk memasuki kawasan Bumiputera untuk mendapat sokongan dari pengundi Bumiputera.
Mungkin Democratic Action Party beranggapan pengundi luar bandar mudah untuk ditipu dengan laungan 'kebangkitan Bumiputera untuk mendapatkan hak' untuk memesongkan perhatian mereka dari perjuangan sebenar Democratic Action Party yang bertujuan untuk membunuh status Bumiputera dengan konsep Malaysian Malaysia!!!
Jelas sekali bahawa pandangan yang menghina Democratic Action Party terhadap kaum Bumiputera tidak pernah luntur dalam jati diri parti sejak dari dulu lagi.
Sekiranya Democratic Action Party (DAP) jujur dalam memperjuangkan hak kaum Bumiputera, maka buangkanlah perjuangan Malaysian Malaysia dari parti seperti mana Parti Islam Se-Malaysia membuang jauh-jauh perjuangan menegak negara Islam.
Tetapi mengapa Parti Islam Se-Malaysia disuruh membuang perjuangan menegak negara Islam tetapi Democratic Action Party masih lagi memeluk perjuangan Malaysian Malaysia dengan erat sekali.
Hanya Parti Islam Se-Malaysia perlu membuat pengorbanan manakala Democratic Action Party tidak perlu berbuat sedemikian?
Adakah ini membawa maksud mentali pemimpin-pemimpin Parti Islam Se-Malaysia menyerupai mentali pengundi luar bandar di Sarawak yang mudah untuk ditipu?
Mungkin YB Wong Ho Leng cuba untuk menjustifikasikan penghinaanya terhadap pengundi luar bandar dengan mendakwa bahawa Unit Media Baru mensasarkan pengundi luar bandar.
Hakikatnya, sasaran utama Unit Media Baru ialah pengundi dalam bandar – dan bukannya pengundi luar bandar!!!
Ini adalah disebabkan liputan internet untuk kawasan luar bandar belum dari meluas.
Menyentuh dakwaan YB Wong Ho Leng bahawa Sarawak United People's Party cuba bermain kotor dalam pilihanraya yang lepas, Pemuda PBB Padungan ingin bertanya kepada beliau : “Adakah anda ingat kami bodoh dan tidak tahu ataupun faham apa yang kami lihat dalam pilihanraya negeri yang lepas?”
Tidak perlu Pemuda PBB Padungan menyenaraikan apa yang telah dibuat oleh Democratic Action Party dalam pilihanraya yang lepas buat masa sekarang.
Tetapi Democratic Action Party perlu tahu bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang, Pemuda PBB Padungan dan rakan-rakan blogger BN dan pro-BN akan dedahkan permainan kotor Democratic Action Party dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Ini adalah untuk memberi peringatan kepada para pengundi Sarawak, amnya, dan para pengundi dalam bandar, khususnya, tentang permainan kotor Democratic Action Party.
Semoga siri pendedahan yang akan dilakukan pada masa tersebut akan membantu menyedarkan para pengundi bahawa betapa kotornya politik Democratic Action Party.
Sekian. Terimakasih.
Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

