Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts

Wednesday, 21 September 2011

Nik Aziz tuduh 'orang luar' burukkan wajah hudud tetapi bukankah PAS sendiri yang bunuh negara Islam???

Pemuda PBB Padungan merasa keliru dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan kekecewaan beliau dengan 'wajah' hudud yang 'begitu buruk'.

Beliau menuduh 'orang luar' sebagai agen perosak imej dan perlaksanaan hudud dan ajaran Islam.

Tetapi siapakah yang mengugurkan perjuangan penubuhan negara Islam dari misi parti kalau bukan PAS sendiri?

Bukankah PAS sendiri yang turut sama merosakkan hudud dan ajaran Islam melalui penolakkan penubuhan negara Islam yang diperjuangkannya?

Sebelum ini, apabila Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam, PAS menolak status negara Islam tersebut kerana tidak mengikuti konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Dewasa ini ternyata peimpin-pemimpin PAS terpaksa mengakui hakikat kesukaran untuk menubuhkan negara Islam yang berpaksikan PAS dan kemudiannya mengambil keputusan untuk membunuh perjuangan penubuhan negara Islam yang berpandukan model Islam PAS ini.

Alasan yang diguna pakai untuk mewajarkan pengguguran ini ialah PAS perlu menggugurkan perjuangan ini untuk membolehkan parti tersebut mendapat tempat dihati para pengundi yang bukan beragama Islam.

Keputusan ini membawa kepada satu persoalan: Adakah PAS ini benar-benar memperjuangkan agama Islam ataupun berjuang untuk mendapatkan undi?

Ahli-ahli PAS akan berhujah dengan berkata PAS perlu mendapatkan undi terlebih dahulu sebelum menubuhkan negara Islam berpaksikan PAS, tetapi bukankah ini membawa maksud PAS menipu pengundi dari kalangan bukan penganut agama Islam?

Sekiranya PAS sanggup menipu untuk mendapatkan undi, maka tiada bezanya PAS dan DAP yang sanggup menipu dengan mengatakan undi untuk BN adalah undi untuk anti-Kristain dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas.

Pemuda PBB Padungan merasa sedih dengan penipuan-penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang semata-mata untuk mendapatkan undi.

Hujah bahawa usaha mendapatkan undi lebih penting dari prinsip yang diagungkan dalam parti tidak dapat diterima pakai kerana ianya hanya akan merosakkan negara dan akan menyebabkan kekacauan politik yang teruk.

Rakyat Sarawak mesti menolak Pakatan Pembangkang kerana kita tidak boleh memperjudikan nasib kita dengan mengundi parti-parti yang mengutamakan undi daripada prinsip yang diperjuangkan.

Barisan Nasional adalah pilihan yang tepat untuk anda semua.

Hidup Sarawak!!! Hidup Barisan Nasional!!! Hidup PBB!!!

Sekian. Terimakasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Tuesday, 13 September 2011

Pengakuan bekas ahli jemaah PAS: Pandangan Nik Aziz lebih suci dari Hadis Nabi Muhamad

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Sahabat saya menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.