Pemuda PBB Padungan terkejut dan sedih dengan dakwaan tiga pelajar tidak dibenarkan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sebuah sekolah di Bintangor.
Kami menggesa Jabatan Pendidikan Sarawak untuk menyiasat kebenaran dakwaan tersebut dan sekiranya benar, hendaklah mengambil tindakkan yang keras terhadap pihak-pihak yang terbabit.
Pada masa yang sama, sekiranya dakwaan ini dibuat dengan tujuan jahat untuk memalukan Kerajaan Barisan Nasional, kami menggesa Jabatan Pendidikan Sarawak mengambil tindakkan terhadap pihak-pihak yang terbabit.
Kami memandang serius hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan kerana diperingkat makro, ianya penting untuk pembangunan negara, manakala diperingkat mikro, ianya penting untuk membantu para pelajar meningkatkan tahap kehidupan mereka ke tahap yang lebih tinggi apabila mereka dewasa kelak, bersesuaian dengan arus pemodenan yang melanda negeri Sarawak.
Akhirkata, sekali lagi kami mengulangi pendirian kami bahawa pendidikan adalah penting kepada generasi muda dan kami menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menidakkan anak-anak muda untuk menduduki mana-mana peperiksaan awam oleh mana-mana pihak.
Sekian. Terima kasih.
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------