Showing posts with label media sosial. Show all posts
Showing posts with label media sosial. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Pemuda PBB Padungan gembira dengan pengikhtirafan yang telah diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak

Pemuda PBB Padungan amat bangga dengan pengikhtirafan yang diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak kepada askar perang siber yang pro-Barisan Nasional sebagai “Pejuang Barisan Nasional” dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur. 

Pengikhtirafan ini sewajarnya akan menyemarakkan lagi semangat para “Pejuang Alam Maya Barisan Nasional” untuk mempertahankan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang. 

Bahkan Pemuda PBB Padungan amat bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mempunyai blog, facebook dan twitter sendiri. 

Pemuda PBB Padungan juga bersetuju bahawa pendekatan ini membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak 'merasai' nadi rakyat dan kemudiannya mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Oleh itu Pemuda PBB Padungan merasakan barisan kepimpinan Barisan Nasional Sarawak sewajarnya mencontohi Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mempunyai blog, facebook dan twitter sendiri. 

Ini untuk membantu pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sarawak untuk membuat penjelasan terhadap sesuatu perkara yang mungkin tidak mampu untuk dijelaskan menggunakan platfom media biasa, iaitu suratkhabar ataupun radio ataupun TV. 

Pada masa yang sama, Pemuda PBB Padungan menyeru semua Pejuang Alam Maya Barisan Nasional Sarawak agar bersatu hati dalam mempertahankan semua pemimpin Barisan Nasional Sarawak. 

Kekuatan Barisan Nasional Sarawak hanya dapat digambarkan melalui jumlah kerusi yang dimenangi. 

Oleh itu, setiap kerusi adalah penting untuk Barisan Nasional Sarawak. 

Tiada gunanya jika hanya menang satu kerusi tetapi tewas di tempat lain sehingga menyebabkan Pakatan Pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri Sarawak. 

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan ingin mengucapkan jutaan terimakasih yang tak terhingga kepada Datuk Seri Najib Tun Razak diatas pengikhtirafan yang telah diberikan. 

Sekian. Terimakasih.



Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------