Bertransformasilah !!!
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memberi 'hadiah istimewa' yang amat menarik kepada semua rakyat Malaysia melalui pengumuman yang bersejarah pada malam tadi.
Rata-rata rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik ataupun agama, menyambut baik apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau menyentuh tentang pemansuhan Akta Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959; dan pengkajian semula akta-akta seperti Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan harapan untuk memastikan undang-undang negara releven dengan peredaran masa.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional berwawasan jauh dan berjiwa transformasi dalam membantu rakyat untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dalam zaman yang mencabar ini.
Ini berbeza dengan Pakatan Pembangkang yang hanya cuba memperdaya rakyat dengan menggesa mereka untuk hanya 'berubah' dan bukannya 'bertransformasi' seperti dikehendaki oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dibentuk oleh Parti Barisan Nasional.
Pakatan Pembangkang tahu bahawa mereka tidak berupaya untuk bertransformasi memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir negeri ataupun negara.
Atas sebab itu, mereka hanya menjanjikan 'berubah'.
Negeri-negeri dibawah Pakatan Pembangkang memdabik dada seolah-olah pembangunan yang dicapai oleh negeri-negeri tersebut adalah semata-mata disebabkan oleh mereka.
Jika ini benar, mengapa menyembunyikan data statistik yang menunjukkan ekonomi merundum.
Buktikan kata-kata dengan fakta dan bukannya menipu melalui kata-kata!!!
Kerajaan Barisan Nasional menjanjikan yang lebih baik dari Pakatan Pembangkang.
Kerajaan Barisan Nasional menjanjikan 'transformasi' tetapi Pakatan Pembangkang hanya menjanjikan 'ubah' yang jauh lebih rendah dari apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Ternyata Pakatan Pembangkang tidak ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat kerana mereka menjanjikan sesuatu yang bertahap rendah kepada rakyat.
Mereka amat mengetahui bahawa mereka tidak mampu tetapi mereka tetap menipu rakyat dengan gesaan 'berubah-lah' seolah-olah gesaan ini mempunyai makna yang besar.
Adakah Pakatan Pembangkang menganggap rakyat Malaysia bodoh sehingga tidak boleh membezakan ubah dan transformasi???
Pemuda PBB Padungan menggesa semua rakyat Sarawak agar menolak Pakatan Pembangkang hanya tahu memperbodohkan rakyat dengan janji-janji yang tidak masuk akal.
Sekiranya Pakatan Pembangkang benar-benar lebih mahir, mengapa menjanjikan sesuatu yang bertahap rendah kepada rakyat???
Mengapa perlu berubah sedangkan kita berupaya untuk bertransformasi???
Sampai bila rakyat Sarawak hendak ditipu oleh Pakatan Pembangkang???
Sekian. Terima kasih.
Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------