Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Friday, 23 September 2011

PAS buat gimik hudud untuk tutup kesalahan membunuh Negara Islam

Sikap PAS yang ketika ini seolah-olah merajuk dengan DAP amat menggelikan hati seperti seorang isteri yang merajuk dengan madunya. 

Dan tindakkan si suami Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai menyebelahi PAS tidak menyenangkan hati DAP. 

DAP berkehendakkan PAS berpegang kepada Negara Kebajikan seperti yang diputuskan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 pada Jun lepas tetapi Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatan beriya-iya untuk melaksanakan hukum hudud. 

Adakah ini membawa maksud PAS tidak lagi sanggup membiarkan perjuangannya dirogol oleh DAP dengan rakus sekali? 

Ataupun ini hanyalah satu lakonan politik semata-mata memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pelakon dan penulis skrip yang bijak. 

Dan sekiranya ini bukan satu lakonan politik, ianya jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim amat pandai memperdayakan PAS sehingga sanggup membunuh hukum hudud dan Negara Islam. 

Kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kata-kata manisnya menjanjikan bulan dan bintang kepada PAS menyebabkan PAS sanggup tidur sebantal dengan DAP. 

Dan kemudiannya, si suami memujuk si isteri untuk membuang pegangan hukum hudud dan Negara Islam kerana madunya tidak selesa dengan pegangan tersebut. 

Selepas dipujuk rayu, si isteri dengan rela hati menukar pegangannya dari hukum hudud dan Negara Islam kepada Negara Kebajikan sepertimana dikehendaki oleh madunya. 

Sekarang si isteri merajuk dengan madunya dan si suami sedang memujuk kedua-dua isterinya dengan kata-kata manis yang lebih manis daripada madu lebah.

Walau bagaimanapun, sekiranya benar bahawa PAS beriya-iya untuk melaksanakan hukum hudud, adakah ini bermaksud PAS tidak lagi rela prinsip perjuangannya dirogol dengan rakus sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP? 

Adakah PAS baru tersedar dari lamunan indah bahawa mereka diperbodohkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP? 

Mengapa PAS begitu bodoh sehingga dapat diperbodohkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP? 

Kerana janji-janji manis bahawa Pakatan Pembangkang akan berupaya membentuk Kerajaan Persekutuan sekiranya PAS menolak hukum ALLAH dan menerima Negara Kebajikan? 

Bukankah amat janggal sekali parti yang mengaku berjiwa Islam, agama ALLAH, tetapi menolak hukum ALLAH? 

Dan sekarang menyesal? Tetapi adakah penyesalan ini ikhlas ataupun hanya untuk mendapat simpati dari pengundi Islam? 

Pemuda PBB Padungan percaya polimik hukum hudud dan perlaksanaan hukum ALLAH ini hanya satu gimik semata-mata yang dirancang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk mendapatkan simpati dari para pengundi Islam, termasuk ahli-ahli PAS sendiri. 

Pakatan Pembangkang menjangka bahawa pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi. 

Sebab itu, satu gimik untuk membawa kembali pengundi Islam kepada PAS mesti dilakukan sebelum terlambat. 

Tetapi malangnya, Pemuda PBB Padungan berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dan DAP telah memperlekehkan kematangan pemikiran rakyat dengan melakukan gimik sedemikian. 

Adakah rakyat akan percaya dengan 'kekecohan' ini apabila PAS hakikatnya masih mendokong Negara Kebajikan sepertimana dikehendaki oleh DAP? 

Pemuda PBB Padungan cabar PAS untuk adakan muktamar tergempar untuk memasukkan semula perjuangan hukum hudud dan Negara Islam dalam perlembagaan parti sekiranya ia benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan hukum hudud dan Negara Islam. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Tuesday, 20 September 2011

Era kegemilangan Anwar sebagai pemimpin agung pembangkang telah berakhir

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim seringkali dilihat sebagai politikus yang 'versatile' dan 'shrewd' yang bijak menangkis sebarang serangan politik yang ditujukan kepadanya.

Beliau juga mempunyai kemahiran untuk berhujah sehinggakan ramai yang percaya 'kemalaikatan' beliau sehingga sanggup berdiri dihadapan beliau untuk menerima sebarang serangan bagi melindungi beliau.

Pengorbanan ini dibuat BUKANNYA demi parti tetapi DEMI Datuk Seri ANWAR IBRAHIM.

Tetapi dari pengamatan Pemuda PBB Padungan, zaman kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik pembangkang sudah berakhir.

Hanya menunggu saat dan ketika untuk tiba dititik "full stop" sebagai tanda berakhirnya karier politik beliau.

Mungkin ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat enggan menerima hakikat ini tetapi hakikatnya banyak tingkah-laku Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi masalah kepada parti.

Antara dua kes yang masih lagi panas ketika ini ialah kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kes video seks membabitkan pelacur Cina.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berjaya dalam kes liwat tersebut tetapi ini tidak bermakna ramai orang Melayu percaya bahawa beliau tidak bersalah.

Sumpah laknat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan memain peranan yang teramat penting dalam minda orang Melayu.

Apa yang bakal diperkatakan oleh hakim dalam perbicaraan tidak penting tetapi apa yang bakal dilakukan oleh ALLAH kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan TERAMATLAH PENTING.

Dari pengamatan kasar, setakat ini kelihatan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak (ataupun belum lagi) menerima penglaknatan dari ALLAH.

Menyentuh kes video seks pula, yang menjadi perbalahan ialah siapakah pelakon video seks tersebut kerana kesahihan video seks tersebut bukan lagi satu isu memandangkan rata-rata rakyat Malaysia menerima pakai perakuan dari seorang pakar dari Amerika Syarikat bahawa video seks tersebut adalah asli.

Dan baru-baru ini telah ada pihak yang memuat turun video yang berwarna untuk memperkuatkan dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelakon dalam video seks yang dalam versi 'hitam putih' yang terdapat dalam internet sebelum ini.

Pemuda PBB Padungan berpendapat lebih ramai ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat akan keluar dari parti sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menangani isu video versi warna.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat kesudahan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kes video seks pelacur Cina.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday, 19 September 2011

Anwar tipu rakyat Sarawak!!! Laporan audit Selangor mendedahkan penipuan Anwar!

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu mengagung-agungkan Selangor sebagai sebuah negeri yang selamat dalam tangan barisan pentadbir dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat diketuai oleh Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Sarawak baru-baru ini, beliau tanpa segan silu menipu rakyat Sarawak dengan mengagungkan pentadbiran negeri Selangor.

Kemudiannya pemimpin Pakatan Rakyat negeri Sarawak beramai-ramai mengiakan apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa terlebih dahulu memeriksa kebenaran kenyataan tersebut.

Tetapi laporan audit yang dibuat oleh badan audit Kerajaan Negeri Selangor sendiri secara terang-terang mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga para pemimpin Pakatan Rakyat negeri Sarawak.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------