Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Tuesday, 27 September 2011

Pemuda PBB Padungan lancar kempen alam maya untuk bantah tindakan MAS

Pemuda PBB Padungan memandang serius tindakan pihak pengurusan baru MAS dibawah kepimpinan Tan Sri Tony Fernandes yang dilihat akan mendatangkan kesan yang buruk ke atas industri pelancongan Sarawak. 

Keputusan untuk membatalkan jumlah penerbangan FireFly ke Sarawak seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini amat membimbangkan. 

Atas sebab itulah Pemuda PBB Padungan telah melancarkan kempen "Kami bantah tindakan batal penerbangan Firefly ke Sarawak" di alam maya melalui Facebook untuk menggesa pengurusan baru MAS dibawah kepimpinan Tan Sri Tony Fernandes agar berhenti terlebih dahulu dari membuat sebarang perubahan ke atas rangkaian penerbangan FireFly ke Sarawak sehingga jalan penyelesaian telah dicapai diantara MAS dan rakyat Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan amat berharap rakyat Sarawak tanpa mengira ideologi politik menyokong sepenuhnya kempen alam maya ini demi kebaikan negeri Sarawak yang tercinta ini. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Sunday, 25 September 2011

Pemuda PBB Padungan sokong kenyataan Biro Ekonomi Pemuda PBB mengenai Firefly

Pemuda PBB Padungan menyokong penuh gesaan Biro Ekonomi Pemuda PBB agar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes memberi penjelasan mengenai status Firefly. 

Penjelasan keatas sama ada Firefly akan meneruskan ataupun menamatkan penerbangan ke Sarawak selepas pengurusan Malaysia Airlines (MAS) diambil alih oleh AirAsia Bhd adalah penting untuk Sarawak. 

Pemuda PBB Padungan juga setuju sepenuhnya dengan kebimbangan yang disuarakan oleh Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos dan Penasihat Biro Ekonomi PBB Abdul Aziz Adenan terhadap kesan negatif penamatan perkhidmatan Firefly ke atas industri pelancongan Sarawak. 

Atas sebab ini Pemuda PBB Padungan mendesak Tan Sri Tony Fernandes agar tidak melengah-lengah dalam memberi penjelasan mengenai status Firefly kepada rakyat Sarawak. 

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------