Pemuda PBB Padungan mencabar YB Wong Ho Leng untuk meletakkan calon parti Democratic Action Party bertanding dimana-mana kawasan Melayu di Sarawak sekiranya benar bahawa parti tersebut berpendapat ianya bukan satu perkara yang sukar untuk mereka.
Pemuda PBB Padungan berpendapat kenyataan YB Wong Ho Leng ini menunjukkan keangkuhan mereka dalam menipu orang Melayu, khususnya, dan kaum Bumiputera, amnya, dalam usaha mereka untuk membunuh status Bumiputera agar diganti dengan Malaysian Malaysia.
Adakah YB Wong Ho Leng beranggapan bahawa mentaliti orang Melayu dan juga Kaum Bumiputera amat mudah untuk diperbodohkan oleh YB Wong Ho Leng dan Democratic Action Party?
Adakah mereka menjangka bahawa mereka berupaya untuk mengalih pandangan orang Melayu dan kaum Bumiputera terhadap konsep Malaysian Malaysia yang menjadi jati diri Democratic Action Party?
Jika YB Wong Ho Leng beranggapan bahawa orang Melayu, khususnya, dan kaum Bumiputera, amnya, mudah untuk ditipu agar membantu mereka menghapuskan status Bumiputera dan menegakkan konsep Malaysian Malaysia, maka Pemuda PBB Padungan mencabar YB Wong Ho Leng dan Democratic Action Party agar meletak calon mereka di mana-mana kawasan Melayu di Sarawak!!!
Kita akan lihat – yang mana satu lebih kuat, iaitu semangat mempertahankan status Bumiputera ataupun semangat membantu membunuh status Bumiputera untuk menegakkan konsep Malaysian Malaysia.
Sekian. Terimakasih.
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------
