Sunday 25 September 2011

Pemuda PBB Padungan sokong kenyataan Biro Ekonomi Pemuda PBB mengenai Firefly

Pemuda PBB Padungan menyokong penuh gesaan Biro Ekonomi Pemuda PBB agar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes memberi penjelasan mengenai status Firefly. 

Penjelasan keatas sama ada Firefly akan meneruskan ataupun menamatkan penerbangan ke Sarawak selepas pengurusan Malaysia Airlines (MAS) diambil alih oleh AirAsia Bhd adalah penting untuk Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan juga setuju sepenuhnya dengan kebimbangan yang disuarakan oleh Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos dan Penasihat Biro Ekonomi PBB Abdul Aziz Adenan terhadap kesan negatif penamatan perkhidmatan Firefly ke atas industri pelancongan Sarawak. 

Atas sebab ini Pemuda PBB Padungan mendesak Tan Sri Tony Fernandes agar tidak melengah-lengah dalam memberi penjelasan mengenai status Firefly kepada rakyat Sarawak. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

September 23, 2011 

KUCHING: Biro ekonomi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes memberi penjelasan mengenai sama ada Firefly dipaksa menamatkan penerbangan ke Sarawak berikutan pengambilalihan pengurusan Malaysia Airlines (MAS). 

Dalam satu kenyataan hari ini, penasihatnya, Abdul Aziz Adenan berkata, beliau berkongsi kebimbangan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos bahawa kurangnya penerbangan ke Sarawak adalah punca utama ketibaan pelawat yang kecil ke negeri itu. 

"Jika Firefly dipaksa menamatkan penerbangan ke Sarawak, ia bukan saja memburukkan lagi industri pelancongan negeri itu malah penduduk Sarawak yang berpendapatan rendah terpaksa membeli tiket daripada AirAsia," katanya. 

Beliau berkata, Menteri Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, dan Majlis Pelancongan Kawasan Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina juga bimbang terhadap pertukaran saham MAS-AirAsia. - BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment