Tarikh: 04 September 2011
Dewasa ini kita sering kali mendengar laungan nyaring yang bertemakan KEBANGKITAN terutamanya dari pihak pembangkang.
Dewasa ini kita sering kali mendengar laungan nyaring yang bertemakan KEBANGKITAN terutamanya dari pihak pembangkang.
Ada pelbagai versi KEBANGKITAN yang kita dengari seperti KEBANGKITAN Kaum Dayak, KEBANGKITAN Rakyat, KEBANGKITAN Agama dan sebagainya.
Secara kasar, bolehlah dikatakan KEBANGKITAN membawa maksud kesedaran terhadap hak-hak politik, sosial ataupun agama yang menjurus kepada penentangan terhadap 'establishment'.
Sekiranya kita melihat isu KEBANGKITAN dari sudut pembangkang, ianya lebih kepada penekanan terhadap proses penukaran 'establishment' yang sedia ada kepada 'establishment' yang baru - yang mendokong idealisme-idealisme KEBANGKITAN - yang dianggotai oleh pihak pembangkang.
Persoalannya ialah, adakah satu kemestian proses KEBANGKITAN ini membawa maksud penggantian 'establishment' yang sedia ada kepada 'establishment' yang baru?
Adakah proses KEBANGKITAN itu sendiri tidak berupaya untuk diasimilasikan dengan 'establishment' yang sedia ada agar 'establishment' tersebut akan mengalami proses evolusi (dan bukannya revolusi) kepada sesuatu yang baru yang mungkin lebih baik dari 'establishment' yang baru yang tercetus dari proses KEBANGKITAN yang bersifat revolusi?
Akhir sekali, adakah proses KEBANGKITAN itu wajib bersifat revolusi?
Adakah ianya tidak mampu dijinakkan untuk bersifat evolusi?
Apa komen anda?
Adakah ianya tidak mampu dijinakkan untuk bersifat evolusi?
Apa komen anda?
No comments:
Post a Comment