SAUDARA BARU BUAT LAPORAN POLIS
Bintangor: Pihak Pemuda PBB N40 Meradong bersama pihak surau Darul Ikhsan Bintangor serta Puan Siti Aminah Abdullah membuat laporan Polis di Balai Polis Bintangor .Laporan dibuat keatas harta peninggalan suami beliau dan juga bagi membantu menyelesaikan masalah keluarga yang beliau hadapi.Admin MT berasa kurang senang dengan sikap yang ditunjukkan oleh warga Pakistan (Patutlah Pakistan sana tidak aman) pada hemat admin.Perkara ini akan dirujuk seterusnya ke Jabatan Kebajikan dan pihak Jabatan Agama Islam.Apa yang menjadi masalah sekarang adalah mencari tempat tinggal tetap bagi keluarga siti yang sebelum ini menumpang di rumah HJ Roslan Kelupu.Admin memohon pihak berwajib supaya turun ke Padang membantu keluarga Siti ini.
Tahniah Pemuda Meradong kerana mengambil tindakan pro-aktif untuk membantu Puan Siti Aminah Abdullah. Dari maklumat yang diperolehi oleh Pemuda PBB Padungan, Puan Siti Aminah Abdullah telahpun berjumpa dengan kakitangan Jabatan Kebajikan Meradong untuk meminta khidmat bantuan dari Jabatan Kebajikan Meradong. Pada masa yang sama Pemuda PBB Padungan juga telah diberitahu bahawa Petra Jaya telah dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi oleh Puan Siri Aminah Abdullah. Petra Jaya juga telah memberi jaminan bahawa masalah Puan Siri Aminah Abdullah akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekali lagi, tahniah Pemuda Meradong.
ReplyDelete