Pemuda PBB Padungan merasa lega diatas jaminan yang diberikan oleh Tan Sri Tony Fernandes, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (MAS-AirAsia), bahawa AirAsia akan meneruskan perkhidmatan penerbangan tambang murah seperti sekarang.
Pemuda PBB Padungan percaya jaminan ini akan mendatangkan rasa lega dikalangan rakyat Sarawak yang sebelum ini merasa gusar diatas kemungkinan AirAsia akan menaikkan harga tiket sekiranya benar khabar angin yang bertiup kencang bahawa perkhidmatan penerbangan FireFly ke Sarawak akan ditamatkan.
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama Pemuda PBB Padungan menggesa Tan Sri Tony Fernandes melakukan sesuatu untuk memastikan jumlah frekuensi penerbangan masuk dan keluar Sarawak tidak terjejas sekiranya benar bahawa perkhidmatan FireFly akan ditamatkan.
Sekiranya Tan Sri Tony Fernandes tidak berupaya untuk memastikan ini dari terjadi, maka Pemuda PBB Padungan berharap Tan Sri Tony Fernandes akan jujur dengan Kerajaan Sarawak dan rakyat Sarawak dengan membuat pengakuan sedemikian.
Ini membolehkan Kerajaan Sarawak boleh menilai dengan lebih teliti terhadap cadangan untuk meluaskan skop penerbangan MasWing sehingga ke Semenanjung sebagai ganti kepada FireFly.
Akhir kata, Pemuda PBB Padungan amat berharap jalan penyelesaian akan dapat ditemui dalam masa yang terdekat memandangkan sistem perkhidmatan udara memainkan peranan yang amat penting kepada negeri Sarawak.
Sekian. Terimakasih.
Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

