Showing posts with label Steve Jobs. Show all posts
Showing posts with label Steve Jobs. Show all posts

Thursday, 6 October 2011

Selamat Tinggal Steve Jobs



Pemuda PBB Padungan ini menggunakan kesempatan ini untuk menghormati seorang tokoh dalam industry komputer peribadi yang telah menukar persepsi orang ramai terhadap teknologi.

Tokoh yang dimaksudkan ini ialah Steve Jobs yang meninggal dunia pada 05 Oktober 2010.

Ramai terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya dengan berita kematian ini walaupun berita tersebut sepatutnya tidak mengejutkan memandangkan beliau memang telah diketahui mengidap sakit kanser pada tahun 2004.

Telah banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Steve Jobs kepada dunia komputer / teknologi.

Keazaman beliau untuk berjaya dalam dunia perniagaan seharusnya menjadi contoh kepada para usahawan di Sarawak, khususnya, dan Malaysia, amnya.

Bahkan kejayaan beliau untuk menjayakan wawasan beliau dalam perniagaan patut dikagumi kerana sesungguhnya beliau patut dipuja sebagai seorang tokoh usahawan dalam bidang teknologi.

Sikap beliau yang mungkin patut untuk dicontohi ialah tidak berlengah-lengah untuk mengambil tindakan susulan ke atas idea-idea yang baik.

Sikap berlengah-lengah ini memang kurang sesuai untuk para usahawan kerana dunia perniagaan adalah satu dunia yang menyaksikan persaingan yang hebat diantara para usahawan.

Sesiapa yang dapat bertindak dahulu ke atas idea yang baik, maka beliaulah yang berjaya.

Ini dibuktikan oleh Steve Jobs sehingga berjaya merevolusikan teknologi melalui barangan pengguna yang sangat inovatif seperti iPod, iPhone dan iPad.

Akhirkata, Pemuda PBB Padungan ini mengucapkan ribuan terimakasih kepada Steve Jobs diatas sumbangan beliau kepada dunia.

Sekian. Terimakasih.

Ir. Haidel Heli
Ketua Pemuda PBB Padungan
-----------------