Tuesday, 6 September 2011

Pemuda PBB Padungan kecam kenyataan biadap Sabu

Pemuda PBB Padungan amat terharu dengan semangat patroitik yang ditunjukkan oleh Kapten (Bersara) Mohd Johari Ibrahim, seorang pesara tentera yang berusia 70 tahun, yang sanggup untuk masuk semula ke dalam hutan untuk menentang komunis sekiranya ada peluang untuk berbuat demikian. 

Semangat patroitik yang tinggi ini menyebabkan kami merasa malu dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang tanpa segan silu mengagongkan komunis sebagai hero negara yang sebenar. 

Kedangkalan pemikiran Mohamad Sabu dalam melihat sejarah tanah air amat memalukan kerana tidak sepatutnya pemimpin yang berkedudukan tinggi dalam sebuah parti mempunyai pemikiran yang sebegitu dangkal. 

Adakah komunis itu dianggap sebagai hero sebenar negara??? 

Apakah Mohamad Sabu tidak membaca sejarah di tatkala berlakunya vakum kuasa yang menyebabkan komunis bermaharajalela untuk seketika??? 

Adakah kebiadapan komunis yang melampui batas kemanusiaan ini dapat dianggap sebagai hero sebenar??? 

Ternyatalah Mohamad Sabu ini sebenarnya tergolong dalam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup menidakkan sumbangan orang lain hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. 

Mungkin tujuan sebenar Mohamad Sabu berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa pihak yang berada diluar kerajaan sebenarnya hero sebenar. 

Sekiranya ini yang diinginkan oleh Mohamad Sabu, ternyatalah beliau seorang yang berfikiran cetek dan dangkal. 

Kami menggesa Mohamad Sabu agar meminta maaf dari semua anggota keselamatan dan juga rakyat Malaysia yang selama ini hidup dengan selesa dan aman damai hasil dari perjuangan yang diberikan oleh semua anggota keselamatan. 

Beliau seharusnya malu dengan sikap biadap beliau terhadap penegak keamanan negara yang membolehkan beliau berucap di atas pentas untuk mengutuk sesiapa sahaja beliau suka tanpa perlu merasa bimbang bahawa beliau akan ditembak diatas pentas tersebut seperti yang berlaku disesetengah negara akibat dari kelonggaran dalam menegakkan keamanan negara oleh anggota keselamatan negara tersebut. 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Monday, 5 September 2011

Pemuda PBB Padungan kecam Anwar kerana berbohong mengenai ekonomi Pulau Pinang

Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SEMUA negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat ditadbir dengan baik adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk memperbodohkan rakyat Sarawak.

Beliau cuba untuk menonjolkan Pulau Pinang sebagai contoh sebuah negeri yang membangun dengan baik apabila ditadbir oleh Pakatan Rakyat melalui Democratic Action Party.

Dan beliau berkehendakkan rakyat Sarawak untuk mengkagumi kebijaksanaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Pulau Pinang.

Tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah suatu ketika dulu memperlekehkan kaum-kaum lain ketika berada dalam UMNO, dengan niat jahat, enggan berkongsi maklumat statistik ekonomi mengenai perkembangan ekonomi Pulau Pinang.

Dari pencarian yang telah dilakukan oleh Pemuda PBB Padungan, kami mendapati bahawa perubahan peratusan tahunan untuk KDNK untuk Pulau Pinang menjunam dari +5.5% pada tahun 2008 ke -10.8 peratus pada tahun 2009. (Pakatan Rakyat memegang Pulau Pinang sejak dari tahun 2008.)



(Sila klik sini untuk penerangan yang lebih lanjut.)


Berdasarkan statistik ini, sudah jelas bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menipu rakyat Sarawak.

Kami menyeru rakyat Sarawak agar menolak mana-mana pemimpin yang cuba untuk memperbodohkan rakyat Sarawak dengan mendakwa Pakatan Rakyat bijak mentadbir negeri-negeri tetapi gagal untuk berlaku jujur dengan membentangkan maklumat statistik yang secara jelas menunjukkan bahawa dakwaan tersebut adalah salah.

Menyentuh tentang keyakinan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat berupaya untuk menggugat Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihanraya umum yang akan datang, kami berpendapat ini hanya satu bentuk penipuan yang seringkali dilakukan oleh Daruk Seri Anwar Ibrahim.

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bijak dalam memberi pengharapan palsu.

Terlalu banyak insiden-insiden pengharapan palsu yang membabitkan beliau.

Antara lain, jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan memberi semula tanah perkampungan komuniti India di Pulau Pinang kepada penduduk kampung sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil Pulau Pinang dari Barisan Nasional.

Apa yang telah terjadi selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Pulau Pinang???!!!

Rata-rata mengetahui bahawa janji tersebut hanya tinggal janji!!!

Siapa yang memberi harapan palsu tersebut kalau bukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri!!!

Oleh itu, kami merayu rakyat Sarawak jangan terpengaruh dengan kata-kata manis Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang semata-mata demi kuasa.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di peringkat nasional dan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di peringkat negeri telah membuktikan setiap harapan yang diberikan akan pasti akan ditunaikan.

Marilah kita sama-sama menolak Pakatan Rakyat dan pembohongan yang secara terang-terang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Sunday, 4 September 2011

Pemuda PBB Padungan menyokong pencalonan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib

Pemuda PBB Padungan menyokong pencalonan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib sebagai calon Barisan Nasional (BN) / Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kerusi parlimen Kota Samarahan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. 

Kami bersependapat dengan Senator Idris Buang yang mengatakan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib adalah layak untuk mengganti adik beliau Dato Sri Sulaiman Abdul Taib sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan.

Kami juga meyokong kenyataan Pengerusi Tetap PBB Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar yang menegaskan kerusi parlimen Kota Samarahan adalah paling sesuai untuk Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memandangkan ayah beliau Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah banyak menabur jasa di kawasan parlimen tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------

Saturday, 3 September 2011

Pemuda PBB Padungan selar Baru kerana bermimpi disiang hari

Pengerusi negeri Sarawak Parti Keadilan Rakyat YB Baru Bian bermimpi disiang hari apabila beliau mendakwa Parti Keadilan Rakyat yakin untuk memenangi empat kerusi Parlimen dalam kawasan Bumiputera. 

Sekiranya beliau beranggapan bahawa Parti Keadilan Rakyat dapat mengulangi 'kejayaan' pilihanraya negeri yang lepas apabila memenangi dua kerusi DUN dari kawasan Bumiputera dalam pilihanraya umum ini, Pemuda PBB Padungan ini memberitahu beliau bahawa beliau sebenarnya bermimpi disiang hari. 

Umum mengetahui bahawa penyokong pembangkang dari kalangan kaum Bumiputera, terutamanya Dayak, telah mula beralih arah ke Democratic Action Party disebabkan tidak puas hati dengan Parti Keadilan Rakyat. 

Mereka ini sebenarnya telah menyedari bahawa Parti Keadilan Rakyat hanya pandai bermain kata-kata seperti penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Tetapi disebabkan mereka hendak menunjuk 'keutuhan' perpaduan dikalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat di saat-saat genting sebelum dan semasa pilihanraya, mereka enggan melompat ke Democratic Action Party. 

Selesai sahaja pilihanraya negeri, ramai penyokong Parti Keadilan Rakyat dari kaum Bumiputera, terutamanya Dayak, berduyun-duyun berhijrah ke Democratic Action Party. 

Oleh itu, atas dasar apakah YB Baru Bian merasa yakin bahawa Parti Keadilan Rakyat boleh memenangi keempat-empat kerusi Parlimen di kawasan Bumiputera tersebut??? 

Beliau merasa yakin bahawa Democratic Action Party akan menggesa para penyokongnya agar memberi undi kepada Parti Keadilan Rakyat??? 

Sekiranya Democratic Action Party sebenarnya jujur dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, parti tersebut tidak akan berusaha untuk menjadi wira kaum Bumiputera kerana label tersebut telahpun dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat. 

Pada masa yang sama, adakah Parti Keadilan Rakyat akan cuba memperbodohkan rakyat Sarawak di keempat-empat kawasan Parlimen tersebut dengan mendakwa Pulau Pinang lebih maju dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat / Democratic Action Party??? 

Adakah YB Baru Bian beranggapan semua rakyat Sarawak dapat diperbodohkan oleh beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mana kedua-dua mereka memperbodohkan penyokong parti dari kalangan rakyat Sarawak??? 

Sekiranya benar Pulau Pinang lebih maju dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, maka bentangkan data-data yang menyokong dakwaan ini!!! 

Pemuda PBB Padungan cabar YB Baru Bian dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim !!! 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli 
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Friday, 2 September 2011

Pemuda PBB Padungan puji keputusan untuk memperbanyakkan 'Kedai Rakyat 1Malaysia'

Pemuda PBB Padungan menyambut baik keputusan Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, memperluaskan rangkaian 'Kedai Rakyat 1Malaysia' sehingga meliputi kawasan luar bandar di Sarawak dan juga Sabah. 

Rakyat Sarawak sudah semestinya menyambut baik keputusan ini kerana ianya akan membantu mereka mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah. 

Jaminan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim baru-baru ini bahawa kualiti barangan yang dijual menyamai kualiti barangan berjenama amat melegakan. 

Kami meminta jasa baik Kerajaan Barisan Nasional, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, agar membuka lebih banyak 'Kedai Rakyat 1Malaysia' di Sarawak untuk membolehkan lebih ramai rakyat Sarawak menikmati faedah yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 

Pada masa yang sama, kami menyeru rakyat Sarawak agar terus berdiri kukuh dibelakang Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk memastikan rakyat Sarawak akan terus menikmati faedah-faedah hasil dari perjuangan parti Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat.

Sekian Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
----------------- 

Wednesday, 31 August 2011

Selamat Hari Merdeka


Pemuda PBB Padungan mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan

Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Pemuda PBB Padungan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakyat Sarawak yang beragama Islam.

Akhirkata, Salam Hari Raya Aidil Fitri.



Sekian. Terima kasih.


Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan

Sunday, 28 August 2011

Majlis Berbuka Puasa, Smart Info dan Khatamal Al-Quran yang diadakan di Surau Darul Akhirat di Kampung Lumba Kuda


KUCHING: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim menyampaikan cenderamata kepada Ketua Kaum Kampung Lumba Kuda Ishak Yahya di Majlis Berbuka Puasa, Smart Info dan Khatamal Al-Quran yang diadakan di Surau Darul Akhirat di Kampung Lumba Kuda baru-baru ini.

Sebelum itu, Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim telah menyampaikan insentif kepada anak-anak muda yang menyertai Tadarus Al-Quran disepanjang bulan Ramadhan.

Turut kelihatan ialah Penghulu Awang Bujang Awang Hamdan (tiga dari kanan), dan Ketua Pemuda PBB Padungan Ir. Haidel Heli. 

Majlis tersebut dianjurkan oleh Kelab 1Malaysia Komuniti Kampung Lumba Kuda dan Kampung Mendu, dan Surau Darul Akhirat.

Tuesday, 23 August 2011

Pemuda PBB Padungan beranggapan keputusan untuk meneruskan projek padi Lingga-Banting adalah bijak

Pemuda PBB Padungan menyambut baik keputusan Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, bersetuju untuk projek padi Lingga-Banting diteruskan. 

Kami berpendapat ini adalah satu langkah yang bijak kerana ianya akan berupaya untuk membantu negara mengurangkan import beras dari negara luar. 

Kami juga berharap Kerajaan Barisan Nasional akan melaksanakan projek padi di kawasan-kawasan lain di Sarawak untuk membolehkan Sarawak menjadi sebuah negeri jelapang padi. 

Kami berpendapat projek tersebut bukan sahaja berupaya untuk membantu mengurangkan import beras tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak yang berminat untuk membabitkan diri dengan industri tani. 

Sekian. Terima kasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------