Saturday, 10 September 2011

DAP korbankan kesejahteraan penghuni pangsapuri KMC demi memastikan parti terus berkuasa

Pemuda PBB Padungan berpendapat Democratic Action Party sepatutnya meneliti terlebih dahulu cadangan Kerajaan Barisan Nasional sebelum menolak bulat-bulat usaha untuk membangunkan pangsapuri KMC agar kesejahteraan penghuni meningkat.

Dan Democratic Action Parti juga sepatutnya tidak celupar dengan membuat tuduhan melulu bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan menukar penggunaan tanah dimana terletaknya pangsapuri KMC untuk kroni-kroni.

Begitu celupar sekali Ahli Parlimen Democratic Action Parti Chong Chieng Jen dalam membuat tuduhan-tuduhan seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak bertanggungjawab.

Adakah beliau beranggapan Kerajaan Barisan Nasional tidak peka dengan aspirasi rakyat?

Adakah Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen sebenarnya ketakutan kerana jika Kerajaan Barisan Nasional membangunkan kawasan flat KMC kemungkinan besar sokongan rakyat akan berpindah ke Parti Barisan Nasional?

Jika beliau benar-benar memperjuangkan nasib rakyat seperti yang dilaung-laungkannya, sepatutnya beliau berfikiran terbuka dan sanggup untuk kehilangan undi demi kesejahteraan rakyat.

Tapi adakah Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen, yang dianggap sebagai malaikat oleh penyokong beliau, sanggup menolak ketepi usaha untuk mendapatkan kuasa demi kesejahteraan rakyat?

Sekiranya Democratic Action Party, dimana Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen sebagai salah seorang pemimpin tertinggi parti, sanggup 'mengkorbankan' rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat demi kuasa, apatah lagi rakyat biasa yang kurang arif dengan politik dikalangan parti politik.

Berdasarkan rekod Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang sanggup berkomplot dengan pemimpin-pemimpin Democratic Action Party untuk mengkorbankan rakan seperjuangan demi kuasa politik, adakah rakyat fikir beliau tidak sanggup mengkorbankan kesejahteraan rakyat demi kuasa???!!!

Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen boleh membuat apa saja tuduhan keatas Kerajaan Barisan Nasional tetapi yang pastinya ialah Parti Barisan Nasional tidak sanggup 'menyembelih' ataupun 'mengorbankan' sesiapa sahaja, samada rakan seperjuangan ataupun rakyat, demi kuasa, seperti Democratic Action Party.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Friday, 9 September 2011

Pemuda PBB Padungan alu-alukan keputusan untuk meletak calon 'winnable'

Pemuda PBB Padungan mengalu-alukan pendirian pucuk kepimpinan parti untuk hanya meletakkan calon-calon yang berupaya menang (winnable) dalam pilihanraya umum yang akan datang. 

Kami menyokong penuh tanpa sebarang keraguan diatas keputusan pucuk kepimpinan untuk mengekalkan atau menukar mana-mana Ahli Parlimen. 

Perjuangan dalam parti adalah untuk rakyat; dan atas sebab itu, adalah penting untuk memastikan bahawa calon-calon yang bakal dipilih oleh parti menggambarkan aspirasi parti untuk meletakkan pemimpin-pemimpin yang berupaya untuk memenuhi aspirasi rakyat. 

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan akan terus berdiri dengan kukuh dibelakang parti dibawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Thursday, 8 September 2011

Pemuda PBB Padungan puji sikap para peniaga yang tidak mengambil kesempatan

Kejayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan membenteras gejala penjualan barang kawalan diatas harga kawalan di sepanjang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Kejayaan ini telah membantu memastikan rakyat Sarawak yang menyambut Hari Raya Aidil Fitri berbelanja secara berpatutan dan tidak diluar batasan harga yang sepatutnya.

Pada masa yang sama, para peniaga patut dipuji kerana tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan kawalan.

Sarawak akan lebih menjadi negeri yang makmur dan aman damai sekiranya semua pihak mencontohi sikap tidak-mengambil-kesempatan yang ditunjukkan oleh para peniaga.

Sekali lagi Pemuda PBB Padungan ingin mengucapkan ribuan terimakasih diatas sikap tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang kawalan.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Wednesday, 7 September 2011

Pemuda PBB Padungan seru rakyat berdiri dibelakang Kerajaan BN untuk membantu menjayakan SCORE

Kepimpinan politik Sarawak amat berpandangan jauh apabila melaksanakan projek SCORE yang bakal menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak. 

Ini akan membantu rakyat Sarawak untuk menikmati pendapatan tinggi selaras dengan aspirasi Kerajaan Barisan Nasional yang berkehendakkan sistem ekonomi negara dan negeri diubahkan kepada sistem ekonomi berpendapatan tinggi. 

Keputusan untuk mengubah model ekonomi semasa kepada model ekonomi yang berupaya untuk menjanakan pendapatan yang tinggi amat bertepatan sekali kerana rakyat Sarawak akan mendapat banyak faedah. 

Apabila mempunyai pendapatan yang tinggi, kuasa membeli rakyat Sarawak akan secaranya turut meningkat. 

Peningkatan kuasa membeli ini boleh menyumbangkan kepada tahap kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat Sarawak. 

Oleh itu Pemuda PBB Padungan menyeru rakyat Sarawak agar terus berdiri dibelakang Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan usaha untuk membantu rakyat Sarawak agar berupaya menikmati kehidupan yang lebih baik dan selesa akan dapat dicapai. 

Pihak pembangkang sebenarnya tidak menghiraukan kebajikan rakyat Sarawak apabila mereka menghasut rakyat Sarawak agar membenci Kerajaan Barisan Nasional. 

Yang diimpi-impikan oleh pihak pembangkang ialah untuk merampas Kerajaan Sarawak dari pimpinan Parti Barisan Nasional – dan mereka sanggup melihat rakyat Sarawak menderita demi mencapai cita-cita mereka ini. 

Sekian. Terima kasih. 

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Tuesday, 6 September 2011

Pemuda PBB Padungan kecam kenyataan biadap Sabu

Pemuda PBB Padungan amat terharu dengan semangat patroitik yang ditunjukkan oleh Kapten (Bersara) Mohd Johari Ibrahim, seorang pesara tentera yang berusia 70 tahun, yang sanggup untuk masuk semula ke dalam hutan untuk menentang komunis sekiranya ada peluang untuk berbuat demikian. 

Semangat patroitik yang tinggi ini menyebabkan kami merasa malu dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang tanpa segan silu mengagongkan komunis sebagai hero negara yang sebenar. 

Kedangkalan pemikiran Mohamad Sabu dalam melihat sejarah tanah air amat memalukan kerana tidak sepatutnya pemimpin yang berkedudukan tinggi dalam sebuah parti mempunyai pemikiran yang sebegitu dangkal. 

Adakah komunis itu dianggap sebagai hero sebenar negara??? 

Apakah Mohamad Sabu tidak membaca sejarah di tatkala berlakunya vakum kuasa yang menyebabkan komunis bermaharajalela untuk seketika??? 

Adakah kebiadapan komunis yang melampui batas kemanusiaan ini dapat dianggap sebagai hero sebenar??? 

Ternyatalah Mohamad Sabu ini sebenarnya tergolong dalam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup menidakkan sumbangan orang lain hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. 

Mungkin tujuan sebenar Mohamad Sabu berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa pihak yang berada diluar kerajaan sebenarnya hero sebenar. 

Sekiranya ini yang diinginkan oleh Mohamad Sabu, ternyatalah beliau seorang yang berfikiran cetek dan dangkal. 

Kami menggesa Mohamad Sabu agar meminta maaf dari semua anggota keselamatan dan juga rakyat Malaysia yang selama ini hidup dengan selesa dan aman damai hasil dari perjuangan yang diberikan oleh semua anggota keselamatan. 

Beliau seharusnya malu dengan sikap biadap beliau terhadap penegak keamanan negara yang membolehkan beliau berucap di atas pentas untuk mengutuk sesiapa sahaja beliau suka tanpa perlu merasa bimbang bahawa beliau akan ditembak diatas pentas tersebut seperti yang berlaku disesetengah negara akibat dari kelonggaran dalam menegakkan keamanan negara oleh anggota keselamatan negara tersebut. 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday, 5 September 2011

Pemuda PBB Padungan kecam Anwar kerana berbohong mengenai ekonomi Pulau Pinang

Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SEMUA negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat ditadbir dengan baik adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk memperbodohkan rakyat Sarawak.

Beliau cuba untuk menonjolkan Pulau Pinang sebagai contoh sebuah negeri yang membangun dengan baik apabila ditadbir oleh Pakatan Rakyat melalui Democratic Action Party.

Dan beliau berkehendakkan rakyat Sarawak untuk mengkagumi kebijaksanaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Pulau Pinang.

Tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah suatu ketika dulu memperlekehkan kaum-kaum lain ketika berada dalam UMNO, dengan niat jahat, enggan berkongsi maklumat statistik ekonomi mengenai perkembangan ekonomi Pulau Pinang.

Dari pencarian yang telah dilakukan oleh Pemuda PBB Padungan, kami mendapati bahawa perubahan peratusan tahunan untuk KDNK untuk Pulau Pinang menjunam dari +5.5% pada tahun 2008 ke -10.8 peratus pada tahun 2009. (Pakatan Rakyat memegang Pulau Pinang sejak dari tahun 2008.)



(Sila klik sini untuk penerangan yang lebih lanjut.)


Berdasarkan statistik ini, sudah jelas bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menipu rakyat Sarawak.

Kami menyeru rakyat Sarawak agar menolak mana-mana pemimpin yang cuba untuk memperbodohkan rakyat Sarawak dengan mendakwa Pakatan Rakyat bijak mentadbir negeri-negeri tetapi gagal untuk berlaku jujur dengan membentangkan maklumat statistik yang secara jelas menunjukkan bahawa dakwaan tersebut adalah salah.

Menyentuh tentang keyakinan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat berupaya untuk menggugat Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihanraya umum yang akan datang, kami berpendapat ini hanya satu bentuk penipuan yang seringkali dilakukan oleh Daruk Seri Anwar Ibrahim.

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bijak dalam memberi pengharapan palsu.

Terlalu banyak insiden-insiden pengharapan palsu yang membabitkan beliau.

Antara lain, jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan memberi semula tanah perkampungan komuniti India di Pulau Pinang kepada penduduk kampung sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil Pulau Pinang dari Barisan Nasional.

Apa yang telah terjadi selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Pulau Pinang???!!!

Rata-rata mengetahui bahawa janji tersebut hanya tinggal janji!!!

Siapa yang memberi harapan palsu tersebut kalau bukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri!!!

Oleh itu, kami merayu rakyat Sarawak jangan terpengaruh dengan kata-kata manis Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang semata-mata demi kuasa.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di peringkat nasional dan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di peringkat negeri telah membuktikan setiap harapan yang diberikan akan pasti akan ditunaikan.

Marilah kita sama-sama menolak Pakatan Rakyat dan pembohongan yang secara terang-terang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Sunday, 4 September 2011

Pemuda PBB Padungan menyokong pencalonan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib

Pemuda PBB Padungan menyokong pencalonan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib sebagai calon Barisan Nasional (BN) / Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kerusi parlimen Kota Samarahan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. 

Kami bersependapat dengan Senator Idris Buang yang mengatakan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib adalah layak untuk mengganti adik beliau Dato Sri Sulaiman Abdul Taib sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan.

Kami juga meyokong kenyataan Pengerusi Tetap PBB Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar yang menegaskan kerusi parlimen Kota Samarahan adalah paling sesuai untuk Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memandangkan ayah beliau Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah banyak menabur jasa di kawasan parlimen tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Saturday, 3 September 2011

Pemuda PBB Padungan selar Baru kerana bermimpi disiang hari

Pengerusi negeri Sarawak Parti Keadilan Rakyat YB Baru Bian bermimpi disiang hari apabila beliau mendakwa Parti Keadilan Rakyat yakin untuk memenangi empat kerusi Parlimen dalam kawasan Bumiputera. 

Sekiranya beliau beranggapan bahawa Parti Keadilan Rakyat dapat mengulangi 'kejayaan' pilihanraya negeri yang lepas apabila memenangi dua kerusi DUN dari kawasan Bumiputera dalam pilihanraya umum ini, Pemuda PBB Padungan ini memberitahu beliau bahawa beliau sebenarnya bermimpi disiang hari. 

Umum mengetahui bahawa penyokong pembangkang dari kalangan kaum Bumiputera, terutamanya Dayak, telah mula beralih arah ke Democratic Action Party disebabkan tidak puas hati dengan Parti Keadilan Rakyat. 

Mereka ini sebenarnya telah menyedari bahawa Parti Keadilan Rakyat hanya pandai bermain kata-kata seperti penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Tetapi disebabkan mereka hendak menunjuk 'keutuhan' perpaduan dikalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat di saat-saat genting sebelum dan semasa pilihanraya, mereka enggan melompat ke Democratic Action Party. 

Selesai sahaja pilihanraya negeri, ramai penyokong Parti Keadilan Rakyat dari kaum Bumiputera, terutamanya Dayak, berduyun-duyun berhijrah ke Democratic Action Party. 

Oleh itu, atas dasar apakah YB Baru Bian merasa yakin bahawa Parti Keadilan Rakyat boleh memenangi keempat-empat kerusi Parlimen di kawasan Bumiputera tersebut??? 

Beliau merasa yakin bahawa Democratic Action Party akan menggesa para penyokongnya agar memberi undi kepada Parti Keadilan Rakyat??? 

Sekiranya Democratic Action Party sebenarnya jujur dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, parti tersebut tidak akan berusaha untuk menjadi wira kaum Bumiputera kerana label tersebut telahpun dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat. 

Pada masa yang sama, adakah Parti Keadilan Rakyat akan cuba memperbodohkan rakyat Sarawak di keempat-empat kawasan Parlimen tersebut dengan mendakwa Pulau Pinang lebih maju dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat / Democratic Action Party??? 

Adakah YB Baru Bian beranggapan semua rakyat Sarawak dapat diperbodohkan oleh beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mana kedua-dua mereka memperbodohkan penyokong parti dari kalangan rakyat Sarawak??? 

Sekiranya benar Pulau Pinang lebih maju dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, maka bentangkan data-data yang menyokong dakwaan ini!!! 

Pemuda PBB Padungan cabar YB Baru Bian dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim !!! 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Friday, 2 September 2011

Pemuda PBB Padungan puji keputusan untuk memperbanyakkan 'Kedai Rakyat 1Malaysia'

Pemuda PBB Padungan menyambut baik keputusan Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, memperluaskan rangkaian 'Kedai Rakyat 1Malaysia' sehingga meliputi kawasan luar bandar di Sarawak dan juga Sabah. 

Rakyat Sarawak sudah semestinya menyambut baik keputusan ini kerana ianya akan membantu mereka mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah. 

Jaminan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim baru-baru ini bahawa kualiti barangan yang dijual menyamai kualiti barangan berjenama amat melegakan. 

Kami meminta jasa baik Kerajaan Barisan Nasional, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, agar membuka lebih banyak 'Kedai Rakyat 1Malaysia' di Sarawak untuk membolehkan lebih ramai rakyat Sarawak menikmati faedah yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 

Pada masa yang sama, kami menyeru rakyat Sarawak agar terus berdiri kukuh dibelakang Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk memastikan rakyat Sarawak akan terus menikmati faedah-faedah hasil dari perjuangan parti Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat.

Sekian Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------